Punca-punca Masalah Jerawat Anda!

10/08/2014 Unknown 0 Comments

Jerawat? Ohh...TIDAK!!!! Semua orang fobia dengan jerawat, lagi-lagi wanita. Seperti mana yang diketahui, jerawat adalah fenomena biologikal yang terjadi pada kulit akibat masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak pada kulit. Biasanya, jerawat ini sering muncul pada bahagian kulit muka, leher dan badan. Kenapa jerawat ini berlaku? Sebenarnya, banyak punca masalah jerawat ini timbul.



Jerawat dinggap perkara yang mengganggu kelenjar dalam lapisan kulit. Apabila liang roma pada permukaan kulit tersumbat, ini akan mengakibatkan jerawat mula timbul pada kulit muka, belakang badan dan leher. 

Secara mudahnya, jerawat ini terjadi apabila sebum (bahan berminyak/berlilin yang dikeluarkan oleh kelenjar) , bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Jom kita kenal pasti punca-punca masalah jerawat kita. Apabila punca sudah dikenal pasti, maka mudahlah kita mencari jalan untuk memulakan rawatan. 

PUNCA-PUNCA MASALAH JERAWAT 
(Sumber : Bicara Cantik bersama Dr Jamil - Berita Harian)

1. Perubahan Hormon


Apabila usia menginjak remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah kulit kerana perubahan hormon yang dikenali sebagai hormon adrogen. Inilah punca sebenar kenapa ramai remaja yang menghadapi masalah jerawat. Perkara ini adalah normal dan lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin kurang berbanding pada usia remaja. 

2. Bakteria

Propionibacterium acnes adalah bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Mereka yang mempunyai jerawat yang banyak mempunyai propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding kulit orang yang tidak berjerawat. 
Propionibacterium acnes


3. Pemakanan

Punca jerawat disebabkan oleh diet atau pemakanan mungkin belum dapat dibuktikan dengan jelas dan terperinci. Namun begitu, pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Insulin merupakan hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon lain dalam tubuh kita termasuklah hormon adrogen yang menjadi punca tumbuhnya jerawat pada muka, belakang badan dan leher. 

4. Rambut

Rambut? Apa kaitan rambut dengan jerawat? Sebenarnya rambut turut menjadi punca masalah jerawat, terutamanya rambut pada dahi dan pipi. Sebum dan kelemumur yang keluar daripada rambut apabila terkena pada kulit muka dalam jangka masa yang panjang akan mengakbatkan radang dan menyubat liang pada kulit wajah. Akibatnya, jerawat pasti muncul di wajah. 


5. Stres

Apabila seseorang berada dalam keadaan stres yang tinggi, ini boleh memberi kesan kepada jerawat dan mengakibatkan radang jerawat yang teruk. Dalam keadaan stres yang terlampau, badan akan melepaskan hormon adrogen dan adrenalin akan dikeluarkan secara berlebihan dan menjadi punca jerawat timbul.


6. Alat Solek


Pastikan alatan solek anda semua berada dalam keadaan bersih dan selamat. Jika tidak diibersihkan dengan betul selepas memakai alat solek boleh memburukkan lagi keadaan jerawat di kulit muka. Anda dinasihatkan supaya membersihkan wajah dahulu sebelum tidur bagi mengelak jerawat tumbuh. 

7. Matahari

Walaupun bukan punca utama masalah jerawat, haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit kita berpeluh, berminyak dan liang roma menjadi tersumbat.

8. Pakaian


Tidak ramai yang mempunyai masalah jerawat di belakang badan. Hal ini sebenarnya berpunca daripada jenis pakaian kita. Dalam keadaan iklim tropika seperti di negara kita, badan kita akan cepat berpeluh, dan ini mengakibatkan ribuan kelenjar dan liang roma memerangkap sebum. 


Ini merupakan antara punca masalah jerawat kita. Selepas mengenalpasti punca-punca, barulah kita boleh mencari kaedah rawatan yang sesuai dengan masalah kita. Ini memudahkan kita mencari jalan bagi menyelesaikan masalah jerawat. 

Antara kaedah rawatan yang sering digunakantermasukalah pengambilan ubat jerawat yang disediakan dalam bentuk seperti krim, losen, gel, pencuci bentuk cair serta ubat makan. Antibiotik juga boleh membantu menghalang pembiakan bakteria, mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat.


Baiklah, silalah check punca-punca masalah jerawat anda dan selepas ini bolehlah mencari kaedah rawatan bersesuain dengan masalah yang dihadapi. 

Jika anda ingin selesaikan masalah jerawat ini dengan Shaklee, hubungi sahaja :

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 



0 comments: