Kenapa Ambil Suplemen Shaklee Tetapi Tiada Kesan Pun???

10/13/2014 Unknown 0 Comments

"Ishh...dah dekat sebulan saya amalkan Set X Shaklee ni, kenapa tak ada nampak kesan pun?"

"Aduh, kenapalah sakit je kaki ni, kata Shaklee bagus, tapi kenapa kaki makcik sakit lagi?"

"Jaja, dah 2bulan akak amalkan Set X Shaklee. Kenapa jerawat akak banyak je lagi ni?"

Baiklah, berdasarkan situasi di atas, pernah atau tidak anda mengalaminya? Rasa seperti dah lama makan Suplemen Shaklee, namun tiada kesan positif pun yang terjadi pada badan. Kenapa ya tiada kesan pun??? 


Mesti ada silap di mana-mana ini yang menyebabkan kita tidak mendapat kesan selepas mengambil Suplemen Shaklee. Jom kita lihat apa PANTANG LARANG dan TIPS PENGAMBILAN SUPLEMEN yang disarankan oleh Pakar Nutrisi Shaklee. 

1. Protein (ESP, Meal Shakes dan Cinch Shake Mix)
Jika anda mengambil produk berasaskan protein seperti ESP ke, Meal Shakes ke, Cinch Shake Mix ke, seelok-eloknya ambillah pada waktu pagi ketika perut masih kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme berada pada tahap yang tinggi. 

2. Alfalfa Complex
Jika mengambil Alfalfa Complex, JANGANLAH ambil bersama Vita E dan GLA Complex. Ini kerana Vit E akan menghalang penyerapan Alfalfa Complex. GLA Complex juga mempunyai kandungan Vit E di dalamnya. 

3. Ostematrix
Ostematrix adalah sumber Kalsium yang baik. Sebaiknya Kalsium diambil pada waktu malam. Ini kerana kadar penyerapan Kalsium adalah selepas 12 jam. InsyaAllah, jika kita menelan Ostematrix sebelum tidur, bangun pagi pada keesokkan harinya, CERGAS tubuh badan dan pastinya LAWAS! 

4. Sustained Release Vit C 
Jika anda rasa seperti nak demam ke, nak selsema ke, atau awal-awal demam ke, ambil SR Vit C patahkan kepada 2 bahagian dan telan. SR Vit C inikan sustained release bermakna Vit C itu akan dilepaskan secara berperingkat setiap jam

5. Vita Lea 
JANGAN ambil bersama minuman bersusu. Tak kiralah susu segar ke, milo susu ke, teh susu ke, asalkan minuman bersusu. Ini kerana boleh menganggu penyerapan zat besi (iron). Elakkan juga mengambil bersama Ostematrix dan Vita E. 
* Jika dimakan bersama Vit C, proses penyerapan berlaku dengan lebih baik. 

6. Vitamin Larut Lemak (A, D, E dan K)
Suplemen Shaklee yang mempunyai vitamin larut minyak A, D, E dan K ini ialah  Carotomax, Vita E dan GLA Complex. Suplemen ini memerlukan lemak untuk proses penyerapan. Jadi, kita disarankan makan dahulu sebelum mengambil suplemen tersebut.

Kemudian, anda hendaklah memenuhi syarat di bawah ini pula. 

PASTIKAN anda...



# Minum air kosong secukupnya
Jika mengamalkan suplemen, anda disarankan minum air kosong antara 2-3 liter sehari. Ini bagi memudahkan toksin-toksin dalam badan dikeluarkan. Selepas badan bebas toksin, baarulah penyerapan nutrien berlaku secara optimum.

# Tidak mengambil suplemen dalam kadar yang banyak sekaligus dalam 1 masa
Jika kita mengambil suplemen dalam kadar yang banyak sekaligus, ini boleh mengakibatkan kepekatan darah kita meningkat. Lebih-lebih lagi selepas mengambilnya, kita kurang minum air, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Jadi, agih-agihkan suplemen ini mengikut jadual yang sesuai. Anda boleh hubungi SID pilihan untuk mendapatkan jadual pengambilan yang betul dan ok!

# Jarakkan waktu pengambilan suplemen dengan ubat hospital atau jamu
Sebaik-baiknya jarakkan waktu selama 2 jam selepas pengambilan ubat hospital atau jamu ini. Jika kita mengambilnya dalam masa terdekat, ini boleh mengakibatkan darah kita "pening" untuk menyerap dengan lebih baik cekap! Jadi, penyelesaiannya jarakkan pengambilannya ya.

# Elakkan air berkafein
Pengambilan air berkafein secara berlebihan boleh mengakibatkan kadar penyerapan nutrien daripada suplemen menjadi kurang efisien. Jika teringin juga minum air berkafein, jarakkan selama 1/2 jam selepas atau sebelum pengambilan suplemen.

Credit To : mama maya dan my little yaya

Try anda semua semak semula, apa kesilapan yang telah anda lakukan semasa mengambil suplemen Shaklee ini. Kesilapan kecil itu mungkin boleh mengakibatkan tiada kesan positif pada badan kita. Jadi pastikan anda mengambil suplemen Shaklee berserta dengan panduan pengambilan daripada SID pilihan anda! Ambillah suplemen dengan bijak.

Jika anda pun ingin mendapatkan set vitamin Shaklee, anda boleh menghubungi saya : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

0 comments: