PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG

Pengedar Shaklee Pasir Gudang, itulah saya! Saya merupakan salah seorang daripada beratus mungkin pengedar Shaklee di Pasir Gudang. Pasir Gudang ini di mana ya? Di negeri Johor Darul Takzim ya semua... Hihihi...


PENGUMUMAN!!! Kepada semua penduduk sekitar Pasir Gudang, Taman Rinting, Masai, Taman Megah Ria, Bandar Seri Alam, Taman Scientex, Kota Masai, Taman Pasir Puteh, Tanjung Puteri Resort, jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee, anda boleh menghubungi saya. Proses jual beli secara COD (Cash On Delivery), kos penghantaran adalah PERCUMA! Konsultasi daripada saya juga adalah PERCUMA jika anda membeli daripada saya. 

Selain COD ke kawasan sekitar, saya juga boleh menghantar suplemen pilihan anda ke seluruh negara. Mungkin saya boleh menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Citylink atau Pos Biasa. Semua bergantung kepada pilihan anda dan kawasan penghantaran perkhidmatan pengeposan syarikat tersebut.


Saya turut menjalankan perniagaan secara atas talian (Online). Anda semua boleh menghubungi saya melalui rangkaian berikut :

FB Personal : Fariza Ramli
Fan Page      : Vitamin Mama Giant
Blog              : http://vitaminmamagiant.blogspot.com 
Email            : poxtaakasia@gmail.com
No. H/P         : 0139853706

Shaklee menyediakan pelbagai set suplemen pilihan ramai. Antara set suplemen mahupun belian secara berasingan yang anda boleh dapatkan daripada saya ialah :
  • Set Slimming 
  • Set Kesuburan
  • Set Darah Tinggi
  • Set Kecantikan
  • Set Jerawat
  • Set Menyusu
  • Set Detox
  • Set Sendi
  • Set Mighty 3Gems
Dan banyak lagilah set suplemen atau suplemen pilihan anda... Harganya??? InsyaAllah terbaik buat anda semua! 

Opsss... mesti ada antara anda yang ingin menjadi AHLI SHAKLEE seperti saya bukan? Anda boleh mendapatkan info di sini, Cara Menjadi Ahli Shaklee 

Setelah hampir 1 tahun setengah bersama Shaklee, banyak benda saya pelajari. Alhamdulillah, saya juga mendapat ramai kawan baru. Customer-customer yang baru pertama kali berjumpa, mereka sudah menjadi kawan saya. tak rugi saya menyertai keluarga besar Shaklee ini. 

Saya yang memakai tudung Pink dan berbaju Biru berbunga Pink
Baiklah, sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee, jangan lupa menghubungi saya! InsyaAllah, servis tip top buat anda daripada saya. 


DAY 6 | SAYA SUKA KFC!

Bab makan, serah saja kepada saya! Hahahaha.... Bab makan no1!

Makan di kedai ke, di rumah sendiri ke, di sekolah ke, rumah membe ke, rumah sedara mara ke, mana-mana saja, asal sedap saya akan balun! See the body la hokeh! Hihihi....

Ok, cerita bab makan ini, pasti adalahkan tempat pebret saya untuk pergi makan-makan. Semua membe-membe rapat saya tahu saya suka sangat-sangat bedal ayam! Hihihi.... So, agak-agak anda di manalah tempat saya suka makan??? Ya, KFC!!! Muahahaha.... Kedai Atok rambut putih itu memang tempat pebret saya untuk menjamu selera. Sejak saya kecil hinggalah dewasa, dari saya hidup membujang hinggalah jadi Mak budak! 


Kenapa ya saya suka makan di situ? Ok, ada beberapa sebablah yang menyebabkan saya OBSES dengan KFC ini. Hehehe....
  1. Tempatnya yang selesa, ada aircond, sejuk, nyaman, tak berpeluah ketiak kalau makan pun...
  2. Saya suka makan ayam! Ayam Spicy ke, Ayam Original ke, semua saya suka. 
  3. Tempatnya bersih, mesra keluarga gitu... 
Zaman-zaman sekolah dulu, apabila ada peluang pergi Kota Bharu, Kelantan mesti KFC lah saya tuju! Dulu-dulu kampung saya belum ada KFC, sekarang ini baru ada. Apabila masuk zaman Matrikulasi, saya pun ada Kad Diskaun KFC, lagilah kerap saya ke sana sebab setiap hidangan itu saya dapat potongan sebanyak 20%. Hihihi... Masuk Universiti pun, saya masih berstatus student kan, so dapatlah guna lagi Kad Diskaun itu. Pernah sekali saya baru dapat Wang Ihsan yang diberikan Kerajaan Terengganu, saya belanja 8 orang kawan saya bedal KFC! Hahahaha.... Obses dengan KFC kan???? Bila dah kerja dan dah ada anak, habit saya tetap sama! Siap lunch tadi, kami sefamily layan KFC Bucket! Hahahaha.... NYUMMY!!!!!

Hidangan yang mana menjadi pilihan saya? Saya pilih SNACK PLATE, ada 2 ketul ayam goreng, coleslow, kentang putar, roti seketul dan air segelas. Dapat habiskan sepinggan, kenyang jawabnya. 

Oklah, cukuplah cerita pasal makan! Dah kecur air liur dah pulak jadinya sekarang ni haaa.... Hihihihi.... Ape-apepun, saya suka KFC, saya sayang KFC, saya obses dengan KFC, I LOIKE KFC!!!

DAY 5 | KERABU DAGING ALA THAI MEK JAJA!

Masuk hari ke5, dan sebenarnya saya sudah terbabas ni. Orang lain dah hari ke7 dah... Harus kejar! 

Baiklah, hari ke5 semua orang story pasal resipi masakan masing-masing. Mabeles! Delicious! Sedap! Menyelerakan! 

Saya pun tak nak kalah hokeh! Saya pun ada resipi saya sendiri. Walaupun benda saya masak ni memang dah berzaman timbul, saya kasi olah bahan-bahannya dan cara masaknya hingga menjadi semudah membaca ABC di tadika! Kerlassss tak perumpamaan saya kasi, ABC di tadika terus! 

KERABU DAGING ALA THAI MEK JAJA! 

Ambil pen dan kertas dan salinlah. Kalau nak lg syok, sambungkan laptop pada wayar printer, kasi print resipi mudah di bawah ini. Lagi senang dan cepat pantas! 

Bahan-bahan :
  • 500gram daging lembu
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit manisan khas from Thailand
  • 5 ulas bawang merah (Dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (Diketuk saja)
  • 1 batang serai (Dihiris halus)
  • 2-3 biji limau nipis (Perah jusnya)
  • Daun ketumbar 





Cara Menyediakan Kerabu Daging Ala Thai "Mek Jaja " :

  1. Bersihkan daging, potong nipis-nipis dan rebuskan sehingga empuk. Simpan sedikit air rebusan daging itu.
  2. Bawang merah dimayang, begitu juga serai dan daun ketumbar, dihiris nipis dan halus. Tomato dipotong dadu manakala bawang putih ditumbuk sekali dengan belakang pisau besar tu. Dush! Sekali je tau, nak bawang putih tu dalam keadaan "lenyek" kasar.
  3. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk besar. Perasakan dengan sos ikan dan juga manisan tu kalau ada. Kalau tak ada manisan ni pun tak menjadi masalah. Gaulkan sehingga semuanya sebati. Gaul, gaul, gaul....ngap seketul! SEDAP!!!! Apabila sudah sebati, cukup masin manisnya, SIAP!!!
Hasilnya ;


Ringkas tetapi sedap! Tak cuba anda tak tahu...
Sementara daging korban tu masih banyak dalam peti ais, bolehlah pelbagaikan masakan daging tu kan... Hari ini apa kata cuba masak Kerabu daging pula. Esok, singgang daging, lusa daging blackpepper ke...

Okla, nak g sekolah dah. So, selamat mencuba semua!

Kenapa Ambil Suplemen Shaklee Tetapi Tiada Kesan Pun???

"Ishh...dah dekat sebulan saya amalkan Set X Shaklee ni, kenapa tak ada nampak kesan pun?"

"Aduh, kenapalah sakit je kaki ni, kata Shaklee bagus, tapi kenapa kaki makcik sakit lagi?"

"Jaja, dah 2bulan akak amalkan Set X Shaklee. Kenapa jerawat akak banyak je lagi ni?"

Baiklah, berdasarkan situasi di atas, pernah atau tidak anda mengalaminya? Rasa seperti dah lama makan Suplemen Shaklee, namun tiada kesan positif pun yang terjadi pada badan. Kenapa ya tiada kesan pun??? 


Mesti ada silap di mana-mana ini yang menyebabkan kita tidak mendapat kesan selepas mengambil Suplemen Shaklee. Jom kita lihat apa PANTANG LARANG dan TIPS PENGAMBILAN SUPLEMEN yang disarankan oleh Pakar Nutrisi Shaklee. 

1. Protein (ESP, Meal Shakes dan Cinch Shake Mix)
Jika anda mengambil produk berasaskan protein seperti ESP ke, Meal Shakes ke, Cinch Shake Mix ke, seelok-eloknya ambillah pada waktu pagi ketika perut masih kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme berada pada tahap yang tinggi. 

2. Alfalfa Complex
Jika mengambil Alfalfa Complex, JANGANLAH ambil bersama Vita E dan GLA Complex. Ini kerana Vit E akan menghalang penyerapan Alfalfa Complex. GLA Complex juga mempunyai kandungan Vit E di dalamnya. 

3. Ostematrix
Ostematrix adalah sumber Kalsium yang baik. Sebaiknya Kalsium diambil pada waktu malam. Ini kerana kadar penyerapan Kalsium adalah selepas 12 jam. InsyaAllah, jika kita menelan Ostematrix sebelum tidur, bangun pagi pada keesokkan harinya, CERGAS tubuh badan dan pastinya LAWAS! 

4. Sustained Release Vit C 
Jika anda rasa seperti nak demam ke, nak selsema ke, atau awal-awal demam ke, ambil SR Vit C patahkan kepada 2 bahagian dan telan. SR Vit C inikan sustained release bermakna Vit C itu akan dilepaskan secara berperingkat setiap jam

5. Vita Lea 
JANGAN ambil bersama minuman bersusu. Tak kiralah susu segar ke, milo susu ke, teh susu ke, asalkan minuman bersusu. Ini kerana boleh menganggu penyerapan zat besi (iron). Elakkan juga mengambil bersama Ostematrix dan Vita E. 
* Jika dimakan bersama Vit C, proses penyerapan berlaku dengan lebih baik. 

6. Vitamin Larut Lemak (A, D, E dan K)
Suplemen Shaklee yang mempunyai vitamin larut minyak A, D, E dan K ini ialah  Carotomax, Vita E dan GLA Complex. Suplemen ini memerlukan lemak untuk proses penyerapan. Jadi, kita disarankan makan dahulu sebelum mengambil suplemen tersebut.

Kemudian, anda hendaklah memenuhi syarat di bawah ini pula. 

PASTIKAN anda...



# Minum air kosong secukupnya
Jika mengamalkan suplemen, anda disarankan minum air kosong antara 2-3 liter sehari. Ini bagi memudahkan toksin-toksin dalam badan dikeluarkan. Selepas badan bebas toksin, baarulah penyerapan nutrien berlaku secara optimum.

# Tidak mengambil suplemen dalam kadar yang banyak sekaligus dalam 1 masa
Jika kita mengambil suplemen dalam kadar yang banyak sekaligus, ini boleh mengakibatkan kepekatan darah kita meningkat. Lebih-lebih lagi selepas mengambilnya, kita kurang minum air, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Jadi, agih-agihkan suplemen ini mengikut jadual yang sesuai. Anda boleh hubungi SID pilihan untuk mendapatkan jadual pengambilan yang betul dan ok!

# Jarakkan waktu pengambilan suplemen dengan ubat hospital atau jamu
Sebaik-baiknya jarakkan waktu selama 2 jam selepas pengambilan ubat hospital atau jamu ini. Jika kita mengambilnya dalam masa terdekat, ini boleh mengakibatkan darah kita "pening" untuk menyerap dengan lebih baik cekap! Jadi, penyelesaiannya jarakkan pengambilannya ya.

# Elakkan air berkafein
Pengambilan air berkafein secara berlebihan boleh mengakibatkan kadar penyerapan nutrien daripada suplemen menjadi kurang efisien. Jika teringin juga minum air berkafein, jarakkan selama 1/2 jam selepas atau sebelum pengambilan suplemen.

Credit To : mama maya dan my little yaya

Try anda semua semak semula, apa kesilapan yang telah anda lakukan semasa mengambil suplemen Shaklee ini. Kesilapan kecil itu mungkin boleh mengakibatkan tiada kesan positif pada badan kita. Jadi pastikan anda mengambil suplemen Shaklee berserta dengan panduan pengambilan daripada SID pilihan anda! Ambillah suplemen dengan bijak.

Jika anda pun ingin mendapatkan set vitamin Shaklee, anda boleh menghubungi saya : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

DAY 4 | VITAMIN SHAKLEE YANG PERTAMA SAYA TELAN

Set Menyusu Shaklee! Ya, itulah set vitamin yang pertama saya amalkan. Time ini memang saya tidak bergelar SID lagi, ambil set ini bagi membantu proses penyusuan saya. Dalam set ini ada ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, SUSTAINED RELEASE VITA  C dan VITA LEA. 


Dannnn.... Vitamin Shaklee yang PERTAMA masuk dalam perut saya ialah ALFALFA COMPLEX. Seterusnya 3 serangkai itulah, saya telan sekaligus. Fungsi-fungsinya memang saya fokus pada bab penyusuan. 

  • Alfalfa Complex membantu saya memekatkan dan milk booster.
  • B Complex membantu saya menghalang stress menyerang selain melegakan sakit urat saya.
  • Sustained Release Vita C membantu saya memilikki kulit yang cantik dan memberikan tenaga.
  • Vita Lea membantu saya kembali bertenaga dan memunuhi keperluan nutrien badan saya.

Rindu pula time-time breastfeeding anak-anak dulu. Bila buat entry tajuk ini, saya buka balik album foto-foto anak saya semasa mereka kecik. Allah, rindunya saat itu! Sekejap saja masa sudah berlalu, Fahim sudah 5 tahun dan Farhan 3 tahun. Alhamdulillah, mama berpeluang memberikan kalian merasai susu ibu ini. Syukur juga sebab saya sentiasa bertenanga sepanjang proses pantang dan menyusu! Sampai pernah dibebel kerana terlalu ganas berjalan! Hahahaha.... Jom layan foto-foto kenangan itu. Ada banyak gambar sebenarnya, tapi hanya 3 ini saja dulu buat tatapan kalian. 

Mama dan Fahim

Farhan si Tembam! Lahir sahaja berat sudah 3.98kg! Senak mama nak keluarkan Farhan! Hahahaha.....

Stok susu semasa bf kan si Farhan. Time ni stok semasa awal-awal pam semasa hujung pantang.
Baiklah, semua ini memang menggamit kenangan lama. InsyaAllah selepas ini memang saya akan berusaha memastikan bayi selepas ini mendapat peluang menyusu daripada mama dia ini. Opssss.... lupa saya nak kabor! Selepas saya mengambil Set Menyusu di atas, saya add on pula ESP. Saya membelinya daripada Fai Nadhir, salah seorang SID yang berjaya di Pasir Gudang. Terima kasih Fai!

Dan sehingga sekarang saya masih mengamalkan vitamin di atas di samping vitamin lain. Bukan semasa menyusu sahaja boleh amalkan vitamin ini, time mengandung, time bersalin, time tak mengandung, semua boleh! Memberikan tenaga, mencergaskan tubuh badan dan banyak lagiiiiiiiiiiiii.......

Dan saya mengaku sekarang, SAYA SUDAH JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE! 

Jika anda pun ingin mendapatkan set vitamin Shaklee, anda boleh menghubungi saya : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

DAY 3 | KHAZANAH YANG ADA DALAM HANDBAG "MK" SIAM SAYA!

Masuk hari ketiga, lewat sikit publishnya akibat Tuan Tanah tidur kepenatan semalam di tepi laptop. Tuan Tanah nak masuk rumah lain, jadi kenalah bersihkan rumah sana tu yang baru siap renovation. Sakit pinggang, lenguh seluruh badan semua ada. Kasi telan Ostematrix, pagi ini bangun Alhamdulillah, LEGA!

Tajuk entry hari ini agak lain sikit, APA YANG ADA DALAM HANDBAG ANDA???

OMG!!! Tak pasal-pasal Tuan Tanah selongkar handbag jenama "Michael Kors @ MK" cap SIAM tu! Hahaha....nak beli MK ori Tuan Tanah belum berkemampuan, MK Siam pun jadilah. Janji boleh angkut khazanah-khazanah yang ada ni haaaa..... 

Apa ada dalam itu handbag haaaaa...???!!!!


Haaa....inilah dia khazanah yang WAJIB dan perlu ada dalam handbag Tuan Tanah. Memang benda yang ala kadar sahaja, tidaklah segah khazanah dalam handbag pemilik MK Ori! Sudah ditag dengan nombor-nombor dari 1-13, meh tuan tanah story-mory sikit pasal apa khazanah ni WAJIB dan perlu ada dalam handbag Tuan Tanah.

1. Beg hitam 
Beg hitam ini dibeli oleh Hafilah (Gang Jahat Tuan Tanah di Sekolah). Time tu beg jenis macam ini glamer! So, ambillah peluang belilah satu. Boleh sumbat kad-kad, duit kertas, syiling, plastik gula-gula...

2. "Berukbeng"
Broadband inilah yang Tuan Tanah gunakan untuk bersiaran di alam maya. Kenapa tak pakai internet di Hp saja? Jawapannya, Hp Tuan Tanah selalu sangat bateri habis. Belum bukak internet ber3G bagai tu, bateri Hp dah asyik "disedut" dengan pantas! Pakai internet siap 3G bagai, mungkin sekelip mata bateri kong! Hihihi.... Nanti tukar ip 5S Tuan Tanah tukar plan internet nooo......

3. Buku Catatan 
Sekarang memang Buku Catatan yang diperoleh semasa Jom Hebat Selatan hari tu Tuan Tanah gunakan. Dalam itulah macam-macam benda Tuan Tanah catat. Catat pasal oder Shaklee, catat pasal hutang-piutang, catat UV "anak-anak" Shaklee. Habis helaian dia nanti, kita kasi tukar buku lain pula.

4. Wallet
Wallet pemberian adik tercinta. Tq banyak-banyak Bona! Wallet ini memang tahan lasak, tahan maki, tahan kurus tidak seperti Tuan Tanah yang sedempol ini! Kurus sebabnya isinya kurussssssssssssss...... Hihihi....

5. Handphone 
Iphone ini juga pemberian adik tersayang, Bona! Eh, dah kenapa asyik dia bagi je??? Ya, sebab dia tahu kakaknya tidak semampu dia untuk memilikki apa saja yang diimpikan. Maklumlah, kakaknya bergaji kecik! Muekekekeke..... Tq Bona! Memang berguna ip ini...

6. Tuala kecil
Tuala kecil ini memang selalu digunakan untuk lap peluh. Maklumlah, body Tuan Tanah boleh tahan besaq! Jadi proses perpeluhan memang berlaku secara agak berlebihan, tapi tak adalah sampai tahap lencun! Jadi, langkah selamat, malas guna tisu, guna saja tuala terus! Nasib baik tak bawa tuala mandi yang besaq tu je...

7. Lipstik murah asal bibir merah!
Wahhhh..... lipstik pula Tuan Tanah ni ya.... Lipstik ini Mak Tuan Tanah yang bagikan. Katanya, Tuan Tanah ini CIKGU, jadi biarlah nampak berseri sikit muka tu, baru student makin sayang! Erkkk...??? 

8. Bedak baby
Tuan Tanah tak pakai compact powder tu. Kenapa? Sebabnya, memang Tuan Tanah tak reti nak menepek dengan bedak tu. Lagipun kulit wajah Tuan Tanah masih kekal seperti kulit baby lagi ni haaaa.... Hahahahaha.....

9. Minyak Angin Cap Kapak
Fuhhh.... Minyak Angin ini banyak jasanya tahu! Kalau budak-budak sakit perot, sakit kepala, pening ke apa di sekolah, tak kiralah dia dari tingkatan berapa, kelas yang saya tak ajar sekalipun, depa tahu saya ada minyak angin. Mesti Tuan Tanahlah jadi sasaran... Sebab itulah Tuan Tanah beli minyak angin botol besar. 

10. Pendrive
Sekarang pendrive tu dah jarang-jarang guna sebab sekarang semua "atas talian" katanya. Kalau dulu semua benda nak sumbat dalam pendrive, sekarang boleh simpan dalam email, dropbox dan apa-apa sajalah yang guna internet. Kerlasssssssss ko......

11. Pillbox
Pillbox yang beli daripada Hanim Ismail @ Aneng, adik-beradik Shaklee saya. Tak mahal pun, seringgit seketul. Boleh sumbat vitamin bawa ke mana-mana. Senang! Tak payah Tuan Tanah angkut botol-botol vitamin tu ke hulu ke hilir.

12. Kunci Bilik Guru
Sebagai penghuni bilik guru, Tuan Tanah memang adalah kunci ini. Boleh dikatakan setiap hari pintu depan bilik guru itu Tuan Tanah yang bukakan. 

13. Pen 
WAJIB ada! Hahaha.... Pen merah memang Cikgu salah yang guna. Pen hitam tu pulak senang nak guna tulis Buku Rekod Mengajar dan mencatat dalam buku catatatan di atas tu. 

Ok, setakat hari ini memang itu sahaja yang ada. Berbeza time Tuan Tanah ada anak yang baby dulu-dulu. Kalau time Fahin dan Farhan baby, dalam handbag Tuan Tanah siap ada napkin, pampers, tisu basah, puting, botol susu, minyak telon, toys....... Haaaaaaaaaaa...... Lagi dasat! Hahahaha.....

Baiklah, itu sajalah perkongsian pasal KHAZANAH YANG ADA DALAM HANDBAG "MK" SIAM SAYA! MK Siam yang banyak berjasa kepada Tuan Tanah! Semoga 1 hari nanti Tuan Tanah berpeluang merasa pakai MK Ori noooooo...... Doakan! Hihihi....

See yaaaaa........

DAY 2 | PERCUTIAN IDAMAN SAYA

Bercuti memang menyeronokkan. Lagi-lagi bila jadi CIKGU, banyak cuti katanya! Budak cuti, cikgu pun cuti. Sebenarnya kan, saya TIDAK ADA pun percutian idaman. Bagi saya, CUTI HANYA DI KAMPUNG. Ya, hanya di kampung, bercuti bersama Mak dan Umi di kampung. 

KENAPA???

Banyak faktor yang menyebabkan saya tidak ada pun percutian idaman. Bagi saya, masa cuti haruslah diisi dengan berada di sisi Mak dan Umi di kampung. Jarak antara Pasir Gudang ke Besut dan Tumpat amatlah jauh, dan ini membuatkan peluang kami berjumpa amatlah tipis kecuali pada musim cuti panjang. 

Selain faktor jarak, saya punya suami bukanlah seorang yang suka berjalan-jalan. Hehehe.... Ini FAKTA, bukan AUTA! Selepas berkahwin, kami sekeluarga seolah-olah sudah dilatih untuk mengurangkan aktiviti "merayap" ini.... Muekekekeke.... Jimat masa, jimat wang katanya!

Tapi, jika saya diberi peluang untuk memilih tempat percutian idaman saya, saya pasti memilih tempat percutian yang mempunyai pantai dengan air yang jernih membiru, pasir memutih, angin sepoi-sepoi bahasa...

MENENANGKAN JIWA!


Subhanallah, indahnya bumi Allah inikan... Nanti hari-hari boleh berenang, boleh buat istana pasir, bbq tepi pantai, berjemur cam minah saleh! Opsssss.....

Jika 1 hari nanti saya diberi peluang, memang inilah tempat idaman saya. Saya ingin membawa semua ahli keluarga saya dan kami akan "foya-foya" di sini tanpa sebarang gangguan! Bergelak ketawa, bergosip sakan.... Pasti best!

Baiklah, setakat ini sahajalah cerita saya malam ini! Kita sambung dengan entry selanjutnya selepas ini. Doakan impian saya ke pulau-pulau yang ada pantai cantik macam ini tercapai ya! 

Bye semua! Muaahhhhhhh......

DAY 1 | 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU

Ohh...baru nak start DAY 1 punya entry saya ni... Orang lain sudah ke bulan, saya masih di bumi! Hihihi....

"3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU"

Apa ya yang orang ramai tidak tahu mengenai diri saya ni ya???

FAKTA 1 : SAYA SEORANG TUKANG KARUT PASUKAN DIKIR BARAT

Haaa.... Jangan tak tahu, saya dulu tukang karut team dikir barat pompuan di UPSI. Persembahan paling besar saya join time kena perform depan Menteri Belia Dan Sukan pada tahun 2002. Paling kelakar, saya boleh hilang rentak! Siap cakap.... "Opssss, mintak maaf! Saya silap rentak...." Habis kena bantai gelak dek penonton. Mahu tak gelabah, depan menteri tu.....hahahahahaaha.... Gambar time tu saya simpan di kampung. Tapi saya jumpa gamba di bawah ini. Kami yang perempuan semua ialah ahli dikir barat pompuan UPSI. Hihihi.... Ni time kami join program ke Felda Gedangsa, Perak. Makan durian!!!!! Sedapppppp...... Sesedap suara saya la tu! Hahahahaha.....



FAKTA 2 : SAMPAI SEKARANG SAYA DAN EX-BOIPREN (KINI SUAMI TERCINTA SAYA) TIDAK TAHU TARIKH SEBENAR KAMI DECLARE SEBAGAI KAPEL! MUAHAHAHAHA.....

Ini memang fakta klasik! Kami tidak pernah declare secara rasmi sebagai kapel, kami meneruskan relationship tu atas dasar FAHAM-FAHAM SENDIRI! Dan Alhamdulillah, nikah jugak kami. Tak tahu masa bila stat serius, masa bila luah suka ke cinta ke, yang tahu bila sapa-sapa keluar dgn orang lain, mulalah stat nak jeles cam apa! Hahahaha..... Apekebende la ekkk..... Kami cuma ada tarikh tunang, 9 November 2007 dan tarikh nikah 22 Disember 2007 (Tarikh besday saya). 

Time Konvo di PICC 2006

FAKTA 3 : SAYA SEORANG ATLET PADA ZAMAN SEKOLAH, MATRIKULASI DAN UNIVERSITI

Opssssss..... Jangan terkejut ya! Walaupun saya berbadan besaq gabaq macam ini, saya sangat aktif bersukan terutamanya sekolah rendah, matrix dan zaman Universiti. Time sekolah rendah semua sukan saya masuk kecuali bola baling. Tak tahulah pasal apa, saya memang cannot go dengan bola baling! Tak terer baling bola kot.... Saya mewakili sekolah dan zon dalam sukan netball, saya mendapat tempat ketiga peringkat zon bagi acara LOMPAT JAUH! Ok, body besaq pun saya terbang jauhhhhhh... Hahahaha.....

Zaman sekolah menengah, form1-form3 saya stop sukan! Naik form4-form5 saya aktif balik bersukan. Saya join team Hoki MRSM Beseri bagi tahun 1998 dan 1999. Saya pun ada berjinak-jinak dengan game badminton. Masuk Matrikulasi saya join team netball Kolej Kurniawan pula. Masuk UPSI, saya mula bermain bola tampar, dan time ni adalah dalam 5-6 medal berjaya saya kumpul dari pelbagai kejohanan yang saya sertai. Bila dah jadi cikgu, saya aktif semasa belom ada anak saja. Selepas bersalinkan Fahim, saya bersukan time Hari Guru sahajalah.....

Antara medal yang saya dapat time di UPSI 2002-2006
Oklah, cukup 3 fakta yang rasanya ramai orang tak tahu pasal saya. Esok kt sambung dengan entry seterusnya. Pasal apa pulak ya??? Tungguuuuuuuuu......

Bye! Muahhhhhhhhhhhhh buat semua!