DAY 2 | PERCUTIAN IDAMAN SAYA

10/09/2014 Unknown 0 Comments

Bercuti memang menyeronokkan. Lagi-lagi bila jadi CIKGU, banyak cuti katanya! Budak cuti, cikgu pun cuti. Sebenarnya kan, saya TIDAK ADA pun percutian idaman. Bagi saya, CUTI HANYA DI KAMPUNG. Ya, hanya di kampung, bercuti bersama Mak dan Umi di kampung. 

KENAPA???

Banyak faktor yang menyebabkan saya tidak ada pun percutian idaman. Bagi saya, masa cuti haruslah diisi dengan berada di sisi Mak dan Umi di kampung. Jarak antara Pasir Gudang ke Besut dan Tumpat amatlah jauh, dan ini membuatkan peluang kami berjumpa amatlah tipis kecuali pada musim cuti panjang. 

Selain faktor jarak, saya punya suami bukanlah seorang yang suka berjalan-jalan. Hehehe.... Ini FAKTA, bukan AUTA! Selepas berkahwin, kami sekeluarga seolah-olah sudah dilatih untuk mengurangkan aktiviti "merayap" ini.... Muekekekeke.... Jimat masa, jimat wang katanya!

Tapi, jika saya diberi peluang untuk memilih tempat percutian idaman saya, saya pasti memilih tempat percutian yang mempunyai pantai dengan air yang jernih membiru, pasir memutih, angin sepoi-sepoi bahasa...

MENENANGKAN JIWA!


Subhanallah, indahnya bumi Allah inikan... Nanti hari-hari boleh berenang, boleh buat istana pasir, bbq tepi pantai, berjemur cam minah saleh! Opsssss.....

Jika 1 hari nanti saya diberi peluang, memang inilah tempat idaman saya. Saya ingin membawa semua ahli keluarga saya dan kami akan "foya-foya" di sini tanpa sebarang gangguan! Bergelak ketawa, bergosip sakan.... Pasti best!

Baiklah, setakat ini sahajalah cerita saya malam ini! Kita sambung dengan entry selanjutnya selepas ini. Doakan impian saya ke pulau-pulau yang ada pantai cantik macam ini tercapai ya! 

Bye semua! Muaahhhhhhh......

0 comments: