8 Makanan Yang Perlu Anda Elak Jika Ada GOUT

11/20/2013 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Baiklah, dalam entry sebelum ni kt sudah diperkenalkan APAKAH ITU GOUT? APAKAH SIMPTOM GOUT? SIAPAKAH BERISIKO DIJANGKITI GOUT? Klik sini.

Jadi hari ni sy ingin berkongsi dengan anda semua mengenai MAKANAN YG HARUS DIELAK OLEH MEREKA YG MENGHIDAP GOUT. 

Jika anda penghidap GOUT, terdapat beberapa pantang larang membabitkan makanan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan keradangan sendi.


  • KEKAPIS (KERANGAN)
Kurangkan pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan. Cukuplah pengambilan setakat 4-6 auns sehari kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.
  • DAGING MERAH
Tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Seperti mana yang kita semua tahu, daging putih lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika anda ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.
  • AYAM BELANDA
Ayam Belanda dan angsa mengandungi kandungan purin yang lebih tinggi berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi, ELAKKANNYA! Ayam (selain ayam Belanda) dan itik merupakan pilihan paling selamat. Daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding dada dan kulit.
  • MINUMAN MANIS
Elakkan meminum minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik. 
  • HERRING
ELAKKAN sama sekali herring, begitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Sebaliknya udang, udang kara, belut dan ketam agak selamat untuk dimakan oleh anda.
  • BIR
Bagi penghidap GOUT, anda akan menghadapi dua kali ganda masalah. Ini kerana, bukan meningkatkan paras asid urik, malah menyukarkan sistem perkumuhan menyingkirkannya dari tubuh. 
  • ASPARAGUS
Asparagus, bunga kubis, bayam dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.
  • HATI
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan pankreas PATUT DIELAKKAN sama sekali.

Adakah anda rasa sudah tiada apa yang boleh dimakan? Anda silap sebenarnya kerana anda masih boleh menikmati makanan berasaskan produk tenusu, karbohidrat kompleks dan buah-buahan. Anda juga PERLU meminum sebanyak 12-16 cawan air sehari (Bukan semata-mata air kosongtetapi termasuk jus buah-buahan tanpa gula). Apa sahaja minuman yang menggalakkan anda membuang air kecil adalah baik!

So, sekiranya anda sendiri atau orang di sekeliling anda yang menghidap GOUT, tolong, tolong dan tolonglah elakkan 8 makanan di atas! Kesedapan menikmati makanan hanya seketika, tetapi SENGSARA akibat kesakitan itu bakal menghantui anda. Jadi, baik mencegah sebelum parah!



0 comments: