DAY 3 | KHAZANAH YANG ADA DALAM HANDBAG "MK" SIAM SAYA!

10/11/2014 Unknown 0 Comments

Masuk hari ketiga, lewat sikit publishnya akibat Tuan Tanah tidur kepenatan semalam di tepi laptop. Tuan Tanah nak masuk rumah lain, jadi kenalah bersihkan rumah sana tu yang baru siap renovation. Sakit pinggang, lenguh seluruh badan semua ada. Kasi telan Ostematrix, pagi ini bangun Alhamdulillah, LEGA!

Tajuk entry hari ini agak lain sikit, APA YANG ADA DALAM HANDBAG ANDA???

OMG!!! Tak pasal-pasal Tuan Tanah selongkar handbag jenama "Michael Kors @ MK" cap SIAM tu! Hahaha....nak beli MK ori Tuan Tanah belum berkemampuan, MK Siam pun jadilah. Janji boleh angkut khazanah-khazanah yang ada ni haaaa..... 

Apa ada dalam itu handbag haaaaa...???!!!!


Haaa....inilah dia khazanah yang WAJIB dan perlu ada dalam handbag Tuan Tanah. Memang benda yang ala kadar sahaja, tidaklah segah khazanah dalam handbag pemilik MK Ori! Sudah ditag dengan nombor-nombor dari 1-13, meh tuan tanah story-mory sikit pasal apa khazanah ni WAJIB dan perlu ada dalam handbag Tuan Tanah.

1. Beg hitam 
Beg hitam ini dibeli oleh Hafilah (Gang Jahat Tuan Tanah di Sekolah). Time tu beg jenis macam ini glamer! So, ambillah peluang belilah satu. Boleh sumbat kad-kad, duit kertas, syiling, plastik gula-gula...

2. "Berukbeng"
Broadband inilah yang Tuan Tanah gunakan untuk bersiaran di alam maya. Kenapa tak pakai internet di Hp saja? Jawapannya, Hp Tuan Tanah selalu sangat bateri habis. Belum bukak internet ber3G bagai tu, bateri Hp dah asyik "disedut" dengan pantas! Pakai internet siap 3G bagai, mungkin sekelip mata bateri kong! Hihihi.... Nanti tukar ip 5S Tuan Tanah tukar plan internet nooo......

3. Buku Catatan 
Sekarang memang Buku Catatan yang diperoleh semasa Jom Hebat Selatan hari tu Tuan Tanah gunakan. Dalam itulah macam-macam benda Tuan Tanah catat. Catat pasal oder Shaklee, catat pasal hutang-piutang, catat UV "anak-anak" Shaklee. Habis helaian dia nanti, kita kasi tukar buku lain pula.

4. Wallet
Wallet pemberian adik tercinta. Tq banyak-banyak Bona! Wallet ini memang tahan lasak, tahan maki, tahan kurus tidak seperti Tuan Tanah yang sedempol ini! Kurus sebabnya isinya kurussssssssssssss...... Hihihi....

5. Handphone 
Iphone ini juga pemberian adik tersayang, Bona! Eh, dah kenapa asyik dia bagi je??? Ya, sebab dia tahu kakaknya tidak semampu dia untuk memilikki apa saja yang diimpikan. Maklumlah, kakaknya bergaji kecik! Muekekekeke..... Tq Bona! Memang berguna ip ini...

6. Tuala kecil
Tuala kecil ini memang selalu digunakan untuk lap peluh. Maklumlah, body Tuan Tanah boleh tahan besaq! Jadi proses perpeluhan memang berlaku secara agak berlebihan, tapi tak adalah sampai tahap lencun! Jadi, langkah selamat, malas guna tisu, guna saja tuala terus! Nasib baik tak bawa tuala mandi yang besaq tu je...

7. Lipstik murah asal bibir merah!
Wahhhh..... lipstik pula Tuan Tanah ni ya.... Lipstik ini Mak Tuan Tanah yang bagikan. Katanya, Tuan Tanah ini CIKGU, jadi biarlah nampak berseri sikit muka tu, baru student makin sayang! Erkkk...??? 

8. Bedak baby
Tuan Tanah tak pakai compact powder tu. Kenapa? Sebabnya, memang Tuan Tanah tak reti nak menepek dengan bedak tu. Lagipun kulit wajah Tuan Tanah masih kekal seperti kulit baby lagi ni haaaa.... Hahahahaha.....

9. Minyak Angin Cap Kapak
Fuhhh.... Minyak Angin ini banyak jasanya tahu! Kalau budak-budak sakit perot, sakit kepala, pening ke apa di sekolah, tak kiralah dia dari tingkatan berapa, kelas yang saya tak ajar sekalipun, depa tahu saya ada minyak angin. Mesti Tuan Tanahlah jadi sasaran... Sebab itulah Tuan Tanah beli minyak angin botol besar. 

10. Pendrive
Sekarang pendrive tu dah jarang-jarang guna sebab sekarang semua "atas talian" katanya. Kalau dulu semua benda nak sumbat dalam pendrive, sekarang boleh simpan dalam email, dropbox dan apa-apa sajalah yang guna internet. Kerlasssssssss ko......

11. Pillbox
Pillbox yang beli daripada Hanim Ismail @ Aneng, adik-beradik Shaklee saya. Tak mahal pun, seringgit seketul. Boleh sumbat vitamin bawa ke mana-mana. Senang! Tak payah Tuan Tanah angkut botol-botol vitamin tu ke hulu ke hilir.

12. Kunci Bilik Guru
Sebagai penghuni bilik guru, Tuan Tanah memang adalah kunci ini. Boleh dikatakan setiap hari pintu depan bilik guru itu Tuan Tanah yang bukakan. 

13. Pen 
WAJIB ada! Hahaha.... Pen merah memang Cikgu salah yang guna. Pen hitam tu pulak senang nak guna tulis Buku Rekod Mengajar dan mencatat dalam buku catatatan di atas tu. 

Ok, setakat hari ini memang itu sahaja yang ada. Berbeza time Tuan Tanah ada anak yang baby dulu-dulu. Kalau time Fahin dan Farhan baby, dalam handbag Tuan Tanah siap ada napkin, pampers, tisu basah, puting, botol susu, minyak telon, toys....... Haaaaaaaaaaa...... Lagi dasat! Hahahaha.....

Baiklah, itu sajalah perkongsian pasal KHAZANAH YANG ADA DALAM HANDBAG "MK" SIAM SAYA! MK Siam yang banyak berjasa kepada Tuan Tanah! Semoga 1 hari nanti Tuan Tanah berpeluang merasa pakai MK Ori noooooo...... Doakan! Hihihi....

See yaaaaa........

0 comments: