Kenali Jenis-jenis Kolesterol Dalam Darah

10/20/2014 Unknown 0 Comments

Kolestrol, apakah itu kolesterol?
Tahukah anda, KOLESTEROL merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan semua sel badan. Kolestrol merupakan komponen tubuh yang penting bagi membentuk sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan.

Bagaimana kolesterol terhasil?
Kolesterol itu sebenarnya dihasilkan secara semula jadi oleh hati, dan kolestrol juga boleh diperoleh daripada makanan harian kita. Kolestrol yang kita makan akan meningkatkan lagi paras kolestrol dalam darah. Kandungan yang terlalu tinggi bakal mengundang pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan angin ahmar. 


Jenis-jenis Kolesterol
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah kita iaitu;
  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

Apakah perbezaan LDL dan HDL?

1. LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • Dikenali sebagai kolesterol "JAHAT" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah kita.
  • Plak inilah yang akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah.

2. HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
  • Dikenali sebagai kolesterol "BAIK" kerana membantu mengangkut olestrol dari salur darah balik kehati untuk disingkirkan.
  • Secara umumnya, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.
Perbezaan salur darah normal dan salur darah yang dipenuhi plak
Cuba lihat gambar berikutnya;

Rajah menunjukkan bagaimana plak terbentuk di dalam salur darah kita


ADAKAH ANDA SEDAR TENTANG BAHAYANYA KOLESTEROL YANG TINGGI DI DALAM DARAH? 

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan penyakit-peyakit kronik. 

Jika anda mempunyai kolesterol tinggi;
  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko lebih tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi, penyakit hati berlemak, dan masalah tidak keseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual. 

Jadi, selepas ini kita perlulah memastikan agar kandungan LDL dalam darah kita berada dalam paras normal bagi mengelakkan kemungkinan buruk lain terjadi. 

Jika ingin mendapatkan penyelesaian masalah kolesterol tinggi dengan suplemen Shaklee, anda boleh rujuk artikel ini Phytocol-ST turunkan Kolesterol Tinggi

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Phytocol-ST, hubungi sahaja :
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 
 

0 comments: