Aktiviti Time Cuti Bersama 2 OTROMEN!

12/01/2014 Unknown 0 Comments

Alhamdulillah... Akhirnya sesi persekolahan 2014 sudah melabuhkan tirai, dan ini bermakna saya tak perlu ke sekolah sekarang!!! CUTI! HOLIDAY!!!! Yeayyyyyy....

Sumber : www.kosmo.com.my
Apabila cuti sekolah bermula, maka watak saya sebagai cikgu di sekolah akan bertukar. Saya akan menjadi ibu sepenuh masa kepada 2 orang anak laki-laki saya. Sebelum ini jadi ibu separuh masa sebab pagi-pagi dah kena pergi sekolah, petang nanti baru balik jumpa anak.

Cuti kali ini agak pelik sebenarnya buat kami sekeluarga. Kenapa pelik? Sebab walaupun cuti dah masuk minggu kedua, kami masih belum pulang ke kampung. Sebabnya? Sebabnya tahun ini, ya tahun ini suami saya terbuka hati mahu jalan-jalan dulu. AMAZING!!! Hahahaha.... Bukan apa, suami saya bukan jenis suka berjalan pun... Dia lagi rela duduk di rumah layan tv dan CLASH OF CLANS! Hihihihi... Ampun bang!!!

Disebabkan jadual perjalanan kami bermula 3 Disember, maka masa sebelumnya itu haruslah diisi dengan aktiviti penuh berfaedah. Lagi-lagi dengan 2 OTROMEN saya ini. Fahim dan Farhan, karakter agak berbeza. Fahim seorang yang sangat aktif dan very the peramah. Farhan pula, seorang yang agak sopan santun dan pemalu. Tapi bila mereka bergabung, fuhhhhh....berasap kepala mama!!!

Fahim dan Farhan
Macam-macam aktiviti boleh dibuat dengan mereka. Respon si Fahim sangat tip top! Tapi Farhan asyik BOSAN! BOSAN! BOSAN! Kesnya, dia demam! Hahahaha.... Tengok wayang sudah, jalan-jalan mendaki shopping complex sudah, makan-makan sudah... Jadi hari ini si Mak ajaklah otromen ini buat benda berilmiah sikit, siapkan buku aktiviti yang tadika Fahim sediakan.

Cukupla siapkan 1 set saja dulu. Tu pun tengoklah rupa Fahim, STRESSSSS je mukanya! Adoiiiii..... 

Farhan belum sekolah lagi, jadi dunianya memang dengan mainan je la. Amat sayang dengan otromen kenitnya. Dia akan susun otromen kenitnya itu dan mulalah berimaginasi itu pengikutnya.


Last-last si Mak nak elak si Fahim terus stressssss dengan homeworknya itu, terpaksalah si Mak menunjukkan bakat melukis. Ada bear, rimau, tikus, panda, landak dan ladybird. Hebat seni lukis si Mak! Pujian melambung Fahim dan Farhan berikan untuk si Mak. Hihihi....

Hasil seni si MAK

Eh, mana bapak Otromen??? Hihihi....bapak otromen tengah sidai kain. Suami mithali hokeh!!! Bantu si isteri yang sibuk update blog. Terima kasih suamiku... 

Oklah, ready-ready masuk dapor. Dah hampir jam 12.00 tgh, perut bapak otromen dan anak-anak otromen harus diisi. Menu diet lagi hari ini, AYAM BLACKPAPPER. Keluarkan angin kus-kus dalam badan dan kasi bakar lemak! Kata nak kurussssssssssss.... Hihihi....

Kalau nak beli Shaklee, calling-calling saja saya. 


Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments: