KALENDAR 2015 Cuti Hujung Minggu Yang Panjang

9/18/2014 Unknown 0 Comments

Tahun 2014 kian berlalu, dan 2015 semakin hampir. Dannnnnnn.....semestinya kita semua tidak sabar menantikan tahun 2015 kan??? Ini kerana pada tahun 2015, terdapat 11 KALI CUTI HUJUNG MINGGU YANG PANJANG! Jika dilihat secara lalu, banyak cuti jatuh pada hari Isnin, Jumaat dan Sabtu. Ini memang berita baik buat semua!
  • Bagi individu yang suka melancong, anda boleh mula fikir-fikirkan plan yang superb!
  • Bagi ibu bapa pula, bolehlah menyusun jadual bagi rancangan anda sekeluarga!
  • Bagi masyarakat yang suka kenduri-kendara, bolehlah pilih tarikh sesuai nak buat kenduri of the year itu!
  • Bagi pihak sekolah, plan aktiviti yang tidak menyusahkan sesiapa! (Saya cikgu yg suka cuti-cuti ni..hihihi)
  • Bagi media massa, planla tayangan-tayangan best-best sikit untuk mengisi masa lapang kami semua! 

Pendek kata, semua bolehlah plan awal-awal bermula sekarang ini.Saya pun mahu plan jugak ni... tapi cuti saya hanya untuk kampung! Kampung! Dan kampung sahaja! Muahahaha....

SILA TERJAH KALENDAR 2015



Sila gunakan cuti yang ada dengan aktiviti berfaedah. Yang mana berkeluarga, bolehlah meluangkan lebih banyak masa untuk bersama family tersayang. 

Semoga kalendar ini bermanfaat buat semua! Selamat merancang cuti....

0 comments:

Siapa Tidak Boleh Mengambil Vita-Lea?

9/17/2014 Unknown 0 Comments

Vita-Lea, seperti mana yang kita sedia maklum Vita-Lea merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Tablet kecil berwarna hijau itu banyak memberi faedah kepada kita. Antaranya, membantu kita mendapatkan tenaga segera, pelengkap nutrisi dan melindungi organ.
NAMUN, kita semua perlu berjaga-jaga dan berhati-hati. TIDAK SEMUA ORANG boleh mengambil Vita-Lea ini. Siapa dan kenapa???


Jika mengalami salah satu daripada masalah berikut, kita TIDAK BOLEH mengambil Vita-Lea ;

1. Pesakit SLE
  • Antara kandungan Vita-Lea adalah Alfalfa, dan pesakit SLE TIDAK BOLEH SAMA SEKALI mengambil suplemen yang mengandungi sumber Alfalfa. Kenapa? Ini disebabkan Alfalfa mengandungi amino acid L-canavanine yang mana boleh mencetuskan serta meningkatkan risiko keradangan kepada pesakit SLE.
Gambar Hiasan : Salah seorang pesakit SLE

2.  Pesakit Thalassemia (Terutamanya Thalasemmia Major)
  • Pesakit Thalasemmia tidak boleh mengambil Vita-Lea kerana Vita-lea mengandungi Zat Besi. Seperti mana yang kita tahu, pesakit Thalassemia sememangnya sudah mengalami masalah beban zat besi berlebihan dalam badan, jadi mereka perlu mengelak daripada mengambil suplemen yang mengandungi zat besi. 
 
 
3. Mereka yang ALAH kepada herba 
  • Mereka yang alah atau allergic kepada herba tidak boleh mengambil Vita-Lea kerana salah satu daripada kandungan Vita-Lea ialah Alfalfa.
 
 
4. Pesakit Hyperthyroid 
  • Pesakit Hyperthyroid tidak boleh mengambil Vita-Lea. Ini disebabkan Vita-Lea mengandungi iodin. Pengambilan Vita-Lea mampu meningkatkan lagi paras iodin dalam tubuh pesakit dan menambahkan risiko keradangan. 

Jika kita mengalami masalah seperti di atas, kita TIDAK BOLEH MENGAMBIL VITA-LEA. Jadi sebelum mengambil keputusan untuk mengambil Vita-Lea, adakan dulu sesi soal jawab dengan pengedar pilihan anda. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Jika anda TIDAK MENGALAMI masalah di atas, kita BOLEH MENGAMBIL VITA-LEA tanpa sebarang masalah. Pengambilan secara konsisten sebanyak 2 biji sehari mampu menjamin kesihatan berpanjangan. 


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:
 
Fariza Ramli
013-9853706 / 019-9955980
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


 

0 comments:

Kencing Manis dan Shaklee

9/16/2014 Unknown 0 Comments



Apakah itu kencing manis???

Kencing manis atau turut dikenali sebagai diabetes berlaku apabila keadaan kandungan glukosa terlalu tinggi dalam darah, terutamanya selepas pengambilan makanan (bagi penghidap kencing manis). Kandungan gula ini boleh diukur melalui pemeriksaan darah dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer.



Jenis-jenis kencing manis/diabetes
 
Buat pengetahuan semua, kencing manis ini terbahagi kepada 2 jenis. Jom kita teliti jenis-jenis kencing manis tersebut :

 
Kencing manis atau diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

a)      Kurangkan berat badan
  • Jika berat turun, risiko untuk menghidap kencing manis berkurang
  • Jangan obesiti

b)      Tingkatkan pengambilan serat
  • Tingkatkan pengambilan sayur dan bijirin penuh
  • Hadkan pengambilan buah-buahan sebanyak 2 hidangan sehari
  • Serat boleh mengurangkan risiko menghidap diabetes 

c)       Pilih sumber protein yang sihat
  • Pengambilan ikan 2-3 kali seminggu dapat tingkatkan pengambilan asid lemak

d)      Pilih lemak yang sihat
  • Kurangkan pengambilan tepu seperti santan, lemak haiwan dan makanan terproses seperti biskut krim
  • Pilih lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak jagung, kacang tanah dan kemola

e)      Senaman berkala
  • Senaman boleh memperbaiki sensitiviti badan terhadap insulin
  • Amalkan senaman seperti berbasikal atau berjalan kaki selama 30 minit sekurang-kurangnya 5 kali seminggu

Selain anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti di atas, anda juga boleh mengawal kencing manis anda itu dengan pengambilan suplemen. Shaklee turut menawarkan beberapa cadangan suplemen bagi pesakit kencing manis. Seperti yang saya katakan tadi, kencing manis tiada ubatnya, jadi suplemen ini akan bertindak untuk mengawal kadar gula dalam tubuh kita agar tidak terlalu tinggi. 

Berikut merupakan cadangan suplemen Shaklee bagi pesakit kencing manis :

1. B Complex  

  • Membantu menukarkan gula kepada tenaga
  • Membantu mengurangkan keletihan


2.GLA Complex

  • Membantu menghalang komplikasi kencing manis
  • Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy


3. Zinc Complex
  • Membantu penghasilan insulin
  • Membantu dalam pemulihan luka

ATAU, jika anda mempunyai bajet yang besar, saya sarankan anda terus mengambil VIVIX

  • Membantu membaiki sel DNA di dalam badan
  • Membantu mengurangkan inflamansi
  • Membantu meningkatkan penghasilan tenaga


Cadangan suplemen akan bertindak untuk mengawal kadar gula dalam badan kita. Selain pengambilan suplemen ini, anda perlulah menjaga pemakanan serta membuat senaman untuk mengawal kencing manis ini. 


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:
 
Fariza Ramli
013-9853706 / 019-9955980
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments:

5 "Tabiat Buruk" Apabila Balik Kampung

9/16/2014 Unknown 0 Comments

Balik kampung merupakan salah satu aktiviti wajib yang saya akan lakukan setiap kali cuti. Dan rasanya setiap kali cuti, destinasi percutian kami adalah di kampung. Berada di ampung merupakan satu nikmat kepada saya! Di kampung saya boleh jumpa mak, mak mertua, katil saya, bilik saya, masakan mak dan banyakkkkkkkk lagi benda menyeronokkan dapat dirasa! Itu semua hanya di kampung.

Kampung saya terletak di Besut, Terengganu. Saya memang anak jati Besut. Arwah Ayah memang asal dari Besut, mak saya pula dari Siam. Hohoho... Ok, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu cerita! Cerita pasal apa??? Haaaa.... Pasal 5 tabiat buruk saya apabila balik ke kampung. Setiap kali balik ke kampung pasti saya akan melakukan “5 tabiat buruk” ini! Walaupun cuba ditahan, saya tetap tewas! Adehhhhh.....

5 Tabiat Buruk Apabila Balik Kampung

1.    Buka tudung saji, dan akan terus makan walaupun sudah kenyang
 
Cuba teka apa yang ada di bawah tudung saji mak saya ni????
 

Adoiiiii....ni tabiat paling buruk saya hadapi! Hahahaha.... Sampai saja di kampung, tak kira la jam berapa, saya pasti akan ke dapur dan membuka tudung saji! Jam 1pagi, 2pagi ke, pasti saya menuju ke dapur. Tengok ada lauk apalah yang boleh saya bedal! Jumaat lepas, saya sampai di kampung jam 1pagi, ke dapur dan tengok ada nasi, lauk ayam goreng, ikan goreng, sambal dan sup tulang! Tanpa ragu-ragu saya mengisi perot bersama Encik Suami. Kenyangggggggggggggg.......

2.    Tido, tido, tido dan tido


Ohhh...nikmat betol tido atas katil sendiri! Walaupun baru bangun tido,saya boleh sambung tido balik. Hahaha... tak tau kenapa, masuk saja bilik seolah-olah ada kuasa memanggil-manggil suruh saya tido! Makan, tido, tengok tv, tido.... Padanlah berat senang sangat naik kannnnn...... Pagi tido, tengahari tido, petang tido, malam offcozla tido!

3.     Layan internet 28 jam sehari!

Jika diPasir Gudang, internet saya ada limit dia. Tapi bila balik kampung ni, unlimited! So, memang keje saya mengadap internet je la... atas katil internet, dalam toilet, depan tv, makan di dapor... Muhahahaha... Bila nak insaf ni????

4.    Kain bajumu, kain bajuku jua...

Tabiat buruk seterusnya adalah “KAIN BAJUMU, KAIN BAJUKU JUA!!!” Bila balik ke kampung, saya tak perlu susah payah nak angkut segala macam baju. Just pilih 2-3 helai, yang dalam-dalam dan seluar jeans selai dua. CUKUP! Sebabnya bila di kampung, tak kira dah baju tu siapa punya, kami rembat pakai! Ni lah untungnya bila adik-beradik sama saiz....hihihii.... Saiz XXXXXXL...Nak g jalan-jalan ke, pakai baju adik saya Fatihah, nak duduk golek-golek di rumah rembat baju si Yayang. Senang, tak payah angkut beg besaq-besaq!

5.    Pagi-pagi bedal nasik berlauk gaya makan nasik time lunch!!!!
Fuhhh.... Ini memang betul-betul dugaan buat saya jika saya nak diet! Mana tak nya, memang menjadi kewajiban bagi arwah Ayah, mak dan mak mertua saya membeli nasik berlauk untuk breakfast! Dan yang best lagi dasat, lauk dan nasiknya tu seolah-olah untuk makan terngahari u ollsssssss!!!! So, bayangkan, jika breakfast sudah begitu gaya lauknya, lunch dan dinner pasti lagi dasat! Makannnnnnnnnn..... Tanpa ada rasa bersalah pun! Padanlah body sorang-sorang macam ahli gusti tau.....hehehehe..


Rasanya banyak lagi tabiat-tabiat yang hanya saya lakukan bila balik ke kampung. Kampung itu seolah-olah syurga buat saya, kerana disitulah ada arwah Ayah, mak dan mak mertua saya! Dapat bertemu mata dan memeluk mereka, itu satu nikmat. Dan 13 September 2014 lepas merupakan genap setahun arwah Ayah tiada. Sunyi saja rumah di kampung sekarang selepas permegian Ayah. Tapi tak apa, saya redha. Moga Ayah tenang di sana....

Okla, got to go! Makannnnnnnnnnnnnnnn...... mak saya dah panggil makan nasik berlauk again! Fuuhhhh..... jangan terkejut jika lihat saya setiap kali selepas cuti, keadaan badan akan berubah membesar dengan sukses sekali! Muahahahaha..... oklah, bye! 

Saya mak 3orang anak! Tapi peel tetap sama macam dulu-dulu setiap kali baik kg!!!

0 comments:

Kebaikan dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee

9/11/2014 Unknown 0 Comments

Peppermint-Ginger Plus Shaklee merupakan antara suplemen Shaklee yang saya gemari. Peppermint-Ginger Plus Shaklee banyak membantu saya mengatasi masalah berkaitan dengan "angin" dalam badan. 

 
Secara klinikalnya, Peppermint-Ginger Plus Shaklee ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Peppermint-Ginger Plus Shaklee merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur. Dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. 

4 herba tersebut adalah seperti berikut :

Manfaat Utama :

Pudina
  • Melegakan otot perut
  • Membantu dalam proses penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kelhilangan selera makan
  • Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu dapat menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema

Halia
  • Merangsang rembesan enzim Slavia untuk pencernaan makanan
  • Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang)
  • Berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan

Pokok Adas (fennal)
  • Menghilangkan kembung perut
  • Melegakan sakit perut, gejala selsema
  • Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus

Cekur Manis (anise)
  • Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba pada musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut

Cara Pengambilan Peppermint-Ginger Plus Shaklee (Rujukan : Buku Nutrisi Shaklee)
  1.  Membantu penghadaman - 3 biji selepas makan
  2.  Mencuci usus dan perut - Larutkan 3 biji dan 10 biji Alfalfa dalam air panas suam untuk diminum
  3. Merawat masalah gastrik, nausea, batuk - 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
  4. Kelegaan tekak, batuk, sendawa - Hisap 2 biji
Sebotol Peppermint-Ginger Plus Shaklee mempunyai 90 biji sebotol, berharga RM45.
 
Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:
 
Fariza Ramli
013-9853706 / 019-9955980
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments:

Set Slimming Shaklee

9/11/2014 Unknown 0 Comments

Hai, selamat bersua kembali! Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Set Slimming Shaklee. Buat pengetahun semua, Set Slimming Shaklee ini merupakan antara Set Shaklee yang menjadi pilihan ramai. Pemintaannya sentiasa tinggi dan tidak putus-putus. HOT STUFF hokeh....


Set Slimming Shaklee ini menekankan 3 konsep utama iaitu : BAKAR + BUANG (DETOX) + BINA

1. DETOX
    ******* 
Herb-Lax @ Alfalfa Complex 
Kedua-dua suplemen ini berfungsi untuk detox. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali atau hanya mengambil salah satu sahaja. Mengikut pengalaman saya, perbezaan amtara kedua-duanya adalah seperti berikut :

#Herb-Lax
Kesan pengambilan akan dirasai selepas mengambilnya antara 8-12jam kemudian. Proses perkumuhan berlaku dengan lancar sekali. Proses perkumuhan berlaku dengan lembut, hasilnya memang melawaskan. Membantu untuk keluarkan najis-najis atau toksin yang sudah lama tersimpan di dalam badan. Pengambilan untuk orang biasa disarankan 2-3 kali seminggu sahaja.

#Alfalfa Complex :
Pengambilan secara berterusan setiap hari antara 2-10 biji Alfalfa mampu membantu kita menghapuskan toksin daripada badan. Pengambilannya adalah setiap hari. Namun diingatkan jika mengambil Alfalfa Complex, anda disaran minum air yang banyak kerana tanpa air, Alfalfa boleh menjadikan darah kita pekat. Apabila darah menjadi pekat, masa itulah kita menjadi sakit kepala atau pening.


2. BAKAR DAN PERANGKAP LEMAK
    *******************************
Omega Guard @ Lecithin 
Kedua-dua suplemen ini bertindak untuk membakar dan seterusnya memerangkap lemak-lemak tersebut sebelum diangkut keluar oleh suplemen detox. Perbezaan antara Lecithin dan Omega Guard adalah :



3. BINA 
    *****
Cinch Shake @ ESP Kedua-dua suplemen ini merupakan sumber protein yang baik. Namun, apa pula beza antara kedua-duanya? Mesti anda tertanya-tanya, apa pula bezanya bukan.... Baiklah, ini ada sedikit penerangan ringkas mengenai perbezaan kedua-dua suplemen :


Apakah itu LEUCINE?
Leucine merupakan salah satu sumber protein yang berfungsi untuk memelihara otot. Cara leucine ini bertindak adalah dengan mengekalkan kekuatan otot selepas kita bersukan, diet atau bekerja. Dengan mengekalkan kekuatan otot, maka kadar metabolisme otot menjadi tinggi, dan ini akan membakar lemak-lemak yang berlebihan.

Oleh sebab itulah, CINCH SHAKE SHAKLEE memang dikhaskan untuk orang yang ingin berdiet. Habis tu, kenapa pula ada SID yang syorkan ESP untuk set slimming? Ok, sebenarnya bagi ibu menyusu, ibu mengandung anda lebih disarankan untuk mengambil ESP. Ini kerana kandungan kalori Cinch Shake adalah terlalu  rendah berbanding ESP. Ini mungkin mengganggu tumbesaran bayi bagi ibu mengandung. Bagi yang menyusu, selain membantu menguruskan badan, ESP juga bertindak sebagai milk booster.


BERAT SAYA NAIK DISEBABKAN MASALAH HORMON. APA YANG PATUT SAYA AMBIL???
Baiklah, jika anda mengalami masalah berkaitan hormon, anda disarankan menambah GLA COMPLEX dalam set slimming Shaklee anda. GLA Complex ini akan membantu anda untuk membetulkan keadaan hormon.  Akibat masalah hormon ini, ramai wanita yang mengalami masalah berat badan.

KADAR METABOLISME SAYA RENDAH. APA YANG PATUT SAYA AMBIL??? 
Baiklah, jika kadar metabolisme anda rendah, anda disarankan mengamalkan Cinch Tea Mix dan juga B Complex dalam pilihan set slimming Shaklee anda. Kedua-dua suplemen ini akan membantu meningkatkan kadar metabolisme badan kita. 


Jadi sekarang anda bolehlah membuat pilihan yang mana satu ingin dicuba. Jika anda inginkan kepastian, lebih baik anda menghubungi SID untuk mendapatkan penerangan lebih tepat mengenai set slimming Shaklee. Selepas mendapatkan penerangan, mungkin ia dapat membantu anda membuat pilihan set slimming Shaklee.


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:
 
Fariza Ramli
013-9853706 / 019-9955980
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 
 

0 comments: