7 CARA SEMULA JADI KURANGKAN KOLESTEROL

1/09/2017 Unknown 0 Comments

Dengar saja KOLESTEROL, mesti sudah terbayang di fikiran kita pelbagai jenis penyakit kronik, terutamanya penyakit jantung. Selain menggunakan ubat-ubat atau suplemen kesihatan, kita juga boleh menggunakan cara semula jadi bagi menurunkan kolesterol. Bagaimana 7 cara semula jadi turunkan kolesterol ini? Jom kita terjah!

7 Cara Semula Jadi Turunkan Kolesterol


1. Oat Bran
Pengambilan oat bran amatlah digalakkan. Oat bran adalah lapisan paling luar biji oat yang boleh dimakan dan lebih halus daripada oatmeal. Makanan yang kaya serat beta-glucan ini boleh menurunkan kadar kolesterol menjadi 10, 20 dan 30 mg/dl. 

Oat Bran

2. Niasin (Vitamin B3)
Niasin amat efektif menurunkan kolesterol jahat yang ada dalam badan kita. Niasin boleh didapati daripada makanan seperti kulat, ikan tuna, ikan salmon, dada ayam, asparagus, daging rusa, daging lembu dan telur.


3. Flaxseed
Flaxseed dengan kandungan karbohidrat rendah ini mudah dicernakan, kaya serat dan boleh menurunkan kolesterol. Kita boleh menaburkan flaxseed ke dalam pelbagai makanan harian kita. 

Flaxseed
 4. Hindari Makanan Berasaskan Tepung Gandum
Sebaik-baiknya hindari makanan yag diperbuat daripada tepung seperti roti, pasta, bijirin yang bukan berasal dari oat. 


5. Kekacang
Jika anda suka makan kacang, elakkan makan kekacang yang sudah diproses atau dicampurkan dengan garam. Pengambilan Almond atau kekacang lain satu perempat hingga setengah cawan sehari mampu menurunkan kolesterol. Kekacang yang masih semula jadi ini kaya serat dan membuatkan kita cepat kenyang. 

Kekacang


6. Hindari Makanan Dengan Indeks Glisemik Tinggi
Kolesterol boleh direndahkan jika kita mengurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti makanan manis, minuman ringan, kuih-muih, kentang dan nasi putih. 


7. Sumber Kacang Soya
Makanan yang kaya dengan soya juga boleh menjadi pilihan lain untuk menurunkan kolesterol. Selain tauhu atau tempe, susu soya juga boleh dijadikan pilihan. 

Susu Soya
Sumber : Majalah iSihat 2014

Apa-apapun, anda janganlah terlalu risau sekiranya paras kolesterol jahat anda (LDL) anda agak tinggi kerana kita masih berpeluang untuk menurunkannya dengan mengatur pola pemakanan kita. 

INGAT, kolesterol kadang-kadang boleh menjadi PEMBUNUH SENYAP kepada kita semua. Jika kolesterol memenuhi dinding salur darah kita, pelbagai masalah akan muncul. 

Bayangkan dinding salur darah kita penuh dengan plak (Kolesterol Jahat), salur darah anda menjadi semakin sempit, sempit dan kian menyepit. Lama-kelamaan, plak ini akan menghalang terus salur darah kita. MAUT menanti!!!


Jom kita sama-sama atasi masalah ini. Bak kata pepatah Melayu, HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH! Jangan selepas kita kehilangan orang kita sayang baru kita hendak bertindak. 
Pengedar Shaklee PILIHAN ANDA;


Fariza Ramli

013-9853706 / 019-9955980


poxtaakasia@gmail.com


COD di kawasan Pasir Gudang




Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments: