Penjual Shaklee Nak Ambil Tugas DOKTOR???

10/27/2014 Unknown 0 Comments

"Oppsss... Jual-jual Shaklee ni, awak ada pengetahuan ke pasal produk Shaklee ni? Ke main jual saja, tak ada stadi ke, tak ada rujuk mana-mana pun". Ayat lain pun ada, "Kau ni mengalahkan doktor!"... Soalan dan ayat yang sentap bukan? Tapi, sebagai pengguna mereka berhak bertanya, hak mereka untuk mendapatkan yang terbaik daripada SID yang terbaik. Betul kan... kan... kan... 

Sumber : nik-is-reporting.blogspot.com
Pengetahuan mengenai produk yang kita jual amatlah penting. Ya, amat penting! Jadi, semua orang tahu yang saya jual Shaklee kan, saya pun mestilah ada ilmu mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh Shaklee. 

Bagaimanakah saya dan rakan-rakan SID yang lain mendapat pengetahuan mengenai produk Shaklee? 

Baiklah, sebenarnya banyak cara yang kami guna untuk mendapat ilmu ini. Pendek kata, di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja kami boleh belajar. Dan proses pembelajaran ini tetap berlangsung walaupun ada antara kami sudah bergelar MASTER COORDINATOR SHAKLEE. 

Antara cara yang kami gunakan :
  1. Bengkel Nutrisi Shaklee
  2. Bengkel New Distributor Training (NDT)
  3. Kelas Online (Webinar)
  4. "Kelas" Dalam Whatsapp
  5. "Kelas" Dalam Group FB
  6. Perbincangan dengan Pakar Nutrisi di Shaklee
  7. Program Bersama Kumpulan Shaklee
  8. National Conference Shaklee
  9. Health Talk
Ini merupakan sebahagian cara kami gunakan untuk belajar mengenai produk Shaklee. Dan saya sendiri memang telah menyertai "kelas-kelas" ini untuk menambahkan ilmu saya. 


Belajar mengenai ilmu-ilmu ini bukan untuk mengambil tugas doktor. Tapi memudahkan kami untuk berhubung dengan customer jika ada sebarang permasalahan.

Berikut pengalaman saya semasa menyertai Bengkel Nutrisi Shaklee yang dianjurkan oleh HQ Shaklee di Johor Bahru.

Pada 7 September 2013, bertempat di Hotel Crystal Crown JB, satu Bengkel Nutrisi Shaklee telah diadakan. Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi hinggalah 6.00 petang. Saya ke sana dengan "adik-beradik" Shaklee saya iaitu Zila@Zola Aziz. (Glamer  
nama ZOLA hokeh! Hehehe)

Apakah yang saya belajar semasa di sana?
Ok, mula-mula kami diterangkan dibekalkan dengan satu buku nota khas yang mengandungi nota-nota mengenai apa yang akan kami pelajari dalam bengkel tersebut. 
Sumber : kizeewattyzainal.blogspot.com
 
Sebagai pembukaan bengkel, kami diterangkan mengenai TUJUAN KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL SUPLEMEN.

Anda tahu kenapa kita perlu mengambil suplemen ini? Ini sebabnya :
  • Kita sering terdedah kepada pencemaran
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Nutrisi makan semakin berkurangan
  • Pengambilan ubat secara berlebihan
  • Gaya hidup yang tidak sihat

Selepas mengetahui sebab-sebab kenapa kita perlu mengambil suplemen, barulah kami didedahkan mengenai suplemen yang dikeluarkan oleh Shaklee. 

Kami belajar :
  • Apakah fungsi setiap suplemen tersebut?
  • Bilakah masa boleh ambil suplemen tersebut?
  • Berapakah kuantiti setiap suplemen?
  • Apakah kebaikan setiap suplemen?
  • Apakah kelebihan setiap suplemen?
  • Siapakah yang boleh amalkan?
  • Siapakah yang tidak boleh amalkan?
Kemudian, bagi menguji tahap pemahaman kami, Pakar Nutrisi Shaklee menguji kami dengan mengadakan kuiz. Kami perlu menjawab beberapa soalan berkaitan. Kami juga melakukan aktiviti berkumpulan di mana kami perlu membuat penerangan mengenai suplemen Shaklee. Ini sememangnya membantu kami untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman kami terhadap suplemen itu.

Dan pada akhir bengkel, pengiktirafan diberikan kepada kami dengan penyampaian sijil. 
Saya, duduk di hadapan sekali no 4 dari kanan (Tudung pink cair)
Banyak benda yang sebenarnya kami perlu belajar untuk menjadi seorang SID yang berjaya dan hebat! Dan proses pembelajaran kami tidak akan terhenti setakat itu sahaja, setiap masa kami akan menggali ilmu. 

Memanglah bidang nutrisi bukan bidang kami, dan kami juga tidak bermaksud untuk "menggantikan" tempat seorang doktor untuk merawat para pesakit. Kami hanya penunjuk cara serta penyampai dan sekadar berkongsi kebaikkan produk Shaklee yang sudah terbukti keberkesanannya.

Jadi, diharap semua jelaslah dengan penerangan dan perkongsian saya yang ringkas ini. Mungkin hari ini saya bercerita mengenai pengalaman menyertai Bengkel Nutrisi sahaja, selepas ini saya akan berkongsi cara lain pula untuk mengutip ilmu.
 

Ingat, Shaklee Independent Distributor (SID) langsung tidak berniat untuk mengambil alih tugas seorang DOKTOR dengan memberi penyelesaian kepada pesakit/pengguna. Kami sekadar berkongsi kebaikkan dengan anda semua mengenai kebaikkan dan kelebihan produk Shaklee. 


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee, hubungi sahaja :
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 




0 comments:

Hobi Yang Saya Tak Sangka!

10/23/2014 Unknown 0 Comments


Hai semua... Ok, hari ini kita lari sebentar daripada topik berkaitan Shaklee ya. Kita share cerita pasal HOBI pula. Hobi? Yalah, hobi... Macam-macam hobi yang dilakukan oleh setiap orang atas muka bumi ini kan. Oklah, meh saya share cerita pasal hobi saya.

Baru saya sedar...

Sejak dua tiga empat lima menjak inikan, saya baru tersedar yang saya mempunyai hobi yang saya tak sangka! Tahu apa? LIPAT KAIN!!! 

Saya tahu, ramai antara kita bila sebut lipat kain, semua nak lari! Ya kan, majoriti orang tak suka lipat kain! Tak dinafikan... 

Hobi baru saya ini bercambah sejak-sejak saya dan keluarga nak pindah ke rumah baharu. Jika dulu, tengok kain berlonggok-longgok, langsung tak ada rasa nak pandang, apatah lagi nak melipatnya. Tetapi sekarang, 5 bakul anytime saya boleh setelkan! Hahahaha.... Apa orang kata, semangat nak naik rumah baharu kan... Tu yang semangat lipat segala baju agar almari di rumah baharu kelihatan kemas!

Malas nak lipat kita kasi taruk hanger saja

Baju anak-anak yang berbakul-bakul banyaknya!
Tuan empunya baju sedap lena, mak dia terbongkok-bongkok lipat kain!


5 bakul besaq kain baju saya berjaya setelkan!!!
Memanglah sepanjang proses melipat kain, pelbagai dugaan saya kena tempuh. Dugaan daripada anak-anak, bapak kepada anak-anak saya lagi, dugaan perot lapar lagi, dugaan sakit/lenguh pinggang lagi. Dugaan daripada anak-anaklah paling mencabar minda saya! Time lantai penuh dengan kain, time itulah depa nak main bolalah, nak main lorilah, nak melompatlah, nak berlarilah! Adoiiii.... 

Opsss.... Ada 3-4 bakul lagi kain kat atas kena setelkan esok. Lepas ini saya kena ubah cara urus kain baju ni. Setiap kali lepas saja basuh, kena terus jemur, dah kering angkat, terus lipat! Tak boleh nak tangguh-tangguh, nanti berbakul-bakul jadinya!

Kata kawan saya, "Rumah aku ada banyak bakul, cadanganya taknak bagi baju sepah-sepah...". Nampak sangat dia pun malas lipat kain! Hahaha... Anda tahu siapa "aku" itukan wahai kawanku.... Hihihi...

Psssttttt.... Sebenarnya hobi lipat kain ni jadi sebabnya ada orang cakap lagu ni, "Malaslah abang nak cari seluar tu, nak cari kena redah dulu gunung kain dalam bilik tu,"... Auchhhh.... Sentap hati ini sekejap! Hahahaha.... Oklah, nasihat saya, SILA JANGAN TIRU PEEL BURUK SAYA YANG MALAS LIPAT KAIN DULU-DULU! TAPI TIRU HOBI BARU SAYA SEKARANG, SUKA LIPAT BAJU! Wahhhh.... Bernasihat bagai! Jangan sekerat jalan dahla hobi saya ini ya... 
 
Demi kerukunan rumah dan tangga, rumah haruslah kemas dan kain baju senang dicapai oleh Encik Suami, nanti makin dia sayang pada kita! Muekekeke.... JOM LIPAT KAIN! JOM LIPAT KAIN! JOM LIPAT KAIN! 

#Kempen "I WANT TO LIPAT KAIN"... 

Yang ikhlas,

Cik Jaja yg suka lipat kain! 



0 comments:

Minuman Isotonik Shaklee PERFORMANCE DRINK

10/23/2014 Unknown 0 Comments

Shaklee pun ada minuman isotonik? Ya, Shaklee pun ada menghasilkan minuman isotonik iaitu PERFORMANCE DRINK yang mana sentiasa menjadi minuman pilihan ahli angkasawan serta para atlet. Dengan adanya Performance Drink ini, saya mampu melupakan minuman isotonik lain yang mana diketahui mengandungi gas dan gula yang tinggi. Bezanya, minuman isotonik Shaklee Performance Drink ini tidak mengandungi gas dan kurang gula.

Ciri-ciri Performance Drink
  • Performance Drink merupakan  minuman ahli sukan yang mengandungi elektrolit  yang sempurna bagi mengelakkan penyahidratan (hidrasi) berlaku.
  • Menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat.
  • Rumusan ekslusif Opticarb meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga serta-merta dan memastikan proses pengaliran bendalir dalam tubuh lancar. 
  • Ujian klinikal diadakan bagi membuktikan keberkesanan produk.

Manfaat Utama Performance Drink
  • Meningkatkan daya ketahanan badan dengan membekalkan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal dengan mengimbangi serta membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam badan. 
  • Mencegah penyahidratan dengan mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda. 
  • Mengekalkan paras gula di mana telah terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepat proses penyembuhan akibat kecederaan otot.

Siapakah yang Boleh Amalkan Performance Drink?
  • Mereka yang aktif bersukan
  • Mereka yang berpuasa
  • Mereka yang melakukan pembedahan
  • Mereka yang menghidap gout
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu mengandung yang mengalami morning sickness atau mabuk-mabuk
  • Mereka yang kurang minum air
  • Mereka yang mengalami cirit-birit
  • Mereka yang suka minum minuman ringan
  • Mereka yang keletihan
  • Mereka yang kerap sakit kepala
  • Mereka yang mengalami pening-pening 
  • Mereka yang sedang demam atau yang terasa ingin demam


Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman lain.Ternyata badan menjadi lebih cergas dan kurang penat. 


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Performance Drink, hubungi sahaja :
 
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


0 comments:

Kenali Jenis-jenis Kolesterol Dalam Darah

10/20/2014 Unknown 0 Comments

Kolestrol, apakah itu kolesterol?
Tahukah anda, KOLESTEROL merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan semua sel badan. Kolestrol merupakan komponen tubuh yang penting bagi membentuk sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan.

Bagaimana kolesterol terhasil?
Kolesterol itu sebenarnya dihasilkan secara semula jadi oleh hati, dan kolestrol juga boleh diperoleh daripada makanan harian kita. Kolestrol yang kita makan akan meningkatkan lagi paras kolestrol dalam darah. Kandungan yang terlalu tinggi bakal mengundang pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan angin ahmar. 


Jenis-jenis Kolesterol
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah kita iaitu;
  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

Apakah perbezaan LDL dan HDL?

1. LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • Dikenali sebagai kolesterol "JAHAT" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah kita.
  • Plak inilah yang akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah.

2. HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
  • Dikenali sebagai kolesterol "BAIK" kerana membantu mengangkut olestrol dari salur darah balik kehati untuk disingkirkan.
  • Secara umumnya, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.
Perbezaan salur darah normal dan salur darah yang dipenuhi plak
Cuba lihat gambar berikutnya;

Rajah menunjukkan bagaimana plak terbentuk di dalam salur darah kita


ADAKAH ANDA SEDAR TENTANG BAHAYANYA KOLESTEROL YANG TINGGI DI DALAM DARAH? 

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan penyakit-peyakit kronik. 

Jika anda mempunyai kolesterol tinggi;
  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko lebih tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi, penyakit hati berlemak, dan masalah tidak keseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual. 

Jadi, selepas ini kita perlulah memastikan agar kandungan LDL dalam darah kita berada dalam paras normal bagi mengelakkan kemungkinan buruk lain terjadi. 

Jika ingin mendapatkan penyelesaian masalah kolesterol tinggi dengan suplemen Shaklee, anda boleh rujuk artikel ini Phytocol-ST turunkan Kolesterol Tinggi

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Phytocol-ST, hubungi sahaja :
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 
 

0 comments:

Phytocol-ST Turunkan Kolesterol Tinggi Dalam Badan Secara Semulajadi

10/20/2014 Unknown 0 Comments

Adakah anda menghadapi masalah kolesterol tinggi? Jika YA, anda merupakan salah seorang daripada 6 juta rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kolesterol tinggi.


Paras kolesterol yang tinggi di dalam badan bakal menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius. Masalah kolesterol tinggi ini boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangka masa yang panjang, masalah ini akan memberi impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Dan perkara paling membimbangkan, RAMAI YANG TIDAK MENYEDARI BAHAWA MEREKA MENGHADAPI MASALAH KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN. 

APAKAH PENYEBAB UTAMA KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN?

Jawapannya, MAKANAN. Ya, makanan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia merupakan punca utama terjadinya masalah ini. Seperti mana yang kita semua tahu, makanan Malaysia yang sering kita nikmati tinggi lemak serta kalori. 

TAHUKAH ANDA? 

Menurut Persatuan Jantung Amerika, saranan pengambilan kolesterol sehari bagi individu normal tidak melebihi 300mg sehari. Manakala bagi mereka yang menghidap penyakit jantung, pengambilan kolesterol haruslah tidak melebihi 200mg sehari. WOWWWWWW!!!!!

Bayangkan pula ini :
Cuba kita lihat jumlah kolesterol yang terkandung dalam makanan menu harian rakyat Malaysia ini. Dan, setiap hidangan bukanlah dimakan sekali sahaja, malah berkali-kali dalam sehari. Mampukah kita menghadkan pengambilan makanan ini kurang 300mg sehari? Mampukah anda??? 

BAGAIMANA CARA MENURUNKAN KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN?

Secara amnya, bagi mengatasi masalah kolesterol tinggi dalam badan ini anda perlulah : 
  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  • Melakukan senaman lebih kerap
  • Menurunkan berat badan
  • Menambah FITOSTEROL* ke dalam diet harian (Pengambilan Fitosterol sebanyak 2000mg sehari membantu menurunkan paras kolesterol tinggi)
*FITOSTEROL juga dikenali sebagai STEROL & STANOL, wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran.

Penyelesaian SHAKLEE

PHYTOCOL-ST SHAKLEE

PHYTOCOL-ST telah diperkenalkan kepada umum di Malaysia pada Jun 2014 yang lepas. Fungsi utama Phytocol-ST ini adalah untuk menurukan kolesterol tinggi dalam badan secara semulajadi

Keistimewaan PHYTOCOL-ST Shaklee  :
  • Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol 
  • 80 kajian telah dilakukan membuktikan mampu menurunkan kolesterol LDL
  • Membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari
  • Menepati 100% keperluan harian fitosterol 
  • Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis
Bagaimana PHYTOCOL-ST Shaklee bertindak?


Memandangkan struktur fitosterol ini hampir sama dengan kolesterol, fitosterol ini akan bersaing untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Cuba kita lihat gambar berikut ;
Fitosterol akan terikat kepada reseptor di dalam usus, dan menghalang kolesterol diserap ke dalam tubuh. Keputusannya, hanya sedikit kolesterol akan diserap oleh tubuh dan sedikit kolesterol akan dibebaskan di dalam salur darah. Apabila kita mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kuranglah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL. 

TESTIMONI PENGGUNA PHYTOCOL-ST SHAKLEE

Jom kita lihat bagaimana Phytocol-ST ini membantu Mr. Ethan Wang untuk menurunkan kolesterol dalam badan beliau. 


Tempoh pengambilan adalah selama 2 bulan. Sepanjang tempoh itu, Mr. Ethan Wang  tidak mengamalkan Omega Guard, Lecithin dan mengurangkan pengambilan ESP. Beliau juga tidak mengamalkan diet sepanjang masa itu. Hasilnya ;




Jumlah penurunan kolesterol adalah sebanyak 22% !!!

Cara pengambilan Phytocol-ST bagi hasil terbaik : 
  • 2 biji setiap kali ambil, 2 kali sehari sebelum makan secara konsisten (4 biji sehari)
Jadi sekarang kita sudah jelas bagaimana Phytocol-ST ini membantu menurunkan kolesterol tinggi dalam badan secara semulajadi. Anda tidak perlu lagi takut untuk menikmati makanan kegemaran anda selepas ini kerana Phytocol-ST akan mengatasi masalah kolesterol tinggi ini. 

Amalkan Phytocol-ST setiap hari bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan. INGAT, kolesterol yang tinggi dalam badan akan mengundang lebih banyak penyakit kronik datang. Jom kita amalkan PHYTOCOL-ST SHAKLEE.


Jika anda pun ingin mendapatkan set vitamin Shaklee, anda boleh menghubungi saya : 


Fariza Ramli




poxtaakasia@gmail.com


COD di kawasan Pasir Gudang


Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments: