Basic H2 Pembantu Serbaguna

5/25/2014 Unknown 0 Comments

Sedang mencari pembantu serbaguna bagi membantu kerja-kerja di rumah? Ya, Basic H2 adalah pilihan tepat sebagai pembantu serbaguna anda.


Basic H2 adalah pembantu serbaguna yang mana kita perlukan untuk menyiapkan pelbagai kerja di rumah. Kepekatannya yang tinggi iaitu 16 auns boleh dicairkan sehingga 48 gelen menjadi pembersih berkuasa apabila dicampurkan dengan air.

Kegunaan Basic H2 

1. Basic H2 boleh "Membersihkan" (Makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan)

2. Basic H2 boleh "Menghilangkan" (Kesan karat, kesan dakwat dan kesan gula-gula getah)

3. Basic H2 boleh "Membasmi" (Masalah kutu, serangga dan nyamuk)

4. Basic H2 boleh "Mencuci" (Lantai, bilik air, peralatan masak, alat mainan serta botol susu dan puting) 

5. Basic H2 boleh "Mengurangkan" (Suhu badan jika demam, meredakan sakit gigi dan bantu penghidap eczema atau gatal-gatal)



Cara Menggunakan Basic H2

1. 16 oz botol kecil ini menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat

2. Kegunaan pembersihan biasa : Tambah 1/4 sudu Basic H2 dan 16 oz air

3. Mencuci cermin dan tingkap : Tambah 1-2 titik Basic H2 dan 16 oz air

4. Bagi menyahgris : Tambah 1 1/2 sudu teh Basic H2 dan 16 oz air

5. Bagi kerja lebih besar : Tambah 2 oz (60ml) Basic H2 dan 1 gelen air.



Kelebihan Basic H2 

1. Organik
2. Tiada bahan toksin
3. Tiada gas beracun
4. Tiada bahan pewarna
5. Tiada bahan pewangi
6. Lembut kepada tangan
7. Tiada klorin

Di rumah saya sekarang, saya akan memastikan stok Basic H2 ini sentiasa ada. Dengan titisan Basic H2 yang pelbagai guna ini, sedikit sebanyak membantu saya "menjaga" kebersihan dan juga kesihatan ahli keluarga saya. Basic H2 banyak membantu saya hari ini, basuh botol susu anak, bersihkan dapur (kesan-kesan minyak pada dapur) serta meredakan suhu anak saya yang sedang demam sekarang ini. Yang pasti DIJAMIN SELAMAT, BERSIH dan TIDAK MERBAHAYA. 

Berikut merupakan testimoni pengguna Basic H2 :

Basic H2 membasmi kutu
Basic H2 membersihkan sayur-sayuran
 

 Harga sebotol Basic H2 : RM46.00.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya poxtaakasia@gmail.com | SMS/WhatsApp 013-9853706 | add saya di FB Fariza Ramli untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Vitamin Mama Giant untuk tips kesihatan/kecantikan.
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


0 comments:

Kenapa keadaan saya semakin teruk semasa mula-mula amalkan suplemen? Krisis pemulihan?

5/16/2014 Unknown 0 Comments

Krisis Pemulihan (Healing Crisis)

Kenapa keadaan saya semakin teruk semasa mula-mula amalkan suplemen? Kenapa jerawat makin naik? Kenapa saya pening-pening saja ni? Kenapa mata saya gatal-gatal? Kenapa badan saya rasa makin teruk selepas ambil suplemen? Ya, ini merupakan antara soalan yang sering diutarakan oleh pengguna suplemen yang baru memulakan pengambilan.

Sesetengah daripada kita mungkin akan melalui suatu tempoh penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ini adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, maka krisis pemulihan terjadi. 



Semasa tempoh penyesuaian ini, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah menyerang tubuh kita dahulu akan datang kembali. Biasanya keadaan ini akan berlaku untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. 

Kenapa ini berlaku sebenarnya???

Hal ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama. Sisa-sisa makanan, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan ini semuanya menyumbang ke arah penimbunan toksin dalam badan itu. Dengan pengambilan suplemen ini adalah bagi membantu mempertingkatkan lagi sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu ini, ada kemungkinan kita akan mengalami pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang bewarna keruh, berasa hangat, berpeluh dan sebagainya. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu antara 1-2 minggu kemudian.

Apa yang perlu dilakukan jika keadaan ini berlaku???

Dalam tempoh pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehatlah secukupnya dan makanlah lebih sayur dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan maka lebih mudah kita melalui fasa ini. 


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya poxtaakasia@gmail.com | SMS/WhatsApp 013-9853706 | add saya di FB Fariza Ramli untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Vitamin Mama Giant untuk tips kesihatan/kecantikan.
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments:

Vitamin E Complex Shaklee

5/13/2014 Unknown 0 Comments

 Jom kenal-kenal dengan Vitamin E Complex Shaklee
Vitamin E Complex Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Vit-E Complex adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Vit-E juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina. 

Apakah kebaikan Vitamin E Complex Shaklee?
  1. Anti-Oksida yang baik
  2. Melawan kesan penuaan
  3. Meningkatkan keanjalan kulit
  4. Meningkatkan sistem imun
  5. Menyokong kesihatan jantung dan otak
  6. Mencegah kanser seperti kanser payudara dan prostat
  7. Mengekalkan kesihatan mata
  8. Memudarkan parut
  9. Vitamin "CINTA" suami isteri
  10. Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita  
Adakah anda mengambil Vitamin E dengan cukup?


Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas : (1 biji Vitamin E Complex Shaklee = 400IU)

  • 1kg benih/biji gandum
  • 8kg bayam
  • 500ml minyak Safflower
  • 500g badam
Adakah Vitamin E Complex Shaklee selamat?
Di dalam buku "Prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat laporan mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih daripada 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200IU.

Cadangan pengambilan Vitamin E Complex Shaklee
Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari (selepas makan)
Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif (masalah kesuburan) : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali
Vitamin E (alpha, beta, gamma dan delta) ---> Vitamin E terlengkap di pasaran. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya poxtaakasia@gmail.com | SMS/WhatsApp 013-9853706 | add saya di FB Fariza Ramli untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Vitamin Mama Giant untuk tips kesihatan/kecantikan.
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 







0 comments:

Meal Shakes

5/13/2014 Unknown 0 Comments

Meal Shakes adalah antara produk Shaklee yang laris. Gabungan Meal Shakes bersama produk Shaklee yang lain jugak memberikan kesan berbeza bergantung kepada kondisi dan keperluan pengguna tersebut. Namun masih ramai yang was-was dengan Meal Shakes ini. Betul ke itu, betul ke ini? Baiklah, jom kita jawab soalan rambang yang biasa ditanya oleh mereka yang ingin menggunakan Meal Shakes ini.

  
Apakah itu Meal Shakes? 

Meal Shakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk dengan perisa vanilla iaitu tiada sebarang pewarna atau gula tiruan yang mengandungi asid amino dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.

Apakah khasiat dalam Meal Shakes?
iMengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita yang kita tidak akan perolehi daripada makanan kita seharian. 
ii. Mengandungi protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu untuk pembinaan sel-sel untuk kulit, kuku, rambut, darah dan sebagainya.

Siapakah yang boleh ambil Meal Shakes? 
Boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas sehinggalah orang dewasa dan warga emas.

Berapa sudu patut diambil satu hari?
Dosage yang dicadangkan mengikut umur.

  • Kanak-kanak 1 tahun-3tahun = 1-3 sudu teh (Maksimum 1x sehari)
  • Kanak-kanak 3 tahun ke atas = 1-3 sudu besar (Maksimum 2x sehari)
  • Dewasa = 1 sudu besar
 (Sumber : Bengkel Nutrisi Shaklee)

Bolehkah Mealshakes dicampurkan dengan minuman yang lain? 
Ya, boleh dicampurkan dengan apa-apa minuman. Cuma elakkan dengan minuman berkafein seperti Nescafe, teh ataupun kopi. Bancuh dengan air sejuk ataupun air suam, elakkan juga air yang panas.


Adakah fruktosa terkandung dalam Meal Shakes (kandungan gula)? 
Sebahagian gula dalam Meal Shakes adalah fruktosa iaitu karbohidrat semulajadi di dalam sayuran dan buah-buahan. Dalam Meal Shakes, fruktosa adalah diekstrak daripada jagung. 

Berapakah banyak kandungan fruktosa dalam Meal Shakes? 
Kandungan fruktosa dalam MealShakes adalah 8.8 gram per hidangan.
 

Adakah fruktosa menyebabkan kanser? 
Fruktosa tidak menyebabkan kanser.
 

Adakah dalam Meal Shakes terkandung Maltodextrin? 
Ya.

Apakah itu maltodextrin? 
Maltodextrin adalah karbohidrat yang diperbuat daripada pecahan kanji yang ada secara semulajadi dalam jagung. Kegunaan maltodextrin adalah untuk mengikat (bonding) antara vitamin dan nutrisi.  

Adakah maltodextrin itu berbahaya pada kanak-kanak? 
Maltodextrin yang terkandung dalam Meal Shakes adalah tidak sama dengan yang terkandung di dalam makanan ringan (junk food) kerana Maltodextrin Meal Shakes dibuat secara semulajadi daripada jagung.

Adakah ibu menyusu boleh ambil Meal Shakes? 
Ya, boleh. Pengambilan Meal Shakes boleh membantu membanyakkan lagi susu badan.

Boleh ke MealShakes dibancuh bersama ESP ataupun Performance Drinks?  
Untuk kanak-kanak ataupun dewasa? 
Ya, boleh. Boleh dibancuh iaitu dicadangkan campurkan 2 sudu besar Meal Shakes bersama ESP dan Performance Drinks (ketika perut kosong) untuk dewasa. Untuk kanak-kanak dicadangkan ESP bersama Meal Shakes tetapi dikurangkan dosagenya. 


Selepas mengambil Meal Shakes, anak saya kerap demam dan batuk. Kenapa perkara ini terjadi? 
Anak anda mungkin mengalami healing crisis. Anak anda boleh teruskan pengambilan Meal Shakes dalam masa seminggu dan pada masa yang sama banyakkan minum air kosong.
 

Selepas ambik Meal Shakes, anak saya kurang makan sebab kekenyangan. Adakah ini perkara yang normal?
Anda tidak boleh membiarkan keadaan seperti itu berlaku kerana fungsi Meal Shakes adalah sebagai makanan tambahan bagi menampung nutrisi yang tidak dapat diperoleh daripada makanan utama. Oleh sebab itulah  makanan utama perlu diambil.


Anak-anak saya cirit birit selepas mengambil Meal Shakes? Mengapakah keadaan ini berlaku? 
Ini juga salah satu proses healing crisis. Mungkin anda boleh mengurangkan dose Meal Shakes kerana Meal Shakes bertindak sebagai agen detox iaitu mengandungi serat larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada usus dan perut.

Jadi, dengan persoalan di atas ini diharaplah dapat membantu anda sedikit sebanyak bagi mengenalpasti dan menangani masalah yang timbul mengenai Meal Shakes. Jika anda ingin mendapatkan penerangan lebih lanjut atau ingin mendapatkan Meal Shakes ini daripada saya, hubungi sahaja :


 Fariza Ramli
013-9853706
poxtaakasia@gmail.com
FB : Fariza Ramli 










0 comments:

Promosi Mei 2014 Meal Shakes

5/09/2014 Unknown 0 Comments


Meal Shakes datang menyerang lagi!

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap oleh kegunaan seharian.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan bermula bayi berusia setahun, pelajar, kanak-kanak yang sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orng yang selalu mengambil makanan segera.

Manfaat Utama :
  1. Mengandungi nutrisi yang lengkap kepada sel tubuh
  2. Membantu tumbesaran kanak-kanak
  3. Anti-Oksida (Awet muda)
  4. Mengembalikan seri wajah
  5. Baik untuk detoksifikasi
NAMUN, AWAS!!! Jika anda;
  • Seorang yang alergik dengan soya
  • Seorang yang alergik dengan susu lembu
  • Seorang yang Lactose intolerance
Anda TIDAK BOLEH mengambil Meal Shakes kerana Meal Shakes turut mengandungi sumber soya, sumber susu lembu dan laktosa.

Dapatkan segera bagi merasai sendiri kenikmatan serbuk vanilla ini.

Sebotol Meal Shakes : RM113.75

Fariza Ramli
0139853706
poxtaakasia@gmail.com

0 comments:

TANDA-TANDA JIKA BADAN SAKIT

5/08/2014 Unknown 0 Comments

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

👀 MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
🌿 Mata menjadi merah : 
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
🌿 Mata menjadi kabur : 
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
🌿Keluar tahi mata : 
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
🌿Keluar air mata : 
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
🌿Ketegangan mata dan kelopak : 
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

👃 HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
🌿Selesema : 
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
🌿 Hidung sumbat : 
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
🌿 Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

😷 BATUK
🌿 Batuk keluar kahak : 
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
🌿 Batuk tanpa kahak : 
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
🌿Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

😑 KERONGKONG
🌿 Kerongkong kering. 
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

👄 BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
🌿Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
🌿 Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

👅 MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
🌿 Lidah atau gusi bengkak, sakit : 
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
🌿Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). 
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.🌿Mulut berbau busuk . 
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

👂TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
🌿Telinga terasa tersumbat : 
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
🌿 Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

💦KULIT Berpeluh :
🌿 Peluh masin : 
●Badan mengandungi lebihan asid urik.
🌿Peluh berbau : 
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

🌿RUAM DAN BISUL : 
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

🙇 KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
🌿 KULIT PECAH DAN BERAIR :
● Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

💂RAMBUT GUGUR : 🌿Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

💃SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
🌿Sakit Sendi rasa panas. ●Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
🌿Tidak rasa panas 
●Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
🌿Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
🌿 KEBAS TANGAN : 
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
🌿 KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : 
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
🌿KEBAS KAKI : 
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
🌿 SAKIT TAPAK KAKI :
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
🌿 SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
🌿 RASA PANAS DI TAPAK KAKI : 
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
🌿 GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : 
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

💆TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
🌿 PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA 
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
🌿 PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
🌿 SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :●Menandakan penyakit migrain.
🌿 BISUL TERJADI DI KEPALA 
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
🌿 RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

👅MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
🌿 MUNTAH DARAH
● Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.🌿LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : 
●Tanda sakit jantung.

💧KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . 🌿Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

🚽KENCING
🌿 KERAP KENCING 
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
🌿 AIR KENCING BERKAPUR ●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
🌿 AIR KENCING BERMINYAK : 
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
🌿 AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : 
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
🌿AIR KENCING BERDARAH : 
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

💩BUANG AIR BESAR
🌿 CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : 
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
🌿SEMBELIT: 
Membersihkan toksin dari usus kecil.
🌿NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
🌿 NAJIS BERWARNA HITAM : 
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

🚶 BADAN :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
🌿Sakit menyucuk : 
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
🌿Sakit sengal: 
● Menandakan luka di dalam badan.
🌿Sakit menyentap: 
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
🌿 Sakit menegang : 
● Proses melancarkan pengaliran darah.

🙇 BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
🌿BADAN TERASA PANAS . 
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
🌿 BADAN TERASA RINGAN : 
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

😰 RASA TAKUT MENGEJUT:
🌿Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

😡 CEPAT NAIK DARAH/MARAH : 
🌿Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

😨 RASA BIMBANG DAN TAKUT : 
🌿Sistem paru-paru yang lemah.

😅 RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
🌿 Sistem jantung yang lemah.
🌿 Sistem saraf otak yang lemah.
🌿 Masalah pengaliran darah.

💁 SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : 
🌿Sistem penghadaman yang lemah..

💩 BUANG AIR BESAR
🌿 CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : 
● Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
🌿 SEMBELIT: 
●Membersihkan toksin dari usus kecil.
🌿 NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
🌿 NAJIS BERWARNA HITAM : 
●Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

📝 Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Univ[truncated by WhatsApp]

0 comments: