7 CARA SEMULA JADI KURANGKAN KOLESTEROL

1/09/2017 Unknown 0 Comments

Dengar saja KOLESTEROL, mesti sudah terbayang di fikiran kita pelbagai jenis penyakit kronik, terutamanya penyakit jantung. Selain menggunakan ubat-ubat atau suplemen kesihatan, kita juga boleh menggunakan cara semula jadi bagi menurunkan kolesterol. Bagaimana 7 cara semula jadi turunkan kolesterol ini? Jom kita terjah!

7 Cara Semula Jadi Turunkan Kolesterol


1. Oat Bran
Pengambilan oat bran amatlah digalakkan. Oat bran adalah lapisan paling luar biji oat yang boleh dimakan dan lebih halus daripada oatmeal. Makanan yang kaya serat beta-glucan ini boleh menurunkan kadar kolesterol menjadi 10, 20 dan 30 mg/dl. 

Oat Bran

2. Niasin (Vitamin B3)
Niasin amat efektif menurunkan kolesterol jahat yang ada dalam badan kita. Niasin boleh didapati daripada makanan seperti kulat, ikan tuna, ikan salmon, dada ayam, asparagus, daging rusa, daging lembu dan telur.


3. Flaxseed
Flaxseed dengan kandungan karbohidrat rendah ini mudah dicernakan, kaya serat dan boleh menurunkan kolesterol. Kita boleh menaburkan flaxseed ke dalam pelbagai makanan harian kita. 

Flaxseed
 4. Hindari Makanan Berasaskan Tepung Gandum
Sebaik-baiknya hindari makanan yag diperbuat daripada tepung seperti roti, pasta, bijirin yang bukan berasal dari oat. 


5. Kekacang
Jika anda suka makan kacang, elakkan makan kekacang yang sudah diproses atau dicampurkan dengan garam. Pengambilan Almond atau kekacang lain satu perempat hingga setengah cawan sehari mampu menurunkan kolesterol. Kekacang yang masih semula jadi ini kaya serat dan membuatkan kita cepat kenyang. 

Kekacang


6. Hindari Makanan Dengan Indeks Glisemik Tinggi
Kolesterol boleh direndahkan jika kita mengurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti makanan manis, minuman ringan, kuih-muih, kentang dan nasi putih. 


7. Sumber Kacang Soya
Makanan yang kaya dengan soya juga boleh menjadi pilihan lain untuk menurunkan kolesterol. Selain tauhu atau tempe, susu soya juga boleh dijadikan pilihan. 

Susu Soya
Sumber : Majalah iSihat 2014

Apa-apapun, anda janganlah terlalu risau sekiranya paras kolesterol jahat anda (LDL) anda agak tinggi kerana kita masih berpeluang untuk menurunkannya dengan mengatur pola pemakanan kita. 

INGAT, kolesterol kadang-kadang boleh menjadi PEMBUNUH SENYAP kepada kita semua. Jika kolesterol memenuhi dinding salur darah kita, pelbagai masalah akan muncul. 

Bayangkan dinding salur darah kita penuh dengan plak (Kolesterol Jahat), salur darah anda menjadi semakin sempit, sempit dan kian menyepit. Lama-kelamaan, plak ini akan menghalang terus salur darah kita. MAUT menanti!!!


Jom kita sama-sama atasi masalah ini. Bak kata pepatah Melayu, HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH! Jangan selepas kita kehilangan orang kita sayang baru kita hendak bertindak. 
Pengedar Shaklee PILIHAN ANDA;


Fariza Ramli

013-9853706 / 019-9955980


poxtaakasia@gmail.com


COD di kawasan Pasir Gudang




Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments:

VITAMIN SHAKLEE UNTUK BANTU SUPAYA CEPAT HAMIL

1/07/2017 Unknown 0 Comments

Anak adalah anugerah daripada Tuhan yang tidak terhingga. Selepas perkahwinan berlangsung, pasti isu anaklah yang sering diutarakan. Namun, mungkin ada antara kita yang diuji dengan ujian belum mendapat anak. Jangan jadikan ini satu titik akhir, kita masih boleh berusaha! 


SET KESUBURAN SHAKLEE???


Ya, Shaklee turut menawarkan beberapa cadangan suplemen khas untuk masalah kesuburan. Kenapa anda perlu memilih Set Kesuburan Shaklee ini? 

Ini kerana Set Kesuburan Shaklee ;
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Sumber : http://www.welovesusuibu.blogspot.com 


Adakah pengambilan suplemen membantu?


Berdasarkan saranan Dr Hamid Arshat ini, anda boleh berikhtiar dengan mengambil suplemen bersesuaian. 


Apa yang terkandung dalam Set Kesuburan Shaklee?


 
Di atas merupakan set cadangan bagi Set Kesuburan Shaklee. Anda boleh memilih Set Kesuburan Shaklee ini berdasarkan masalah dan juga bajet anda. Apa fungsi setiap suplemen ini ya? Jom kita intai fungsi setiap suplemen tersebut :


  1. Vita Lea: Multivitamin lengkap untuk keperluan badan.
  2. B Complex : Membantu penghasilan tenaga, elak stress serta membekalkan keperluan asid folic kepada si ibu.
  3. Vitamin C : Bantu proses pemulihan dan pembinaan sel.
  4. Vita E : Melancarkan pergaliran darah serta meningkatkan organ reproduksi lelaki mahupun wanita (Vitamin Cinta). 
  5. Zinc : Zat penting bagi penghasilan hormon testoteron serta membekalkan tenaga kepada sperma untuk bergerak aktif ke ovum
  6. Alfalfa Complex : Baik untuk wanita menyelesaikan masalah dalaman seperti masalah keputihan, masalah haid tidak teratur serta bertindak seperti KACIP FATIMAH MODEN.
  7. ESP : Membantu menguatkan rahim
  8. GLA Complex : Membantu menstabilkan hormon

Pengambilan secara konsisten serta izin daripada Tuhan, insyAllah anda akan memperoleh apa yang diinginkan. Di samping itu, jangan jadikan suplemen ini sandaran 100%, jangan lupa semuanya kuasa Tuhan. 


Sudah banyak testimoni positif yang diterima hasil daripada pengambilan Set Kesuburan Shaklee ini. Dan ini memberi sinar baharu buat pasangan yang sudah lama menunggu kehadiran zuriat dalam hidup mereka. InsyaAllah, kita berusaha dahulu dan Tuhan akan tentukan semuanya. 


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:

 

Fariza Ramli

013-9853706 / 019-9955980

poxtaakasia@gmail.com

COD di kawasan Pasir Gudang

Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments:

10 TIPS CEPAT HAMIL YANG MUDAH

1/07/2017 Unknown 0 Comments

SEDANG MENCARI CARA CEPAT HAMIL? 

Bagi anda yang sedang mencari cara untuk hamil, anda boleh membaca tips cepat hamil yang mudah di bawah ini. Tips ini bolehlah anda gunakan dan amalkan, tapi ingat ini sekadar petua sahaja, semuanya berlaku atas ketentuan Tuhan Yang Esa juga. 



Mari kita lihat apakah tips untuk cepat hamil. 

1. JAGA PEMAKANAN 

Ini merupakan tips cepat untuk hamil paling penting. Apa yang ingin ditekankan dalam hal ini, pastikan makanan yang diambil adalah berkhasiat. Pastikan BMI berada pada tahap yang baik. Amalkan juga gaya hidup yang sihat supaya badan kekal cergas dan sihat. 

2. AMALKAN SUPLIMEN/VITAMIN

Tips yang kedua ialah dengan mengambil suplimen/vitamin bagi memenuhi keperluan nutrien dalam badan. Ambil suplimen/vitamin yang boleh meningkatkan tahap kesuburan. Antara suplimen/vitamin yang boleh diamalkan ialah Set Cepat Hamil Shaklee. 

3. BERAT BADAN YANG IDEAL

Jika kita mempunyai berat badan berlebihan, kita perlu mendapatkan berat yang ideal untuk memudahkan kita hamil. Saya tak kata semua orang gemuk susah hamil, nanti ada yang beritahu pula, "Si polan tu gemuk gedempol saja, tapi bersalin elok saja setiap tahun". Seperti yang saya cakap pada permulaan tadilah, semuanya bergantung atas ketentuan Tuhan Yang Esa. 

Buatlah senaman yang boleh membantu kita menurunkan berat badan. Kita sendiri pun tahu apabila kita mempunyai berat badan berlebihan, maka mudahlah segala jenis penyakit datang menjengah. Darah tinggilah, kencing manislah. Jadi, sekarang kita perlu pastikan agar BMI kita berada dalam tahap terbaik.



4. DETOKS

Toksin yang tinggi dalam badan juga kadang-kadang menghalang kita daripada hamil. Jadi, kita boleh melakukan detoks untuk mengeluarkan toksin ini daripada badan kita. Kita juga boleh melakukan detoks dengan mengambil suplimen/vitamin detoks yang ada di pasaran. Tetapi, pastikan anda memilih yang selamat! 


5. KETAHUI WAKTU SUBUR

Untuk mengetahui waktu subur, anda boleh menyemaknya menggunakan aplikasi pengiraan waktu subur yang disediakan dalam talian. Ketahui juga kitaran haid untuk mendapatkan waktu yang tepat. Setiap orang mempunyai kitaran yang berbeza, jadi pelajari dan fahamkan kitaran haid masing-masing ya. 

6. MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DENGAN KERAP

Sebagai pasangan suami isteri, tidak perlu ada rasa malu atau segan lagi dalam hal ini. Yang wanita, tak perlu malu untuk "meminta" lagi. Lakukannya dengan lebih seronok dan jangan fokus untuk mendapatkan anak semata-mata. 

7. JANGAN STRESS

Elakkan daripada stress. Apabila berada dalam stress, cuba tenangkan diri. Memang tak dinafikan bila bekerja, pasti kita akan stress. Namun, cuba elakkan stress yang melampau. Bila berada di rumah, tumpukan saja kepada keluarga. Hidup pasti akan menjadi lebih ceria dan menggembirakan

8. BERJUMPA DENGAN PAKAR

Jika anda sudah berkahwin selama 2-3 tahun dan masih belum hamil, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar. Semestinya mereka mempunyai lebih alternatif bagi membantu anda. Jangan hanya seorang sahaja antara suami atau isteri yang menemui pakar, disarankan agar kedua-duanya sekali mendapatkan nasihat pakar. Pakar akan melakukan pemeriksaan ke atas kita bagi mendapatkan maklumat kesuburan dan sebagainya. 



9. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Pengambilan kafein secara berlebihan juga akan mengurangkan tahap kesuburan seseorang. Jadi, anda perlu hadkan pengambilan kafein setiap hari. Ingat, kafein bukan ada dalam kopi sahaja ya. 



10. JAUHI ROKOK

Tahukah and, apabila seseorang itu merokok ia akan menyumbang ke arah ketidaksuburan seseorang. Jadi, elakkan dan jauhilah rokok. 




Ok, ini antara tips yang boleh diamalkan oleh kita semua agar cepat hamil. Jangan lupa juga sentiasalah memohon doa daripada Tuhan Yang Maha Esa agar memperkenankan doa kita untuk mendapatkan cahaya mata. 
“Making the decision to have a baby is momentous. It is to decide forever to have your heart go walking around outside your body.”
Elizabeth Stone
Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda untuk hamil. Ok, untuk post seterusnya, saya kan berkongsi dengan anda semua suplimen Shaklee untuk cepat hamil

SELAMAT MENGAMALKAN TIPS CEPAT HAMIL YANG MUDAH INI YA!              

 

0 comments:

BISNES YANG MENGUNTUNGKAN PASTINYA SHAKLEE

1/05/2017 Unknown 0 Comments

Keadaan ekonomi negara kita sekarang boleh dikatakan berada pada tahap terburuk. Dengan nilai mata wang Ringgit terus merosot, kenaikan harga minyak, harga barang malah ditambah lagi adanya GST, pasti ini sedikit sebanyak membebankan ramai orang. Dan saya salah seorang yang menghadapi bebanan itu! WooHaaaa! Tekanan sangat kan dengan suasana sekarang?



Tapi saya jumpa jalan untuk keluar dari bebanan yang bila entah pengakhirannya itu. Saya memilih untuk membuat bisnes. Ya, saya nak berbisnes dan saya telah memilih SHAKLEE. Saya fikir Shaklee mampu membantu saya dalam menangani masalah ini sedikit sebanyak. Dan rasanya sekarang, memang betul, Shaklee memang bisnes yang menguntungkan. 

Saya mendaftar sebagai ahli Shaklee pada 2013. Ketika itu saya memang berniat nak mencari income lebih kerana saya baru membeli sebuah rumah, dan rumah itu ialah rumah yang saya diami sekarang ini. Dengan bermodalkan RM79, saya mendaftar dan produk pertama yang saya jual kepada pelanggan pertama saya ialah Alfalfa Complex. Dia bayar duit, saya ke branch membelinya. Barang dijual dan saya mendapat untung runcit ketika itu. Dan bulan pertama join saya sudah berjaya mendapat bonus. 

Bercerita mengenai keuntungan menyertai bisnes Shaklee ini memang panjang. Tapi secara ringkasnya, saya memilih bisnes ini kerana risiko untuk gagal itu kurang kerana :
  • Modal yang saya bayar sangat rendah
  • 1 sistem MLM yang tak aniaya downline tapi mengamalkan gaya "SIAPA YANG RAJIN, DIA YANG DAPAT"
  • Bonus dibayar mengikut jumlah UV yang dikumpulkan. Jika banyak, maka banyaklah dapat. 
  • Saya tak perlu simpan stok banyak-banyak pun, dan tak memerlukan ruang besar untuk menyimpan stok
  • Saya tak perlu keluar duit pun untuk membuat kajian ke apa atas produk saya jual kerana semua produk Shaklee diyakini selamat, semula jadi dan berkesan! 
 
Jadi berdasarkan 5 faktor inilah, saya seakan "dipukau" untuk terus setia dengan Shaklee hingga ke saat ini. Dengan hanya modal kecil, dengan Shaklee sudah ramai yang mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda daripada harga modal itu. Saya pun turut merasa tempias bonus 4 angka walaupun saya hanya bermodalkan RM79 pada awalnya. 

Sekarang lagilah, ramai yang ingin menggunakan Shaklee. Kami pun sentiasa sibuk melayan permintaan pelanggan, dan paling syok dengan hanya di rumah, di depan laptop, saya mampu menjana pendapatan. Sistem online yang digunakan dalam Shaklee kini lebih memberi kebaikan kepada kami si penjual Shaklee. Klik, klik, klik... Sedar-sedar barang dah sampai. Untung sangatlah sebab tanpa keluar dari rumah pun boleh bisnes. Cukup pertengahan bulan, bonus pun akan dimasukkan ke dalam akaun bank! Sedar-sedar duit main bertambah. Tapi ingat, Shaklee tiada istilah goyang kaki, duit pun masuk! TIADA OK! Jika kita rajin, pelbagai insentif diberikan oleh pihak Shaklee kepada para ahli yang aktif tersebut. 


Mengenai bab membesarkan empayar perniagaan ini, yang syoknya, saya tak perlu pun nak cari orang ke apa untuk didaftarkan sebagai downline saya. Tapi sebaliknya yang terjadi, mereka yang mencari saya untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Dan Alhamdulillah, empayar bisnes kecil saya semakin membesar. Dan kami semua sama-sama ingin menjana pendapatan tambahan melalui Shaklee ini. 

Oklah, jika bercerita mengenai Shaklee panjang jadinya. Ini mungkin sedikit saja perkongsian daripada saya, mungkin anda akan bertemu dengan perkongsian lebih hebat daripada mereka-mereka yang otai dalam Shaklee. Sudah bermacam-macam mereka peroleh melalui Shaklee ini, dan saya juga berimpian untuk menjadi seperti mereka. sebab itulah saya katakan tadi, BISNES YANG MENGUNTUNGKAN PASTINYA SHAKLEE!

Jom pasang impian! Impian itukan percuma. 

0 comments: