Penjual Shaklee Nak Ambil Tugas DOKTOR???

10/27/2014 Unknown 0 Comments

"Oppsss... Jual-jual Shaklee ni, awak ada pengetahuan ke pasal produk Shaklee ni? Ke main jual saja, tak ada stadi ke, tak ada rujuk mana-mana pun". Ayat lain pun ada, "Kau ni mengalahkan doktor!"... Soalan dan ayat yang sentap bukan? Tapi, sebagai pengguna mereka berhak bertanya, hak mereka untuk mendapatkan yang terbaik daripada SID yang terbaik. Betul kan... kan... kan... 

Sumber : nik-is-reporting.blogspot.com
Pengetahuan mengenai produk yang kita jual amatlah penting. Ya, amat penting! Jadi, semua orang tahu yang saya jual Shaklee kan, saya pun mestilah ada ilmu mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh Shaklee. 

Bagaimanakah saya dan rakan-rakan SID yang lain mendapat pengetahuan mengenai produk Shaklee? 

Baiklah, sebenarnya banyak cara yang kami guna untuk mendapat ilmu ini. Pendek kata, di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja kami boleh belajar. Dan proses pembelajaran ini tetap berlangsung walaupun ada antara kami sudah bergelar MASTER COORDINATOR SHAKLEE. 

Antara cara yang kami gunakan :
  1. Bengkel Nutrisi Shaklee
  2. Bengkel New Distributor Training (NDT)
  3. Kelas Online (Webinar)
  4. "Kelas" Dalam Whatsapp
  5. "Kelas" Dalam Group FB
  6. Perbincangan dengan Pakar Nutrisi di Shaklee
  7. Program Bersama Kumpulan Shaklee
  8. National Conference Shaklee
  9. Health Talk
Ini merupakan sebahagian cara kami gunakan untuk belajar mengenai produk Shaklee. Dan saya sendiri memang telah menyertai "kelas-kelas" ini untuk menambahkan ilmu saya. 


Belajar mengenai ilmu-ilmu ini bukan untuk mengambil tugas doktor. Tapi memudahkan kami untuk berhubung dengan customer jika ada sebarang permasalahan.

Berikut pengalaman saya semasa menyertai Bengkel Nutrisi Shaklee yang dianjurkan oleh HQ Shaklee di Johor Bahru.

Pada 7 September 2013, bertempat di Hotel Crystal Crown JB, satu Bengkel Nutrisi Shaklee telah diadakan. Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi hinggalah 6.00 petang. Saya ke sana dengan "adik-beradik" Shaklee saya iaitu Zila@Zola Aziz. (Glamer  
nama ZOLA hokeh! Hehehe)

Apakah yang saya belajar semasa di sana?
Ok, mula-mula kami diterangkan dibekalkan dengan satu buku nota khas yang mengandungi nota-nota mengenai apa yang akan kami pelajari dalam bengkel tersebut. 
Sumber : kizeewattyzainal.blogspot.com
 
Sebagai pembukaan bengkel, kami diterangkan mengenai TUJUAN KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL SUPLEMEN.

Anda tahu kenapa kita perlu mengambil suplemen ini? Ini sebabnya :
  • Kita sering terdedah kepada pencemaran
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Nutrisi makan semakin berkurangan
  • Pengambilan ubat secara berlebihan
  • Gaya hidup yang tidak sihat

Selepas mengetahui sebab-sebab kenapa kita perlu mengambil suplemen, barulah kami didedahkan mengenai suplemen yang dikeluarkan oleh Shaklee. 

Kami belajar :
  • Apakah fungsi setiap suplemen tersebut?
  • Bilakah masa boleh ambil suplemen tersebut?
  • Berapakah kuantiti setiap suplemen?
  • Apakah kebaikan setiap suplemen?
  • Apakah kelebihan setiap suplemen?
  • Siapakah yang boleh amalkan?
  • Siapakah yang tidak boleh amalkan?
Kemudian, bagi menguji tahap pemahaman kami, Pakar Nutrisi Shaklee menguji kami dengan mengadakan kuiz. Kami perlu menjawab beberapa soalan berkaitan. Kami juga melakukan aktiviti berkumpulan di mana kami perlu membuat penerangan mengenai suplemen Shaklee. Ini sememangnya membantu kami untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman kami terhadap suplemen itu.

Dan pada akhir bengkel, pengiktirafan diberikan kepada kami dengan penyampaian sijil. 
Saya, duduk di hadapan sekali no 4 dari kanan (Tudung pink cair)
Banyak benda yang sebenarnya kami perlu belajar untuk menjadi seorang SID yang berjaya dan hebat! Dan proses pembelajaran kami tidak akan terhenti setakat itu sahaja, setiap masa kami akan menggali ilmu. 

Memanglah bidang nutrisi bukan bidang kami, dan kami juga tidak bermaksud untuk "menggantikan" tempat seorang doktor untuk merawat para pesakit. Kami hanya penunjuk cara serta penyampai dan sekadar berkongsi kebaikkan produk Shaklee yang sudah terbukti keberkesanannya.

Jadi, diharap semua jelaslah dengan penerangan dan perkongsian saya yang ringkas ini. Mungkin hari ini saya bercerita mengenai pengalaman menyertai Bengkel Nutrisi sahaja, selepas ini saya akan berkongsi cara lain pula untuk mengutip ilmu.
 

Ingat, Shaklee Independent Distributor (SID) langsung tidak berniat untuk mengambil alih tugas seorang DOKTOR dengan memberi penyelesaian kepada pesakit/pengguna. Kami sekadar berkongsi kebaikkan dengan anda semua mengenai kebaikkan dan kelebihan produk Shaklee. 


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee, hubungi sahaja :
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 




0 comments: