RISAU RAMBUT SEMAKIN GUGUR?

12/24/2016 Unknown 0 Comments



Rambut merupakan mahkota bagi setiap insan. Sekiranya mengalami masalah rambut segeralah kita mendapatkan panduan ataupun cara penyelesaiannya untuk mengatasi masalah ini. Masalah keguguran rambut ini jangan dipandang ringan ya!


Banyak faktor yang mengakibatkan berlakunya masalah keguguran rambut ini. Tekanan kerja merupakan antara punca utama yang membuatkan kita keguguran rambut. Selain itu, faktor umur yang meningkat dan juga kekurangan nutrisi merupakan salah satu penyebab rambut kita semakin mengurang.

Jadi, sebelum masalah ini menyerang atau menjadi lebih teruk, jom kita amalkan beberapa tip yang diberikan ini untuk membantu rambut kembali lebat.

1. KAWAL PEMAKANAN
Amalkan pemakanan yang kaya dengan protein. Antara makanan yang kita boleh makan ialah daging, ikan dan soya. Selain itu, amalkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan pengambilan zat besi yang cukup setiap hari juga amat penting. Zat besi merupakan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan folikel rambut.

2. RAWATAN TOPIKAL
Kaedah rawatan ini dilakukan dengan membuat sapuan pada permukaan kulit. Masalah keguguran rambut ini mempunyai kaitan rapat dengan kulit, maka rawatan ini dilihat sangat berkesan. Antara cara yang boleh digunakan ialah minyak pati, minyak zaitun, minyak telur dan teh hijau. Buat sapuan ke kulit kepala, dan lakukan urutan ringkas agar minyak itu meresap ke kulit kepala.

3. ELAK ROSAKKAN RAMBUT
Tahukah anda penggunaan pengering rambut secara kerap membuatkan rambut cepat rosak. Jadi elakkan menggunakannya secara kerap.

4. PENJAGAAN RAMBUT YANG SEMPURNA
Pastikan kebersihan dan kesihatan kulit kepala sentiasa dijaga. Kehadiran kelemumur dan bakteria ada kemungkinan mengakibatkan berlakunya rambut gugur. Kita perlu bijak memlih syampu yang bersesuaian dengan keadaan kulit kepala kita.

5. AMALKAN PEMAKAN TAMBAHAN
Kita juga digalakkan mengambil suplemen sebagai makanan tambahan. Suplemen atau vitamin ini akan membantu kita mengatasi masalah rambut gugur ini.

Pendek kata, jika kita ambil ringan masalah ini, jangan terkejutlah jika kita akan BOTAK! Jika lelaki masih boleh diterima, tetapi kalau wanita, sendiri mahu fikirlah ya.

SHAKLEE pun boleh membantu anda mengatasi masalah KEGUGURAN RAMBUT juga. 


B COMPLEX
Inositol iaitu salah satu vitamin B berfungsi untuk membantu pertumbuhan rambut. Vitamin B12 pula membantu menghalang keguguran rambut. Masalah keguguran rambut juga boleh berlaku disebabkan oleh tekanan atau stress,dan seperti yang kita tahu vitamin B Complex adalah vitamin anti stress yang terbaik.  

VITA LEA
Kekurangan nutrien dan mineral penting juga boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Pengambilan Vita Lea iaitu multivitamin yang lengkap dan mudah diserap oleh badan boleh membantu kesihatan rambut dan kulit kepala, sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur.

ESP
ESP adalah sumber protein lengkap yang mengandungi kesemua (9jenis) asid amino perlu dan tidak perlu. Oleh kerana protein adalah komponen terbesar dalam struktur rambut, sudah tentulah ESP sangat PERLU dalam memelihara rambut yang sihat dan menawan.  Selain itu, ESP juga kaya dengan isoflavones iaitu hormon yang diperlukan untuk mencegah rambut gugur.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE ini, hubungi sahaja : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang/Taman Scientex/Kota Masai
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.

0 comments:

MAKAN SAYUR DAN BUAH SUDAH CUKUP NUTRIEN?

12/21/2016 Unknown 0 Comments

Makan sayur! Makan buah! Tak makan nanti tak sihat! Itulah antara bebelan mak-mak kepada anak-anak setiap hari. Semuanya kerana ingin melihat anak kekal sihat, cergas dan cerdas otaknya. Dan ada antara kita mengatakan dengan pengambilan sayur dan buah-buahan ini nutrien anak-anak dipenuhi. 

ANDA YAKIN?
ANDA PASTI?

Tahukah anda pengambilan sayur dan buah ini pun kadang-kadang masih tak memenuhi keperluan nutrien tubuh kita. Ya, saya tak kata semua, tetapi kebanyakkan kita tidak mendapat nutrien secukupnya walaupun makan sayur dan buah-buahan. 

Ini mungkin disebabkan beberapa faktor yang mengakibatkan nutrisi sayur-sayuran dan buah-buahan hilang sebelum dimakan oleh semua:

🌲 Faktor persekitaran seperti pencemaran alam, penggunaan racun berlebihan dan bahan kimia terlarang membuatkan sayur dan buah-buahan tercemar

🌲 Banyak sayur dan buah yang sudah diubah genetiknya (GMO). Semuanya kerana inginkan hasil tanaman yang banyak. Tapi GMO INI MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA PENGGUNA

🌲 Cara kita memasak pun boleh mengakibatkan nutrien hilang. Terlalu panas atau terlalu lama di atas dapur boleh menyebabkan nutrien hilang.

Sebab itulah kita tak mampu mendapatkan nutrien itu 100%. Banyak yang sudah hilang sebelum sampai ke dalam perut kita. Jadi, APAKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN NUTRIEN YANG KURANG? 

Kalau saya, saya topup dengan mengamalkan suplemen Shaklee la. Suplemen itu membantu saya mengisi lompong-lompong kosong keperluan nutrien itu. Bukan saja-saja ambil, tapi bersebab ok! Nak sihat, laburkan sedikit wang untuk dapatkan suplemen terbaik untuk badan kita.


Saya sudah guna Shaklee, anda?
Jom cuba! Jom sihat! 
 
 

0 comments: