BISNES YANG MENGUNTUNGKAN PASTINYA SHAKLEE

1/05/2017 Unknown 0 Comments

Keadaan ekonomi negara kita sekarang boleh dikatakan berada pada tahap terburuk. Dengan nilai mata wang Ringgit terus merosot, kenaikan harga minyak, harga barang malah ditambah lagi adanya GST, pasti ini sedikit sebanyak membebankan ramai orang. Dan saya salah seorang yang menghadapi bebanan itu! WooHaaaa! Tekanan sangat kan dengan suasana sekarang?



Tapi saya jumpa jalan untuk keluar dari bebanan yang bila entah pengakhirannya itu. Saya memilih untuk membuat bisnes. Ya, saya nak berbisnes dan saya telah memilih SHAKLEE. Saya fikir Shaklee mampu membantu saya dalam menangani masalah ini sedikit sebanyak. Dan rasanya sekarang, memang betul, Shaklee memang bisnes yang menguntungkan. 

Saya mendaftar sebagai ahli Shaklee pada 2013. Ketika itu saya memang berniat nak mencari income lebih kerana saya baru membeli sebuah rumah, dan rumah itu ialah rumah yang saya diami sekarang ini. Dengan bermodalkan RM79, saya mendaftar dan produk pertama yang saya jual kepada pelanggan pertama saya ialah Alfalfa Complex. Dia bayar duit, saya ke branch membelinya. Barang dijual dan saya mendapat untung runcit ketika itu. Dan bulan pertama join saya sudah berjaya mendapat bonus. 

Bercerita mengenai keuntungan menyertai bisnes Shaklee ini memang panjang. Tapi secara ringkasnya, saya memilih bisnes ini kerana risiko untuk gagal itu kurang kerana :
  • Modal yang saya bayar sangat rendah
  • 1 sistem MLM yang tak aniaya downline tapi mengamalkan gaya "SIAPA YANG RAJIN, DIA YANG DAPAT"
  • Bonus dibayar mengikut jumlah UV yang dikumpulkan. Jika banyak, maka banyaklah dapat. 
  • Saya tak perlu simpan stok banyak-banyak pun, dan tak memerlukan ruang besar untuk menyimpan stok
  • Saya tak perlu keluar duit pun untuk membuat kajian ke apa atas produk saya jual kerana semua produk Shaklee diyakini selamat, semula jadi dan berkesan! 
 
Jadi berdasarkan 5 faktor inilah, saya seakan "dipukau" untuk terus setia dengan Shaklee hingga ke saat ini. Dengan hanya modal kecil, dengan Shaklee sudah ramai yang mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda daripada harga modal itu. Saya pun turut merasa tempias bonus 4 angka walaupun saya hanya bermodalkan RM79 pada awalnya. 

Sekarang lagilah, ramai yang ingin menggunakan Shaklee. Kami pun sentiasa sibuk melayan permintaan pelanggan, dan paling syok dengan hanya di rumah, di depan laptop, saya mampu menjana pendapatan. Sistem online yang digunakan dalam Shaklee kini lebih memberi kebaikan kepada kami si penjual Shaklee. Klik, klik, klik... Sedar-sedar barang dah sampai. Untung sangatlah sebab tanpa keluar dari rumah pun boleh bisnes. Cukup pertengahan bulan, bonus pun akan dimasukkan ke dalam akaun bank! Sedar-sedar duit main bertambah. Tapi ingat, Shaklee tiada istilah goyang kaki, duit pun masuk! TIADA OK! Jika kita rajin, pelbagai insentif diberikan oleh pihak Shaklee kepada para ahli yang aktif tersebut. 


Mengenai bab membesarkan empayar perniagaan ini, yang syoknya, saya tak perlu pun nak cari orang ke apa untuk didaftarkan sebagai downline saya. Tapi sebaliknya yang terjadi, mereka yang mencari saya untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Dan Alhamdulillah, empayar bisnes kecil saya semakin membesar. Dan kami semua sama-sama ingin menjana pendapatan tambahan melalui Shaklee ini. 

Oklah, jika bercerita mengenai Shaklee panjang jadinya. Ini mungkin sedikit saja perkongsian daripada saya, mungkin anda akan bertemu dengan perkongsian lebih hebat daripada mereka-mereka yang otai dalam Shaklee. Sudah bermacam-macam mereka peroleh melalui Shaklee ini, dan saya juga berimpian untuk menjadi seperti mereka. sebab itulah saya katakan tadi, BISNES YANG MENGUNTUNGKAN PASTINYA SHAKLEE!

Jom pasang impian! Impian itukan percuma. 

0 comments: