10 TIPS CEPAT HAMIL YANG MUDAH

1/07/2017 Unknown 0 Comments

SEDANG MENCARI CARA CEPAT HAMIL? 

Bagi anda yang sedang mencari cara untuk hamil, anda boleh membaca tips cepat hamil yang mudah di bawah ini. Tips ini bolehlah anda gunakan dan amalkan, tapi ingat ini sekadar petua sahaja, semuanya berlaku atas ketentuan Tuhan Yang Esa juga. 



Mari kita lihat apakah tips untuk cepat hamil. 

1. JAGA PEMAKANAN 

Ini merupakan tips cepat untuk hamil paling penting. Apa yang ingin ditekankan dalam hal ini, pastikan makanan yang diambil adalah berkhasiat. Pastikan BMI berada pada tahap yang baik. Amalkan juga gaya hidup yang sihat supaya badan kekal cergas dan sihat. 

2. AMALKAN SUPLIMEN/VITAMIN

Tips yang kedua ialah dengan mengambil suplimen/vitamin bagi memenuhi keperluan nutrien dalam badan. Ambil suplimen/vitamin yang boleh meningkatkan tahap kesuburan. Antara suplimen/vitamin yang boleh diamalkan ialah Set Cepat Hamil Shaklee. 

3. BERAT BADAN YANG IDEAL

Jika kita mempunyai berat badan berlebihan, kita perlu mendapatkan berat yang ideal untuk memudahkan kita hamil. Saya tak kata semua orang gemuk susah hamil, nanti ada yang beritahu pula, "Si polan tu gemuk gedempol saja, tapi bersalin elok saja setiap tahun". Seperti yang saya cakap pada permulaan tadilah, semuanya bergantung atas ketentuan Tuhan Yang Esa. 

Buatlah senaman yang boleh membantu kita menurunkan berat badan. Kita sendiri pun tahu apabila kita mempunyai berat badan berlebihan, maka mudahlah segala jenis penyakit datang menjengah. Darah tinggilah, kencing manislah. Jadi, sekarang kita perlu pastikan agar BMI kita berada dalam tahap terbaik.



4. DETOKS

Toksin yang tinggi dalam badan juga kadang-kadang menghalang kita daripada hamil. Jadi, kita boleh melakukan detoks untuk mengeluarkan toksin ini daripada badan kita. Kita juga boleh melakukan detoks dengan mengambil suplimen/vitamin detoks yang ada di pasaran. Tetapi, pastikan anda memilih yang selamat! 


5. KETAHUI WAKTU SUBUR

Untuk mengetahui waktu subur, anda boleh menyemaknya menggunakan aplikasi pengiraan waktu subur yang disediakan dalam talian. Ketahui juga kitaran haid untuk mendapatkan waktu yang tepat. Setiap orang mempunyai kitaran yang berbeza, jadi pelajari dan fahamkan kitaran haid masing-masing ya. 

6. MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DENGAN KERAP

Sebagai pasangan suami isteri, tidak perlu ada rasa malu atau segan lagi dalam hal ini. Yang wanita, tak perlu malu untuk "meminta" lagi. Lakukannya dengan lebih seronok dan jangan fokus untuk mendapatkan anak semata-mata. 

7. JANGAN STRESS

Elakkan daripada stress. Apabila berada dalam stress, cuba tenangkan diri. Memang tak dinafikan bila bekerja, pasti kita akan stress. Namun, cuba elakkan stress yang melampau. Bila berada di rumah, tumpukan saja kepada keluarga. Hidup pasti akan menjadi lebih ceria dan menggembirakan

8. BERJUMPA DENGAN PAKAR

Jika anda sudah berkahwin selama 2-3 tahun dan masih belum hamil, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar. Semestinya mereka mempunyai lebih alternatif bagi membantu anda. Jangan hanya seorang sahaja antara suami atau isteri yang menemui pakar, disarankan agar kedua-duanya sekali mendapatkan nasihat pakar. Pakar akan melakukan pemeriksaan ke atas kita bagi mendapatkan maklumat kesuburan dan sebagainya. 



9. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Pengambilan kafein secara berlebihan juga akan mengurangkan tahap kesuburan seseorang. Jadi, anda perlu hadkan pengambilan kafein setiap hari. Ingat, kafein bukan ada dalam kopi sahaja ya. 



10. JAUHI ROKOK

Tahukah and, apabila seseorang itu merokok ia akan menyumbang ke arah ketidaksuburan seseorang. Jadi, elakkan dan jauhilah rokok. 




Ok, ini antara tips yang boleh diamalkan oleh kita semua agar cepat hamil. Jangan lupa juga sentiasalah memohon doa daripada Tuhan Yang Maha Esa agar memperkenankan doa kita untuk mendapatkan cahaya mata. 
“Making the decision to have a baby is momentous. It is to decide forever to have your heart go walking around outside your body.”
Elizabeth Stone
Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda untuk hamil. Ok, untuk post seterusnya, saya kan berkongsi dengan anda semua suplimen Shaklee untuk cepat hamil

SELAMAT MENGAMALKAN TIPS CEPAT HAMIL YANG MUDAH INI YA!              

 

0 comments: