Makan Shaklee Tapi Tak Kurus.Ohhh, Shaklee...

6/02/2014 Unknown 0 Comments

Ohhh Shaklee....Ya, saya memang pengguna Shaklee. Dan saya juga ialah penjual Shaklee. Tetiba tergerak hati ingin menulis selepas ramai yang bertanya, "kenapa ko amik Shaklee? nk kurus ke? tgk gemok je...."

Hahahaha....gemuk pun gemukla! Sebabnya Shaklee bukan menjual set slimming semata-mata. Sebenarnya saya mengambil Shaklee bukan untuk set slimming, tetapi pada mulanya fokus saya untuk membantu menstabilkan keadaan hormon saya. 

Kenapa?  
Saya merupakan pemakai Implanon. Tahu tak apa itu implanon? Implanon ni merupakan 1cara perancang kehamilan. Ia dikatakan 99% selamat, dan risiko mengandung hanya 1%. Saya memilih untuk memakai implanon ini selepas perbincangan panjang dengan hubby saya, Mr. Tajul. Implanon ini 1 rod panjang seperti mancis yang mana akan dimasukkan ke dalam tubuh kita, iaitu di bahagian lengan. Ia akan mengawal hormon dalam badan yang mana menghalang proses kehamilan berlaku.


Mengapa saya perlu pakai? Sebenarnya, sebelum memakai saya dan hubby diskus panjang lebar. Saya trauma ketika itu untuk mengandung kerana saya kehilangan bayi di dalam kandungan. Jadi saya ingin mengelakkan kehamilan seketika kerana masih terbawa-bawa rasa trauma, sedih, sadis, pilu.....Muhammad Fathul Ar-Rahim, itulah nama arwah anak saya.

Selepas memakai implanon, MasyaAllah... Kesannya, fuhhhhh...... Berikut masalah yang saya hadapi :

1) Masalah wanita
Ya ampunnnnn.....disebabkan perubahan hormon yang berlaku, period saya selalu datang dalam jangka masa panjang. Pernah sekali sehingga 28 hari! Adoiiii... Dan ada bulan yang tak datang langsung. Time puasa, pernah period nya dtg lg. Dan sy hanya puasa separuh sahaja drp sebulan Ramadan tu.

2) Masalah berat badan
Fuhhhhh....ini memang masalah besar! Saya siap refer doktor lg, KENAPA BERAT SAYA NAIK MENDADAK??? Jawab doktor, inilah antara implikasi yang akan berlaku jika pakai implanon. Hampir 10kg badan saya bertambah beratnya.

3) Masalah emosi
Emosi saya pada awal-awal memakai implanon ni agak bercelaru. Saya jadi SINGA! Garang, panas baran... Kesian anak-anak saya! Tapi Alhamdulillah skg saya kembali normal! Hahahaha....

Inilah antara 3 masalah besar yang saya hadapi selepas memakai implanon! Dan diaebabkan itulah saya memilih Shaklee untuk menyelesaikan masalah hormon saya. Saya amalkan GLA dan Alfalfa Complex bagi menstabilkan hormon saya  ini. Saya juga amalkan B Complex yang mana membantu saya dalam mengawal emosi saya. Pada masa sama juga saya turut berusaha untuk kurus! Gila tak suka kalau dapat kuruskan...... Tapi ini bukan fokus utama saya.

Secara tuntasnya di sini, saya hanya ingin menegaskan yang SAYA BUKAN MENGAMBIL SHAKLEE SEMATA-MATA UNTUK KURUS! SAYA INGIN BEBAS DARIPADA MASALAH DI ATAS TU....KURUS ITU SATU BONUS KEPADA SAYA. 

Jadi jangan ingat bila nampak "si gemok" ambil Shaklee, dia mesti nak kurus! Hahahaha.... Banyak lagi tujuan "si gemok" itu amalkan Shaklee ya... Nak kulit cantik, amalkan set kesuburan ke, nak amalkan set pregnant ke, nak amalkan set menyusu ke, set resdung ke... Banyak lagi la... Jadi, sentiasalah bersangka baik ya kpd semua org....

Oklah, dah panjang celoteh saya ini. Jumpa lagi next entri...

Nota kaki : Entri ini ditulis selepas ramai mempertikaikan kenapa saya tak kurus pun selepas ambil Shaklee. Hihihi....

0 comments: