DAY 1 | 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU

10/09/2014 Unknown 0 Comments

Ohh...baru nak start DAY 1 punya entry saya ni... Orang lain sudah ke bulan, saya masih di bumi! Hihihi....

"3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU"

Apa ya yang orang ramai tidak tahu mengenai diri saya ni ya???

FAKTA 1 : SAYA SEORANG TUKANG KARUT PASUKAN DIKIR BARAT

Haaa.... Jangan tak tahu, saya dulu tukang karut team dikir barat pompuan di UPSI. Persembahan paling besar saya join time kena perform depan Menteri Belia Dan Sukan pada tahun 2002. Paling kelakar, saya boleh hilang rentak! Siap cakap.... "Opssss, mintak maaf! Saya silap rentak...." Habis kena bantai gelak dek penonton. Mahu tak gelabah, depan menteri tu.....hahahahahaaha.... Gambar time tu saya simpan di kampung. Tapi saya jumpa gamba di bawah ini. Kami yang perempuan semua ialah ahli dikir barat pompuan UPSI. Hihihi.... Ni time kami join program ke Felda Gedangsa, Perak. Makan durian!!!!! Sedapppppp...... Sesedap suara saya la tu! Hahahahaha.....



FAKTA 2 : SAMPAI SEKARANG SAYA DAN EX-BOIPREN (KINI SUAMI TERCINTA SAYA) TIDAK TAHU TARIKH SEBENAR KAMI DECLARE SEBAGAI KAPEL! MUAHAHAHAHA.....

Ini memang fakta klasik! Kami tidak pernah declare secara rasmi sebagai kapel, kami meneruskan relationship tu atas dasar FAHAM-FAHAM SENDIRI! Dan Alhamdulillah, nikah jugak kami. Tak tahu masa bila stat serius, masa bila luah suka ke cinta ke, yang tahu bila sapa-sapa keluar dgn orang lain, mulalah stat nak jeles cam apa! Hahahaha..... Apekebende la ekkk..... Kami cuma ada tarikh tunang, 9 November 2007 dan tarikh nikah 22 Disember 2007 (Tarikh besday saya). 

Time Konvo di PICC 2006

FAKTA 3 : SAYA SEORANG ATLET PADA ZAMAN SEKOLAH, MATRIKULASI DAN UNIVERSITI

Opssssss..... Jangan terkejut ya! Walaupun saya berbadan besaq gabaq macam ini, saya sangat aktif bersukan terutamanya sekolah rendah, matrix dan zaman Universiti. Time sekolah rendah semua sukan saya masuk kecuali bola baling. Tak tahulah pasal apa, saya memang cannot go dengan bola baling! Tak terer baling bola kot.... Saya mewakili sekolah dan zon dalam sukan netball, saya mendapat tempat ketiga peringkat zon bagi acara LOMPAT JAUH! Ok, body besaq pun saya terbang jauhhhhhh... Hahahaha.....

Zaman sekolah menengah, form1-form3 saya stop sukan! Naik form4-form5 saya aktif balik bersukan. Saya join team Hoki MRSM Beseri bagi tahun 1998 dan 1999. Saya pun ada berjinak-jinak dengan game badminton. Masuk Matrikulasi saya join team netball Kolej Kurniawan pula. Masuk UPSI, saya mula bermain bola tampar, dan time ni adalah dalam 5-6 medal berjaya saya kumpul dari pelbagai kejohanan yang saya sertai. Bila dah jadi cikgu, saya aktif semasa belom ada anak saja. Selepas bersalinkan Fahim, saya bersukan time Hari Guru sahajalah.....

Antara medal yang saya dapat time di UPSI 2002-2006
Oklah, cukup 3 fakta yang rasanya ramai orang tak tahu pasal saya. Esok kt sambung dengan entry seterusnya. Pasal apa pulak ya??? Tungguuuuuuuuu......

Bye! Muahhhhhhhhhhhhh buat semua!

0 comments: