Cabaran Berblog 30 Hari ~Day7~

12/19/2013 Unknown 0 Comments

Cabaran hari ke7, "A book you’d recommend"... 

Saya memilih buku "Bersyukur Saat Diuji" hasil penulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini setebal 190 muka surat dan beharga RM22.00. Buku ini dibeli oleh Mak saya. Baru 3 hari lepas saya mula membaca buku ini. Dan buku ini banyak membuka mata saya dengan erti kesabaran, lebih-lebih lagi bila ditimpa musibah. 



BERSYUKURLAH SAAT DIUJI! Allah tak akan menguji hambaNya jika kita tidak mampu menghadapinya... Dan ingatlah, jika kt rasa musibah yg menimpa kt teruk, lihatlah sekeliling dan anda akan dapat lihat penderitaan mereka yg lain...

0 comments:

Cabaran Berblog 30 Hari ~Day6~

12/18/2013 Unknown 0 Comments

Day 6!!!! Tajuk apa ya??? "A picture, scene from a movie or a joke that makes you crack up"...


Hmmmm....saya suka tgk muvi hantu! Tak kisahla sama ada muvi melayu ke, Inggeris ke, Cina ke, hantu Tamil pun saya laya. Dan pastinya scene-scene yg tunjuk muka-muka hantu tu lah yg sering menjadi igauan kpd saya, lebih-lebih bila duduk sorang-sorang.....




Ini merupakan antara scene-scene yg sering membuatkan tido saya terganggu! Malah ke bilik air pun perlu berteman pada peringkat awal selepas menonton muvi-muvi ini....Muahahaha....yg jadi mangsa kdg2 laki saya tak pun anak-anakla...nasibla korg dpt mama penakot! 


Okla, sudah jauh malam! Kasi tido dulu la....daaaaa...~~~~






Bagaimana mahu join SHAKLEE??? KLIK SINI
Jom Like Vitamin Mama Giant           KLIK SINI  

0 comments:

Sakit Sendi Hilang Dalam Masa 5 Hari

12/15/2013 Unknown 0 Comments


ARTRITIS bermaksud radang/sakit sendi.

Sakit sendi (Artritis) kini menjadi masalah kesihatan lazim dan bukan sahaja dialami warga tua, malah turut menyerang golongan berusia pertengahan. Lebih daripada 40 juta orang mempunyai masalah ini termasuk 33 peratus daripadanya ialah individu berusia lebih 65 tahun.


Berikut merupakan kawasan yang selalu diserang sakit sendi

SIMPTOM SAKIT SENDI
  • Kesakitan melampau
  • Kejang sendi
  • Radang dan bengkak
  • Kemerahan
  • Sukar bergerak

FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO SERANGAN SAKIT SENDI
  • Keturunan
  • Peningkatan usia
  • Masalah kecederaan lama
  • Berat badan berlebihan

 JANGAN BIMBANG, KITA CUBA ATASI KESAKITAN DENGAN SET SENDI SHAKLEE


SET SENDI SHAKLEE terdiri daripada 
Advanced Joint Health Tablet
Omega Guard
Ostematrix

Advanced Joint Heath
  • Meningkatkan keselesaan sendi
  • Menngkatkan kesan kusyen 
  • Memelihara kesihatan tisu penyambung
Omega Guard
  • Mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
  • Mengurangkan keradangan/kesakitan sendi
  • Menambah kesan pelincir pada sendi
Ostematrix
  • Membekalkan kalsium secukupnya kepada tulang
  • Mengurangkan rasa sakit pada sendi
  • Diserap oleh tubuh sepenuhnya dalam masa 12 jam


* Didapati dalam kajian klinikal, estrak boswelia dalam Advanced Joint Health Complex berkesan dalam masa 5 hari.

Dapatkan Set Sendi Shaklee ini dengan harga menarik daripada saya. Hubungi saya :


Cikgu Fariza
013-9853706
FB : Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com

0 comments:

Cabaran 30 Hari Berblog ~Day5~

12/15/2013 Unknown 5 Comments

Cabaran masuk hari ke5! Tapi saya ni ala-ala siput pulak update nya! Hihihi.....Ok, day 5!
"Your top 5 songs of all time"
Lagu pebret ya....Hmmm, saya ni sebenarnya layan je lagu apa-apapun asal sedap didengar layan je la....So, stat dari zaman tau dengar muzik kecik-kecik dulu dah beribu-ribu lagu yang menjadi santapan telinga lebar daku ni dan ada antaranya yg menjadi lagu pebret saya! Kira tak adalah tetap dgn satu-satu lagu tu lama-lama, dah keluar lagu best yg lain saya tangkap leleh sama lagu yg best tu pulak....
 
 
Mereka merupakan penyanyi yang mana lagu mereka menjadi lagu pebret saya buat masa ini. Lagu-lagu ini sering dikeudarakan di radio-radio tempatan...Lirik yang senang difahami dan lagu yang berjaya membuatkan saya mengelamun! Hahahaha.... Sebab apa??? Saya selalu meletakkan saya berada dalam situasi lagu tersebut, di mana saya dan laki saya sebagai watak dalam lagu itu! Hahahaha..jiwang 18karat!!!!
Najwa Latif ~ Sahabat
"Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh"

Terima kasih suamiku kerana sudi menjadi "SAHABAT" saya. Dan harap "Persahabatan" kita hingga ke Jannah kelak....


Najwa Latif ~ I Love U
"Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu"

Petikan lirik dalam lagu ini... Lagu ini mengingatkan saat mula-mula kenal dgn laki saya. Saya jenis ego kot time tu, atau senang cerita MALU! MALU nak kata YA dan nasib baik laki itu tak terlepas ke tangan orang lain.. Nasib baik dia faham isi hati ni walaupun tak diluah dengan kata-kata....hahahahha.... gedik!


Hafiz ~ Bahagiamu Deritaku
"Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu "

Lagu ini meruntun jiwa! Minta dijauhkan daripada benda ini terjadi dalam hidup kami sefamily....Amin.... 


Firman ~ Kehilangan 
"Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita"

Sejujurnya, ku tak bisa hidup tanpa kamu Tajul Fikri.....


Nomad ~ Tetap Menantimu

"Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu"

Lagu khas untuk MR ARROGANT saya, Tajul Fikri....hihihi

Memang semua lagu pebret saya ini bila saya suka saya cuba kaitkan dengan situasi saya dan hubby saya...Jadi penghayatan lagu jadi lebih dramatik...maklomla, walaupun dulu student Sains, jiwa tetap SASTERA! Hahahaha....maklomla, skg dah jadi Cikgu BM kan.... Oklah, rasanya ini sahaja untuk hari ini. Daaaa....~~~~

5 comments:

Cabaran 30 Hari Berblog ~Day4~

12/13/2013 Unknown 0 Comments

Cabaran hari ke4....Sebenarnya sudah lambat, sebab dah masuk hari ke5 dah ni...Tapi td sebab hero-hero kesayangan saya demam, terpaksalah berkorban masa untuk bersama mereka! So, skg ni masa untuk menunjukkan bakat terpendam saya dalam bidang penulisan....hihiihi....


"All about your parents"
Alhamdulillah saya dikurniakan Ayah dan Ma yg sangat-sangat hebat orangnya di mata saya. Tanpa mereka, takkan wujudlah saya di atas muka bumi ini. Ok, jom tgk gamba depa berdua dulu sebelom saya story lg pasal mak ayah saya ni ya....
Ok, inilah permata intan berlian zamrud dan pelbagai jenis permata lgla buat diri saya selain suami dan anak-anak saya. Sebenarnya, saya ialah anak yatim yang mana Ayah saya telah pun meninggalkan dunia ini pada 13 September 2013 yang lalu. Ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga dengan tiba-tiba, tanpa sebarang petanda....
AYAH

 Ayah, RAMLI BIN MAT AMIN dilahirkan pada 7 Jun 1955 di Besut, Terengganu. Ayah merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik. Ayah merupakan seorang guru dan akhirnya Ayah juga meninggal semasa masih dalam perkhidmatan lagi. Ayah seorang yang jika dilihat pada raut wajahnya agak garang, dan saya akui ketika kecil memang dia amat garang dengan anak-anaknya. Namun bila mana kami semakin dewasa, baru kami sedar garang Ayah itu untuk menjadikan kami sebagai MANUSIA! Semua kawan Ayah mengatakan Ayah seorang yang amat baik, suka membantu, tidak berkira dan seorang yang kelakar. Ayah amat sayangkan kanak-kanak, dan ini dapat dilihat selepas Ayah mempunyai cucu. Kasih Ayah terhadap cucu kadang-kadang melebihi kasih Ayah kepada anak...hihiihihi.. Pemergian Ayah dengan tiba-tiba 3 bulan yang lalu amat memberi kesan kepada kami semua. Ayah pernah bercakap dengan ma, "Kalau saya nak mati, saya tak nak susahkan sesiapa".... Dan itu menjadi kenyataan, Ayah pergi tanpa sakit, dalam keadaan sihat sahaja. Ya, tidak menyusahkan sesiapa di sini bermaksud, dia tidak mahu sakit dan menyusahkan isteri serta anak-anaknya.... Oh Ayah, sehingga kini kami masih merasai kehilanganmu.....Al Fatihah buat Ayah tercinta. Moga Ayah tenang di daerah abadi sana.....SAYA SAYANG AYAH!

MA

Ma saya ni bernama ROBIAH BT HARON, dilahirkan pada 16 November 1958 di Kelate. Ma juga merupakan seorang guru di Besut. Ma telah bertemu jodoh dgn Ayah pada 6 Ogos 1982 semasa sama-sama mengajar di SMK Nasaruddin Shah, Besut. Ma telah melahirkan 5orang anak, dan saya merupakan anak sulong mereka. Ma saya ni pun time kami kecik, dia garang! Biasalah kan orang muda, saya dan adik saya yg kedua selalu bergaduh dan bermasam muka dgn Ma. Hahahaha... Tapi bl dah masuk alam remaja, kami sedar kesilapan kami tu. INSAF!!!! Selepas pemergiaan Ayah, Ma amat sedih. Tapi kini dia semakin kuat, dan dia redha dgn apa yg sudah berlaku. Bayangkanlah, teman sebantal, teman bercakap, makan, dan macam-macam lgla selama 30tahun hilang buat selama-lamanya...Hati mana yg tidak menderita, tp semua sudah Allah tentukan. Kami semua redha dan mendoakan Ayah tenang di sana.



Ini merupakan foto terakhir kami sekeluarga bergambar dengan Ayah. 
Ayah dan Ma, sesungguhnya tanpa kalian takkan lahir dakuke dunia. Terima kasih atas segala-galanya dan halalkan segala makan minum,duit belanja, kelengkapan dan semua benda yg kalian berikan kpd diri ini semenjak dari dalam perut Ma lg. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat kalian di hati ini. 
 

0 comments:

Cabaran Berblog 30 Hari ~Day 3~

12/11/2013 Unknown 0 Comments

Sudah masuk hari ketiga, dan cabaran diteruskan dengan tajuk, "A place or thing that you are in love with"...

Ohhh...sudah pasti saya memilih UPSI! Apa itu UPSI??? UPSI ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

Saya amat rindu tempat ini, dan bila terpandang balik gambar-gambar UPSI, memang saya ingin kembali ke zaman universiti dulu-dulu. Saya ingin memutarkan kembali masa supaya saya dapat berkenalan, dan bertemu dengan PRINCE CHARMING saya iaitu MOHD TAJUL FIKRI lebih awal. Hehehehe....gatai dok??? Layan......

Banyak tersimpan kenangan indah sepanjang berada di sini. Di sini jualah saya memulakan hidup sebagai seorang pelajar yg lebih rajin. Sebab tu la setiap semester i score u know! Muahhaha... Time di sini jugakla saya aktif berPengakap. Camping, panjat gunung, redah sungai, Jambori, Manikayu. Dan  di sini jugaklah buat pertama kalinya saya eksiden motor. Opssss....silap saya, tertido ketika bawak motor! Dasat kan....... Dan di UPSI jugalah saya tunjuk bakat sebagai Tukang Karut group Dikir Barat Pompuan. Nasib baik tak masuk AF je ni.....






Saya berkenalan dengan laki saya ni semasa semester 5 rasanya...Time tu memang teman tapi mesra je la. Dalam duk mesra tu pun, dia duk rapat dengan org lain sama. Bukan sorang dua, ramai....Ohhh...makan hati je saya time tu. Bila masuk semester 6, kami mula serius sikit, tapi still teman tapi mesra. Hohoho.... Masuk semester 7 dan 8, barulah bertukar status....muahahaha....seronok ingat balik kenangan dulu-dulu. Keje SMS je memanjang, sembang tepon jarang-jarang je sebab nak jumpa dia mai je lepak depan rumah sewa saya! Hahahaha.... Ingat balik dulu-dulu tu, nasib baik skg ni dah sah jd laki bini. Kalau tak, buang duit je duk topup (dulu takde duit nk pakai line pun) sebab nk SMS kan....hihihi...

Di UPSI jugaklah saya jumpa ramai kawan baru dan sampai skg kami memang kawan lagi! Huda, Faida, Masz, Iji, Dina, Mar, Nor, Nang, Zue, Dila >>> Gang Rumah Sewa Ketoyong! I lap u all....



Sebenarnya banyak lagi cerita yang hendak dikongsikan dengan anda semua mengenai UPSI ini. Terlalu banyak cerita indah, dan rasanya 8hari 8malam belom tentu habis. Dan sesungguhnya saya rindu akan UPSI.

0 comments:

Cabaran Berblog 30 Hari ~Day 2~

12/11/2013 Unknown 0 Comments

Cabaran hari kedua pula saya akan bercerita mengenai "Meaning behind your Blog name".

Blog, benda yang baru buat saya sebenarnya. Walaupun saya student IT di zaman U dulu-dulu, ternyata time stadi dulu saya banyak main-main! Kantoi.....muahahaha..

"VITAMIN MAMA GIANT"

Kenapa nama ini menjadi pilihan saya ya???

Vitamin = Saya penjual Shaklee!

Mama = Saya merupakan mama kpd 2 orang anak laki-laki

GIANT = Saya memang berbadan besar, dan bila besar selalu dikaitkan dengan GIANT! 


Daripada situlah saya mendapat idea, saya perlu guna nama ini! Dan saya juga ingin membuktikan Mama yg Giant ini mampu berjaya dengan Shaklee. Yeahhhhhh....

Takde la dramatik, bombastik sangat pun asal usul nama blog ni kan. Semuanya berpunca daripada keadaan sekeliling. Alang-alang orang ejek saya demok..demok...demok, baiklah saya abadikan ejekan tersebut pada nama blog saya. Cute apa kan??? Hehehehe.....Sekurang-kurangnya ejekan itu membuahkan nama blog saya ini! Tq semua yg mengejek itu, dapat juga anda pahala....hehehehe.....

Oklah, ini pun sudah terlambat saya untuk post hari kedua Cabaran Berblog 30 hari ini. Kita jumpa esok pulak ya dengan tajuk entry yg lain....Good nite!!!!

0 comments:

Cabaran Berblog 30 hari ~Day 1~

12/10/2013 Unknown 0 Comments

Cabaran oleh Mama Rin dimulakan sekarang! Cabaran Berblog 30 hari dan hari ini adalah hari pertama dengan tajuk "Introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself".

Jom berkenalan dengan saya sekali lagi...hihihi... 

"me n kiddos"

 Saya ialah NOOR FARIZA BT RAMLI dan lebih mesra dipanggil Jaja@Mc Ja@Fariza. Selain daripada nama ni, saya pun pernah dipanggil Nur, Iza...OMG!!! Tak sesuai dengan karakter diri ini....hihihihi....

Saya dilahirkan pada 22/12/1983 (lagi 13 hari genap 30 tahun) di daerah Besut, Trg. Saya anak kpd pasangan guru, Cikgu Ramli dan Cikgu Robiah, anak sulong dalam keluarga, kakak yg baik kpd 4 org adik. Saya bersekolah di Sek Ren Tengku Mahmud, SMK Tengku Mahmud dan last sekali berjaya jugak menapak ke MRSM Beseri, Perlis. Kemudiannya masuk matrikulasi setahun dan terus ke UPSI.

"Me n Encik Hubby"


Selepas setahun bekerja, saya dengan sedaya upaya memastikan sah bergelar isteri! Hahahaha... Pada 22/12/2007 (besday saya ke24), saya telah diwalikan oleh Arwah Ayah saya untuk dinikahkan dengan Mohd Tajul Fikri Bin Mahmud. Dan, Alhamdulillah selepas hampir 6 tahun berkahwin, kami dikurniakan 3 orang anak laki-laki. 


"Along dan Angah"
Eh, kata ada 3???!!! Mana lagi sorang??? Hmmm....lg sorg sudah pun bertemu dgn Yang Maha Esa pada 17/6/2012 yg lepas...Moga rezeki untuk saya beranak lepas ni makin bertambah-tambah! Amin....

Saya juga seorang guru di SMK Seri Kota Puteri, Pasir Gudang, Johor. Sudah mengajar di sana nak masuk tahun ke7. Saya guru Bahasa Melayu walaupun di UPSI dulu 4tahun saya diajar mengenai IT sahaja. Tapi tak ada masalah, CIKGU kan serba boleh!!!! Yeahhhh....

Maka, disebabkan SERBA BOLEH itulah saya menceburi biz Shaklee ini! Seperti ibu-ibu lain, saya kenal Shaklee melalui set menyusu. Selepas itu pada Mac 2013 yang lepas, sy terus mendaftar sebagai ahli. Dan, selepas hampir 9bulan dalam Shaklee, makin byk benda best sy ketemui!!!!! Anda nak jugak rasa best tu??? Sila la daftar ahli ya.....JOIN SHAKLEE 

Ohh..ya.. ini adalah gambar terakhir kami sekeluarga bersama Arwah Ayah. Saya telah kehilangan Ayah tercinta pada 13/09/2013 yg lepas. Dan, hingga saat ini saya masih merasakan dia masih ada di sisi kami semua...Al Fatihah. Moga Ayah tenang di sana.......
"Kenangan terakhir bersama Arwah Ayah"

Hingga kita berjumpa lagi pada esok hari dalam Cabaran Berblog 30 hari ~Day 2~. 

Assalamualaikum semua......

0 comments:

Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-kanak

12/06/2013 Unknown 0 Comments

Omega Guard merupakan salah satu suplemen yang disyorkan kepada kanak-kanak. Anda boleh mula memberi anak-anak Omega Guard seawal umur mereka 1 tahun lagi dengan kuantiti minimum iaitu sebiji sehari (selang sehari pun boleh). 

Akan tetapi perlu diingatkan, suplemen ini hanyalah makanan tambahan bagi melengkapkan keperluan nutrisi anak-anak. Selain membekalkan mereka dengan suplemen, ibu bapa perlulah sentiasa menjaga pemakanan anak-anak. Berikan mereka dengan makan yang berkhasiat dan sihat.




KENAPA OMEGA GUARD BAIK UNTUK KANAK-KANAK?
  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bakteria dari badan
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan
  • Disyorkan juga untuk kanak-kanak hiperaktif dan autisme

 CARA MEMBERI KANAK-KANAK MAKAN OMEGA GUARD 

*Omega Guard adalah dalam bentuk softgel yang mana akan cair apabila masuk ke dalam mulut. InsyaAllah tidak akan timbul masalah tercekik.

  • Bagi kanak-kanak yang sudah pandai mengunyah, berikan mereka sebiji Omega Guard dan kunyah seperti menguyah chewing gum (pengawasan ibu bapa masih diperlukan bagi keselamatan anak-anak).
  • Bagi kanak-kanak yang belum pandai mengunyah, atau anda masih belum yakin dengan dengan kemampuan mengunyah mereka (yg baru belajar mengunyah makanan pejal), boleh memberikan mereka Omega Guard dengan memotong atau memecahkan ke dalam sudu dan suap terus kepada anak-anak. Jika mereka menolak, anda boleh cuba mencampurkan cairan Omega Guard ke dalam makanan atau minuman mereka.  

Harga sebotol Omega Guard adalah RM136. Sebotol Omega Guard mengandungi 90 biji softgel dan boleh tahan sehingga 3 bulan bagi pengambilan sebiji sehari. 

Bagi mendapatkan Omega Guard untuk anak-anak cemerlang anda, sila hubungi :



Cikgu Fariza - pengedar shaklee pasir gudang, johor

013-9853706

FB : Fariza Ramli

poxtaakasia@gmail.com

0 comments:

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

12/04/2013 Unknown 0 Comments

Percayakah anda, dengan hanya satu hidangan yang mengandungi asid lemk Omega 3 setiap hari boleh memberikan manfaat kepada kesihatan anda. Omega 3 ini adalah sejenis lemak baik yang penting tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Asid lemak mengandungi EPA dan DHA. Oleh sebab badan kita tidak dapat menghasilkan EPA dan DHA ini, kita perlu mengambilnya dari makanan.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE
  1. Omega Guard Shaklee diestrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies).
  2. Omega Guard Shaklee BUKAN dari hati minyak ikan.
  3. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
  4. Jika dibandingkan dengan produk omega lain di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 
  5. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. 
  6. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengestrak asid lemak Omega 3 paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (bahan kimia industri yang sangat toksik).


MANFAAT UTAMA OMEGA GUARD
  1. Membantu rembesan prostagladin (sejenis hormon) dgn lebih berkesan bagi menghalang Prostatomegaly (pembesaran kelenjar prostat) dan membuang air kecil yg timbul drp punca andropos (ciri-ciri yang menyamai menopos pada wanita).
  2. Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  3. Melicinkan kulit dan menjadikan kulit kemerah-merahan. 
  4. Melicirkan saluran darah.
  5.  Mengelakkan strok.
  6. Mengekalkan tekanan darah normal.
  7. Mengelakkan ketegangan di leher atau sakit kepala. 
  8. Merendahkan paras kolestrol. 
  9. Menghindarkan pembekuan darah di dalam badan.
  10. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
  11. Mengawal masalah obesiti.
  12. Mengurangkan risiko sakit jantung.
  13. Bagus untuk ibu hamil dengan membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.  
  14. Mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran serta mencegah migrain. 
  15. Menyihatkan paru-paru.
  16. Meningkatkan sistem imun.
  17. Memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, brokintis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang. 
  18. Mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  19. Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan.
  20. Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  21. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
  22. Mengelakkan gout. 
  23. Mencegah Insomnia.
  24. Membantu kurangkan tekanan.
  25. Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
  26. Membantu dalam masalah autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia. 
 
 SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN OMEGA GUARD? 
  1. Warga Emas
  2. Pesakit Jantung
  3. Wanita
  4. Wanita yang telah melahirkan anak
  5. Pesakit darah tinggi
  6. Orang yang selalu lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pelajar
  9. Ibu menyusu
  10. Ibu Hamil 
  11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
 
Ternyata banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita peroleh jika mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee ini. Bayangkan, bermula dari dalam janin lagi, jika si ibu mengambil Omega Guard ini akan memberikan kebaikan kepada bayi yang dikandung sampailah kita mencapai usia tua masih lagi boleh mengamalkan Omega Guard ini.

Jadi sementara Shaklee masih lagi mengadakan promo beli 6, percuma 1 ini (Disember 2013), anda patut mendapatkannya! Rujuk link ini PROMO DISEMBER 2013. HARGA MENJUNAM!!!!!!!! 


Hubungi saya :

Cikgu Fariza
013-9853706
FB : Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com


0 comments:

OMEGA GUARD ~ Beli 6, PREE 1 ~

12/03/2013 Unknown 0 Comments

Pada bulan Disember 2013 kali ini, Shaklee sekali lagi telah membuat promosi OMEGA GUARD. Dengan pembelian 6 botol Omega Guard, anda akan mendapat 1 botol Omega Guard lg secara percuma!


Siapa ya yang boleh ambil OMEGA GUARD ini???


Beli 6, percuma 1!

Dapat apa lagi ya???

  • Free membership!
  • Cash back!

Atau...

Beli 1, 2 atau 3 dengan harga super jimat! 


Dapatkan OMEGA GUARD anda dengan hubungi saya :

Cikgu Fariza
013-9853706
poxtaakasia@gmail.com
FB : Fariza Ramli

0 comments: