Rahsia Tomyam Pekat Likat Memikat

12/05/2014 Unknown 0 Comments

Sapa sini penggemar makanan Thai???
Saya sudah semestinya la kan sebab memang ada darah belah sana... Mana mungkin harus melupakan asal usul sendiri. Hihihi...

Tomyam, siakap stim lemon, somtam (kerabu mangga @ betik) kerapu tiga rasa, gang keow wan (kari hijau siam) dan banyak lagilah. Sememangnya mabeles, delicious, nyummyyy!

Jadi hari ini saya rasa saya nak share dengan anda semua 1 resipi yang memang mudah, senang dan sedap! Apa itu? TOMYAM!!! Yang ini memang pekat likat memikat!

Bahan-bahan
  • 500 gram daging ayam (nak daging lain pun boleh)
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan air
  • 1 inci lengkuas (agak-agak je...)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 3-4 biji cili api (kalau suka pedas)
  • daun ketumbar
  • 2-3 sudu perencah tomyam (apa-apa jenama pun boleh)
  • cendawan (kalau suka)
  • Garam dan gula (jika perlu)
  • 1 biji limau (perah airnya)

Cara memasaknya :
  1. Masukkan santan, air, bawang putih, hirisan lengkuas, serai dan daun limau purut ke dalam periuk dan biarkan menggelegak di atas api perlahan.
  2. Masukkan ayam dan bawang besar. Masak sehingga ayam itu masak barulah masukkan tomato dan cili api.
  3. Apabila ayam sudah masak, barulah masukkan perencah tomyam, cendawan dan daun ketumbar.
  4. Air perahan limau dan daun ketumbar (extra) ditambah apabila sedia dihidangkan. 
  5. SIAP!!!
Mudah bukan? Senang bukan?
So, apa lagi, cari bahan dan terus ke dapur! Memang akan jadi seperti tomyam yang kita selalu imaging pekat likat memikat itu!!!

Kredit to : www.koleksi1001resepi.com
Baiklah, selamat mencuba!

0 comments:

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2015

12/02/2014 Unknown 0 Comments

Jadual gaji kakitangan awam bagi tahun 2015 sudah pun dikeluarkan dan diedar untuk pengetahuan umum. Dengan adanya jadual gaji ini, maka bolehlah kita semua merancang perbelanjaan dan kewangan bagi 2015.

Ingat, 2015 dengar ceritanya tahun kenaikan semua harga barang. Ini memang meresahkan hati semua orang termasuklah saya sendiri. Jadi perancangan kewangan rapi harus disusun dan diatur sebaik mungkin.



Berikut merupakan tarikh pembayaran gaji bagi kakitangan awam pada tahun 2015 menurut Jabatan Akautan Negara Malaysia (ANM) : 



 Anda bolehlah membuat semakan gaji secara online (e-Penyata Gaji) .

Anda bolehlah membandingkan jadual gaji ini dengan kalendar cuti umum dan cuti sekolah bagi merancang percutian. Untuk 2015, akan ada 4 kali pembayaran gaji yang dilakukan awal daripada biasa. Jadi, perancangan rapi amat diperlukan bagi mengelakkan kita terpaksa korek tabung menunggu gaji seterusnya. Hehehe....

Anda rasa gaji anda belum mencukupi? Atau anda ingin menambahkan lagi pendapatan anda? Jika YA, anda boleh menghubungi saya dan sama-sama menjana pendapatan dengan Shaklee. 

Ingin dapatkan maklumat mengenai CARA MENJADI AHLI SHAKLEE, klik SINI .


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee, hubungi sahaja :
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara.





0 comments:

11 Tabiat Menjadikan Kita Tua Sebelum Usia

12/02/2014 Unknown 0 Comments

Rutin penjagaan kecantikan diri anda sudah betul, tetapi anda masih kelihatan lebih tua berbanding rakan seusia.

KENAPA???

Penjagaan kecantikan bukan terletak kepada penggunaan produk semata-mata. Namun corak pemakanan dan tabiat harian kita turut terlibat. Biasanya, kita lebih memberikan tumpuan terhadap penggunaan produk dan juga pemakanan, tetapi jarang sekali memikirkan kesan tabiat harian pada kecantikan. Berikut merupakan 11 tabiat yang boleh menjadikan kita semakin tua!

1. SUKA BERJGA MALAM
  • Untuk menjaga kesihatan, kita haruslah mempunyai waktu tidur yang mengcukupi.
  • Orang yang kurang tidur akan mempunyai mata yang sembap dan lingkaran hitam serta wajah yang pucat.
  • Ini menjadikan kita kelihatan kurang bermaya dan tidak menarik pada pandangan orang lain.

2. MINUM AIR TIDAK CUKUP
  • Air amatlah penting bagi mengekalkan kelembapan dan membantu mengahntar nutrien penting kepada kulit.
  • Akibat kekurangan air, kulit boleh menjadi kering, tegang, mengelupas dan menjadikan kita kelihatan tua.
  • Selain meminum air, kita juga boleh mengamalkan makanan yang tinggi kandungan airnya seperti mentimun dan tomato.

3. BERSENAM SECARA TIDAK KONSISTEN
  • Senaman secara konsisten membantu badan mencegah penyakit berkaitan usia.
  • Senaman mampu membantu mengawal tekanan darah tinggi, memperbaiki mood dan memastikan diri kuat dan fleksibel apabila usia semakin meningkat.

4. SUKA MAKANAN MANIS
  • Jika anda penggemar makanan manis selepas anda makan, anda seolah-olah menggalakkan wujudnya kedut di kulit.
  • Makanan yang tinggi gula boleh menjadikan diri kita gemuk, berisiko mendapat diabetes dan masalah jerawat dan kedut.

5. MEROKOK
  • Jika anda seorang yang benar-benar menitikberatkan hal kesihatan, anda seharuslah berhenti daripada terus merokok.
  • Merokok akan menyebabkan radikal bebas dilepaskan.
  • Mereka yang merokok berisiko lebih tinggi untuk mendapat sebarang penyakit.

6. MENGGOSOK MATA
  • Tabiat menggosok mata boleh merosakkan kolagen dan keanjalan kulit di sekeliling mata, dan ini boleh menghasilkan kedutan dan memecahkan kapilari.

7. BERAT BADAN TURUN-NAIK
  • Try kekalkan berat badan yang sihat kerana berat badan yang sentiasa turun-naik akan menambahkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
  • Satu kajian telah dilakukan pada 2012 melihat perubahan berat 80 orang wanita yang mengalami obesiti dan berat berlebihan. Selepas diet selama lima bulan, mereka berjaya menurunkan berat secara purata sebanyak 11.4kg. Akan tetapi, berat kembali bertambah sebanyak 32 peratus daripada berat yang turun pada tahun berikutnya. Wanita yang beratnya bertambah ini mempunyai paras kolesterol LDL, insulin dan rintangan insulin lebih tinggi berbanding sebelum berdiet.
 
 

8. TIDUR MENANGKUP
  • Gaya tidur seperti ini boleh membuatkan kita kelihatan tua. KENAPA???
  • Muka yang tertangkup pada bantal akan meninggalkan trauma pada kulit. Trauma ini akan terus bertambah akibat geseran pada sarung bantal kain kapas, kedutan akan terhasil apabila kolagen terurai.
  • Keupayaan kulit untuk plih akan terbantut kerana peredaran darah yang tersekat apabila kita menekap muka ke bantal.
  • Elakkan hal ini berlaku dengan tidur secara terlentang atau menggunakan sarung bantal stin untu mengurangkan kesan geseran.

9. MAKAN MAKANAN SEGERA
  • Kita tahu yang makanan segera mempunyai paras garam, lemak dan kolesterol yang tinggi. Ini akan mempercepat lagi proses penuaan berlaku dan menambah kecenderungan untuk gemuk adalah tinggi.
  • Elakkan makanan yang diproses dan makan makanan yang semula jadi.

10. MENYIMPAN DENDAM
Ohh...bukan saya yang cakap, tetapi memang ada kajian sudah dilakukan!
  • Kajian dilakukan menunjukkan hubungan antara kesihatan fizikal dan kemaafan. Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Tingkah Laku Amerika pada 2005 menunjukkan sikap TIDAK MEMAAFKAN orang akan meningkatkan aktiviti simptom saraf, membawa kepada pengambilan banyak ubat dan mengurangkan kualiti tidur.
  • Berdendam juga boleh menambahkan stres, yang akan meninggikan hormom kortisol. Hormon kortisol ini menyumbang kepada penambahan berat badan, tekanan darah tinggi, menaikkan paras gula dalam darah dan menambah risiko diabetes. Fuhhhh.... BAHAYA!!!!!

11. TIDAK TAHU CARA MENGURANGKAN STRES
  • Stres yang kronik dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Dua kejadian besar pada hidup kita dalam masa setahun sudah cukup untuk meningkatkan risiko kematian.
  • Elakkan stres, ubah reaksi kita kepadanya, menerima apa sahaja perkara atau menyesuaikan diri dengan mengubah ekspektasi kita.
 

Kredit : www.msn.living.com (Majalah Ibu & Anak Oktober 2014)

Jom audit diri! Perhatikan yang mana menjadi tabiat anda dan sama-samalah kita atasinya! Elak tua sebelum usia kerana itu amat menyedihkan! Hihihi....

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi sahaja :
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

 



0 comments:

6 Vitamin Untuk Melambatkan Proses Penuaan

12/02/2014 Unknown 0 Comments

CANTIK, SIHAT, CERGAS & TIDAK NAMPAK TUA

Ramai antara kita yang mengimpikan perkara di atas ini. Walaupun usia makin meningkat, masih ramai mampu mengekalkan kecantikan, mampu hidup sihat dan cergas. Tetapi, TIDAK RAMAI yang mampu mengekalkan tahap keremajaan kulit.

Entri saya kali ini bukan menentang proses penuaan, tetapi saya ingin membantu anda semua untuk MELAMBATKAN PROSES PENUAAN KULIT. Pernah bukan kita lihat di kaca Tv, di dada majalah, di akhbar kisah mengenai ibu atau ayah bersama anak disangkakan pasangan adik-beradik. Saya pasti ramai antara kita pun mahu seperti itu bukan?

Semoga entri ini berguna untuk mereka yang tercari-cari cara yang selamat dan efektif dalam melambatkan penuaan serta menghalang penuaan sebelum usia yang sepatutnya sambil tampil cergas dan sihat.

Perbezaan antara kulit yang mengalami proses penuaan dan tidak

Apakah 6 vitamin Shaklee yang boleh membantu kita melambatkan proses penuaan ini?
  1. Sustained Release Vita C
  2. Vivix
  3. Shaklee Collagen Powder
  4. CoQ Health
  5. Vita-E Complex
  6. Carotomax (Vitamin A)
Jom kita semak satu-persatu bagaimana vitamin Shaklee ini membantu melambatkan proses penuaan.

SUSTAINED RELEASE VITA C 
  •  Vitamin C ini amat sinonim dengan pembentukan kolagen di dalam badan. Apabila penghasilan kolagen dirangsang, ini mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot daripada menjadi lembik.
  • Pengambilan secara konsisten mampumenjadikan kulit semakin cerah dan menghalang pembentukan pigmen. Pigmen ini merupakan penyebab utama berlakunya jeragat.
  • Sebiji Vitamin C ini adalah bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren. 

VIVIX
  • Vivix merupakan produk terbaik yang dihasilkan oleh pihak Shaklee untuk melambatkan proses penuaan pada tahap selular.
  • Ramuan Vivix ini mampu melindungi dan memperbaiki sel DNA, mampu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama untuk melambatkan proses penuaan, menggalakkan pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tenaga tahap tenaga dalam sel dan melambatkan pembentukan protin AGE. Penimbunan protin AGE secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakkan tahap sel yang akan mengganggu keutuhan sel.
  • Vivix juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak dan sendi.

SHAKLEE COLLAGEN POWDER


  •  Shaklee Collagen Powder adalah suplemen kolagen yang unggul dihasilkan oleh Shaklee.
  • Apabila usia semakin meningkat, ini menjadikan penghasilan kolagen dalam badan semakin menurun dan mengakibatkan lebih banyak kedutan serta garis halus timbul di samping kulit menjadi semakin kendur. Justeru, Shaklee Collagen Powder ini mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

CoQ HEALTH

  • Salah satu fungsi CoQHealth adalah untuk membaiki peredaran darah dengan membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda. Dengan ini, kulit kelihatan lebih cerah dan berseri. 
  • Fungsi utama CoQHealth ialah untuk kesihatan jantung.


VITA-E COMPLEX
  • 1 kapsul Vita-E sehari mampu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan juga bintik penuaan. Vita-E juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Vita-E juga merupakan vitamin antiOksidan yang kuat dan berkesan menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel dan tisu otot.

CAROTOMAX (VITAMIN A)


  • Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata yang sihat, kulit dan membran mukosa.
  • Kandunga Lycopene yang bersifat antiOksidan membantu menghalang penuaan organ.
  • Selain Lycopene, Carotomax mengandungi lpha Carotene, Beta Carotone, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxanthin.

Proses penuaan pasti akan berlaku, namun kita masih boleh memberi peluang kepada kulit kita untuk melambatkan proses tersebut. Namun, harus kita semua ingat... Penjagaan kecantikan bukan terletak kepada penggunaan produk sahaja. Turut menyumbang kepadanya ialah pemakanan dan tabiat harian kita. Oleh itu, semua perkara haruslah dititikberatkan. 

Baiklah, semoga entri kali ini memberi 1001 manfaat kepada anda semua. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 6 vitamin di atas, hubungi sahaja :
 
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 





0 comments: