MENCARI PRODUK UNTUK KULIT BERMINYAK?

1/03/2017 Unknown 0 Comments

Kulit kelihatan bersinar, berlengas saja. Semuanya disebabkan kulit mengeluarkan minyak secara berlebihan. Rimas sangat bila muka terlalu berminyak. Saya juga menghadapi masalah ini satu masa dulu. Pagi semasa ke sekolah, elok lagi. Masuk saja jam 9 pagi, kelas pun dah bermula, muka saya mulalah berminyak dan berpeluh dengan teruk sekali. Memang bila balik ke rumah, saya sental dengan Nutriwhite Action Makeup Remover, fuhhhh.... Memang banyaklah daki-daki yang keluar. Minyak-minyak itu turut memerangkap kotoran tau! Tapi, saya tak nafikan kulit berminyak ini juga banyak kebaikannya. Tak percaya, anda boleh baca DI SINI. Cuma bila ia berlaku secara berlebihan, memang mendatangkan masalah kepada kita.


Apakah punca kulit wajah terlalu berminyak ya?

➤ Makan makanan yang tinggi lemak
➤ Menggunakan barang kosmetik yang salah
➤ Hormon yang tidak seimbang
➤ Pola hidup yang tidak sihat
➤ Faktor keturunan
➤ Sering berada dalam keadaan stress
➤ Peningkatan suhu 

Anda pasti ingin mengatasi masalah ini bukan? Selain daripada mengamalkan pelbagai petua yang sering diberikan, anda juga boleh mengamalkan suplemen Shaklee. Untuk mengatasi kulit wajah berminyak ini, anda boleh mengambil GLA COMPLEX dan juga SUSTAINED RELEASE VITA C

GLA Complex mengandungi minyak Borage yang mengawal hormon estrogen dan testoteron yang membentuk prostaglandin bagi mengawal hormon lelaki dan wanita. GLA Complex membantu untuk memperbaiki inflimasi kulit dan menjadikan kulit normal serta tidak terlalu berminyak. 

Tahukah anda, jika anda kekurangan Vitamin C dalam tubuh, ini akan menjadikan kulit kusam, berminyak, jerawat pun mungkin keluar dan paling ditakuti jeragat juga pasti menyerang! Menakutkan bukan?Jadi, amalkan pengambilan Sustained Release Vita C ini sebanyak 2 biji sehari. Ujian klinikal membuktikan vitamin C ini mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Ini membantu kita mengatasi masalah yang disebutkan tadi dan menjadikan kulit wajah semakin sihat. 

Saya sendiri menggunakan kedua-dua suplemen ini bagi mengatasi masalah kulit yang saya hadapi. Cuba anda lihat perbezaan kulit saya ini : 


Gambar ketika Oktober 2016 itu ialah gambar semasa saya sedang menghadapi masalah kulit yang agak teruk. Saya terpaksa berjemur di bawah sinaran matahari secara berterusan untuk tempoh yang lama kerana menyertai pasukan Petanque. Ketika itu, kulit saya menjadi sangat berminyak, jelas kelihatan kulit bertompok-tompok, terbakar dan kusam. 

Dan selepas beberapa lama mengamalkan kedua-duanya, Alhamdulillah kulit saya kembali kepada asal. Minyak berkurangan dan tidak kusam lagi. Tompok-tompok di wajah juga sudah tiada. 

Jika anda turut menghadapi masalah kulit berminyak seperti saya, cubalah amalkan GLA Complex dan Sustained Release Vita C ini dan lihat sendiri kesannya kelak. Pasti anda tak akan menyesal! 

TAK CUBA TAK TAHU, DAH CUBA BARU TAHU!
 
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PRODUK UNTUK KULIT BERMINYAK ini, hubungi sahaja : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

0 comments: