DAY 3 | KHAZANAH YANG ADA DALAM HANDBAG "MK" SIAM SAYA!

Masuk hari ketiga, lewat sikit publishnya akibat Tuan Tanah tidur kepenatan semalam di tepi laptop. Tuan Tanah nak masuk rumah lain, jadi kenalah bersihkan rumah sana tu yang baru siap renovation. Sakit pinggang, lenguh seluruh badan semua ada. Kasi telan Ostematrix, pagi ini bangun Alhamdulillah, LEGA!

Tajuk entry hari ini agak lain sikit, APA YANG ADA DALAM HANDBAG ANDA???

OMG!!! Tak pasal-pasal Tuan Tanah selongkar handbag jenama "Michael Kors @ MK" cap SIAM tu! Hahaha....nak beli MK ori Tuan Tanah belum berkemampuan, MK Siam pun jadilah. Janji boleh angkut khazanah-khazanah yang ada ni haaaa..... 

Apa ada dalam itu handbag haaaaa...???!!!!


Haaa....inilah dia khazanah yang WAJIB dan perlu ada dalam handbag Tuan Tanah. Memang benda yang ala kadar sahaja, tidaklah segah khazanah dalam handbag pemilik MK Ori! Sudah ditag dengan nombor-nombor dari 1-13, meh tuan tanah story-mory sikit pasal apa khazanah ni WAJIB dan perlu ada dalam handbag Tuan Tanah.

1. Beg hitam 
Beg hitam ini dibeli oleh Hafilah (Gang Jahat Tuan Tanah di Sekolah). Time tu beg jenis macam ini glamer! So, ambillah peluang belilah satu. Boleh sumbat kad-kad, duit kertas, syiling, plastik gula-gula...

2. "Berukbeng"
Broadband inilah yang Tuan Tanah gunakan untuk bersiaran di alam maya. Kenapa tak pakai internet di Hp saja? Jawapannya, Hp Tuan Tanah selalu sangat bateri habis. Belum bukak internet ber3G bagai tu, bateri Hp dah asyik "disedut" dengan pantas! Pakai internet siap 3G bagai, mungkin sekelip mata bateri kong! Hihihi.... Nanti tukar ip 5S Tuan Tanah tukar plan internet nooo......

3. Buku Catatan 
Sekarang memang Buku Catatan yang diperoleh semasa Jom Hebat Selatan hari tu Tuan Tanah gunakan. Dalam itulah macam-macam benda Tuan Tanah catat. Catat pasal oder Shaklee, catat pasal hutang-piutang, catat UV "anak-anak" Shaklee. Habis helaian dia nanti, kita kasi tukar buku lain pula.

4. Wallet
Wallet pemberian adik tercinta. Tq banyak-banyak Bona! Wallet ini memang tahan lasak, tahan maki, tahan kurus tidak seperti Tuan Tanah yang sedempol ini! Kurus sebabnya isinya kurussssssssssssss...... Hihihi....

5. Handphone 
Iphone ini juga pemberian adik tersayang, Bona! Eh, dah kenapa asyik dia bagi je??? Ya, sebab dia tahu kakaknya tidak semampu dia untuk memilikki apa saja yang diimpikan. Maklumlah, kakaknya bergaji kecik! Muekekekeke..... Tq Bona! Memang berguna ip ini...

6. Tuala kecil
Tuala kecil ini memang selalu digunakan untuk lap peluh. Maklumlah, body Tuan Tanah boleh tahan besaq! Jadi proses perpeluhan memang berlaku secara agak berlebihan, tapi tak adalah sampai tahap lencun! Jadi, langkah selamat, malas guna tisu, guna saja tuala terus! Nasib baik tak bawa tuala mandi yang besaq tu je...

7. Lipstik murah asal bibir merah!
Wahhhh..... lipstik pula Tuan Tanah ni ya.... Lipstik ini Mak Tuan Tanah yang bagikan. Katanya, Tuan Tanah ini CIKGU, jadi biarlah nampak berseri sikit muka tu, baru student makin sayang! Erkkk...??? 

8. Bedak baby
Tuan Tanah tak pakai compact powder tu. Kenapa? Sebabnya, memang Tuan Tanah tak reti nak menepek dengan bedak tu. Lagipun kulit wajah Tuan Tanah masih kekal seperti kulit baby lagi ni haaaa.... Hahahahaha.....

9. Minyak Angin Cap Kapak
Fuhhh.... Minyak Angin ini banyak jasanya tahu! Kalau budak-budak sakit perot, sakit kepala, pening ke apa di sekolah, tak kiralah dia dari tingkatan berapa, kelas yang saya tak ajar sekalipun, depa tahu saya ada minyak angin. Mesti Tuan Tanahlah jadi sasaran... Sebab itulah Tuan Tanah beli minyak angin botol besar. 

10. Pendrive
Sekarang pendrive tu dah jarang-jarang guna sebab sekarang semua "atas talian" katanya. Kalau dulu semua benda nak sumbat dalam pendrive, sekarang boleh simpan dalam email, dropbox dan apa-apa sajalah yang guna internet. Kerlasssssssss ko......

11. Pillbox
Pillbox yang beli daripada Hanim Ismail @ Aneng, adik-beradik Shaklee saya. Tak mahal pun, seringgit seketul. Boleh sumbat vitamin bawa ke mana-mana. Senang! Tak payah Tuan Tanah angkut botol-botol vitamin tu ke hulu ke hilir.

12. Kunci Bilik Guru
Sebagai penghuni bilik guru, Tuan Tanah memang adalah kunci ini. Boleh dikatakan setiap hari pintu depan bilik guru itu Tuan Tanah yang bukakan. 

13. Pen 
WAJIB ada! Hahaha.... Pen merah memang Cikgu salah yang guna. Pen hitam tu pulak senang nak guna tulis Buku Rekod Mengajar dan mencatat dalam buku catatatan di atas tu. 

Ok, setakat hari ini memang itu sahaja yang ada. Berbeza time Tuan Tanah ada anak yang baby dulu-dulu. Kalau time Fahin dan Farhan baby, dalam handbag Tuan Tanah siap ada napkin, pampers, tisu basah, puting, botol susu, minyak telon, toys....... Haaaaaaaaaaa...... Lagi dasat! Hahahaha.....

Baiklah, itu sajalah perkongsian pasal KHAZANAH YANG ADA DALAM HANDBAG "MK" SIAM SAYA! MK Siam yang banyak berjasa kepada Tuan Tanah! Semoga 1 hari nanti Tuan Tanah berpeluang merasa pakai MK Ori noooooo...... Doakan! Hihihi....

See yaaaaa........

DAY 2 | PERCUTIAN IDAMAN SAYA

Bercuti memang menyeronokkan. Lagi-lagi bila jadi CIKGU, banyak cuti katanya! Budak cuti, cikgu pun cuti. Sebenarnya kan, saya TIDAK ADA pun percutian idaman. Bagi saya, CUTI HANYA DI KAMPUNG. Ya, hanya di kampung, bercuti bersama Mak dan Umi di kampung. 

KENAPA???

Banyak faktor yang menyebabkan saya tidak ada pun percutian idaman. Bagi saya, masa cuti haruslah diisi dengan berada di sisi Mak dan Umi di kampung. Jarak antara Pasir Gudang ke Besut dan Tumpat amatlah jauh, dan ini membuatkan peluang kami berjumpa amatlah tipis kecuali pada musim cuti panjang. 

Selain faktor jarak, saya punya suami bukanlah seorang yang suka berjalan-jalan. Hehehe.... Ini FAKTA, bukan AUTA! Selepas berkahwin, kami sekeluarga seolah-olah sudah dilatih untuk mengurangkan aktiviti "merayap" ini.... Muekekekeke.... Jimat masa, jimat wang katanya!

Tapi, jika saya diberi peluang untuk memilih tempat percutian idaman saya, saya pasti memilih tempat percutian yang mempunyai pantai dengan air yang jernih membiru, pasir memutih, angin sepoi-sepoi bahasa...

MENENANGKAN JIWA!


Subhanallah, indahnya bumi Allah inikan... Nanti hari-hari boleh berenang, boleh buat istana pasir, bbq tepi pantai, berjemur cam minah saleh! Opsssss.....

Jika 1 hari nanti saya diberi peluang, memang inilah tempat idaman saya. Saya ingin membawa semua ahli keluarga saya dan kami akan "foya-foya" di sini tanpa sebarang gangguan! Bergelak ketawa, bergosip sakan.... Pasti best!

Baiklah, setakat ini sahajalah cerita saya malam ini! Kita sambung dengan entry selanjutnya selepas ini. Doakan impian saya ke pulau-pulau yang ada pantai cantik macam ini tercapai ya! 

Bye semua! Muaahhhhhhh......

DAY 1 | 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU

Ohh...baru nak start DAY 1 punya entry saya ni... Orang lain sudah ke bulan, saya masih di bumi! Hihihi....

"3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU"

Apa ya yang orang ramai tidak tahu mengenai diri saya ni ya???

FAKTA 1 : SAYA SEORANG TUKANG KARUT PASUKAN DIKIR BARAT

Haaa.... Jangan tak tahu, saya dulu tukang karut team dikir barat pompuan di UPSI. Persembahan paling besar saya join time kena perform depan Menteri Belia Dan Sukan pada tahun 2002. Paling kelakar, saya boleh hilang rentak! Siap cakap.... "Opssss, mintak maaf! Saya silap rentak...." Habis kena bantai gelak dek penonton. Mahu tak gelabah, depan menteri tu.....hahahahahaaha.... Gambar time tu saya simpan di kampung. Tapi saya jumpa gamba di bawah ini. Kami yang perempuan semua ialah ahli dikir barat pompuan UPSI. Hihihi.... Ni time kami join program ke Felda Gedangsa, Perak. Makan durian!!!!! Sedapppppp...... Sesedap suara saya la tu! Hahahahaha.....



FAKTA 2 : SAMPAI SEKARANG SAYA DAN EX-BOIPREN (KINI SUAMI TERCINTA SAYA) TIDAK TAHU TARIKH SEBENAR KAMI DECLARE SEBAGAI KAPEL! MUAHAHAHAHA.....

Ini memang fakta klasik! Kami tidak pernah declare secara rasmi sebagai kapel, kami meneruskan relationship tu atas dasar FAHAM-FAHAM SENDIRI! Dan Alhamdulillah, nikah jugak kami. Tak tahu masa bila stat serius, masa bila luah suka ke cinta ke, yang tahu bila sapa-sapa keluar dgn orang lain, mulalah stat nak jeles cam apa! Hahahaha..... Apekebende la ekkk..... Kami cuma ada tarikh tunang, 9 November 2007 dan tarikh nikah 22 Disember 2007 (Tarikh besday saya). 

Time Konvo di PICC 2006

FAKTA 3 : SAYA SEORANG ATLET PADA ZAMAN SEKOLAH, MATRIKULASI DAN UNIVERSITI

Opssssss..... Jangan terkejut ya! Walaupun saya berbadan besaq gabaq macam ini, saya sangat aktif bersukan terutamanya sekolah rendah, matrix dan zaman Universiti. Time sekolah rendah semua sukan saya masuk kecuali bola baling. Tak tahulah pasal apa, saya memang cannot go dengan bola baling! Tak terer baling bola kot.... Saya mewakili sekolah dan zon dalam sukan netball, saya mendapat tempat ketiga peringkat zon bagi acara LOMPAT JAUH! Ok, body besaq pun saya terbang jauhhhhhh... Hahahaha.....

Zaman sekolah menengah, form1-form3 saya stop sukan! Naik form4-form5 saya aktif balik bersukan. Saya join team Hoki MRSM Beseri bagi tahun 1998 dan 1999. Saya pun ada berjinak-jinak dengan game badminton. Masuk Matrikulasi saya join team netball Kolej Kurniawan pula. Masuk UPSI, saya mula bermain bola tampar, dan time ni adalah dalam 5-6 medal berjaya saya kumpul dari pelbagai kejohanan yang saya sertai. Bila dah jadi cikgu, saya aktif semasa belom ada anak saja. Selepas bersalinkan Fahim, saya bersukan time Hari Guru sahajalah.....

Antara medal yang saya dapat time di UPSI 2002-2006
Oklah, cukup 3 fakta yang rasanya ramai orang tak tahu pasal saya. Esok kt sambung dengan entry seterusnya. Pasal apa pulak ya??? Tungguuuuuuuuu......

Bye! Muahhhhhhhhhhhhh buat semua!

Kelebihan Ostematrix Untuk Semua

OSTEMATRIX, suplemen pebret saya dan suami! Ini merupakan suplemen yang boleh dikatakan wajib ditelan sebelum kami melelapkan mata. Setiap malam, memang masing-masing akan sama-sama mengingati supaya tidak terlepas mengambil Ostematrix ini. Tentu banyak kelebihan Ostematrix inikan sehingga kami tak pernah miss makan Ostematrix ni kannnnn..... 
Ostematrix juga merupakan antara HOT STUFF dalam kalangan customer Shaklee saya. Ada antara mereka yang mengamalkan Ostematrix bagi masalah lenguh-lenguh badan, sembelit, kejang kaki dan ada yang mengambilnya bagi memenuhi keperluan Kalsium harian mereka. Ostematrix akan membekal keperluan Kalsium harian kita. 

Jom kita lihat apakah KELEBIHAN OSTEMATRIX

1. Mengatasi Masalah Sembelit



Pengguna paling suka makan Ostematrix disebabkan membantu mereka mengurangkan "penderitaan" sembelit. Selepas mengambil Ostematrix, proses perkumuhan kembali lancar. Kandungan kalsium dan magnesium yang diadun dalam Ostematrix sebenarnya membuatkan proses pembuangan najis berlaku dengan lawasnya. 


2. Megatasi Rasa Kejang dan Kebas


Pengambilan Ostematrix secara konsisten mampu membantu kita semua mengatasi masalah kejang dan kebas. Ini kerana Ostematrix merupakan sumber Kalsium. Masalah kekejangan, sakit sendi dan arthritis juga boleh diatasi dengan mengambil Ostematrix ini. 


3. Mengurangkan Stress dan Membantu Anda Untuk Tidur Lena

Ini disebabkan oleh Ostematrix dapat mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf serta membaiki rentak jantung berdebar. Sebab itulah, mereka yang mengamalkan ostematrix secara konsisten boleh mengurangkan stress dan membantu mereka tidur lena. 


4. Membantu Merawat Gout


 Gabungan Ostematrix, Alfalfa Complex dan Performance Drinks dapat membantu seseorang meringankan penderitaan pesakit Gout. 


5.  Baik Untuk Ibu Hamil


Ostematrix membekalkan kalsium untuk keperluan nutrisi ibu mengandung. Jangan tak tahu, ostematrix ini sangat digemari ibu berpantang kerana mengatasi masalah sembelit. Kalsium dapat membantu pertumbuhan dan pembentukan tulang dan gigi janin. Selain itu Ostematrix membantu menghindarkan risiko osteopororis bagi ibu hamil.


6. Menguatkan Tulang dan Kuku


Salah satu kebaikan dan kelebihan Ostematrix adalah dapat menguatkan tulang dan kuku. Kalsium yang mencukupi menghalang tulang menjadi rapuh, selain membantu menghalang osteoporosis daripada berlaku.


7. Membantu Mengurangkan Kesakitan Semasa Haid / Period Pain


Kajian menunjukkan, dengan pengambilan sebanyak 1000 mg kalsium dan magnesium serentak, mampu mengurangkan sakit semasa haid / period pain. Oleh sebab inilah Ostematrix sering diburu oleh kaum wanita. 


8. Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis. 

Salah satu kebaikan dan kelebihan Ostematrix ini adalah kerana Ostematrix didatangkan bersama Zinc, Boron, Mangan dan Kuprum. Gabungan kesemua mineral ini membuatkan Ostematrix dapat mengatasi masalah lain yang bukan sekadar berkaitan kalsium sahaja.
 
Credit To : http://ummunuraini.blogspot.com

Banyak bukan kelebihan dan kebaikan Ostematrix ini kan. Jadi seharusnyalah Ostematrix ini menjadi suplemen wajib setiap orang. Selain mendapat kelebihan di atas, keperluan Kalsium harian anda pasti dipenuhi dengan pengambilan Ostematrix ini. Jangan dilupa juga untuk mengambil makanan yang mengandungi Kalsium. 

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ostematrix, hubungi sahaja :
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Punca-punca Masalah Jerawat Anda!

Jerawat? Ohh...TIDAK!!!! Semua orang fobia dengan jerawat, lagi-lagi wanita. Seperti mana yang diketahui, jerawat adalah fenomena biologikal yang terjadi pada kulit akibat masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak pada kulit. Biasanya, jerawat ini sering muncul pada bahagian kulit muka, leher dan badan. Kenapa jerawat ini berlaku? Sebenarnya, banyak punca masalah jerawat ini timbul.



Jerawat dinggap perkara yang mengganggu kelenjar dalam lapisan kulit. Apabila liang roma pada permukaan kulit tersumbat, ini akan mengakibatkan jerawat mula timbul pada kulit muka, belakang badan dan leher. 

Secara mudahnya, jerawat ini terjadi apabila sebum (bahan berminyak/berlilin yang dikeluarkan oleh kelenjar) , bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Jom kita kenal pasti punca-punca masalah jerawat kita. Apabila punca sudah dikenal pasti, maka mudahlah kita mencari jalan untuk memulakan rawatan. 

PUNCA-PUNCA MASALAH JERAWAT 
(Sumber : Bicara Cantik bersama Dr Jamil - Berita Harian)

1. Perubahan Hormon


Apabila usia menginjak remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah kulit kerana perubahan hormon yang dikenali sebagai hormon adrogen. Inilah punca sebenar kenapa ramai remaja yang menghadapi masalah jerawat. Perkara ini adalah normal dan lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin kurang berbanding pada usia remaja. 

2. Bakteria

Propionibacterium acnes adalah bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Mereka yang mempunyai jerawat yang banyak mempunyai propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding kulit orang yang tidak berjerawat. 
Propionibacterium acnes


3. Pemakanan

Punca jerawat disebabkan oleh diet atau pemakanan mungkin belum dapat dibuktikan dengan jelas dan terperinci. Namun begitu, pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Insulin merupakan hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon lain dalam tubuh kita termasuklah hormon adrogen yang menjadi punca tumbuhnya jerawat pada muka, belakang badan dan leher. 

4. Rambut

Rambut? Apa kaitan rambut dengan jerawat? Sebenarnya rambut turut menjadi punca masalah jerawat, terutamanya rambut pada dahi dan pipi. Sebum dan kelemumur yang keluar daripada rambut apabila terkena pada kulit muka dalam jangka masa yang panjang akan mengakbatkan radang dan menyubat liang pada kulit wajah. Akibatnya, jerawat pasti muncul di wajah. 


5. Stres

Apabila seseorang berada dalam keadaan stres yang tinggi, ini boleh memberi kesan kepada jerawat dan mengakibatkan radang jerawat yang teruk. Dalam keadaan stres yang terlampau, badan akan melepaskan hormon adrogen dan adrenalin akan dikeluarkan secara berlebihan dan menjadi punca jerawat timbul.


6. Alat Solek


Pastikan alatan solek anda semua berada dalam keadaan bersih dan selamat. Jika tidak diibersihkan dengan betul selepas memakai alat solek boleh memburukkan lagi keadaan jerawat di kulit muka. Anda dinasihatkan supaya membersihkan wajah dahulu sebelum tidur bagi mengelak jerawat tumbuh. 

7. Matahari

Walaupun bukan punca utama masalah jerawat, haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit kita berpeluh, berminyak dan liang roma menjadi tersumbat.

8. Pakaian


Tidak ramai yang mempunyai masalah jerawat di belakang badan. Hal ini sebenarnya berpunca daripada jenis pakaian kita. Dalam keadaan iklim tropika seperti di negara kita, badan kita akan cepat berpeluh, dan ini mengakibatkan ribuan kelenjar dan liang roma memerangkap sebum. 


Ini merupakan antara punca masalah jerawat kita. Selepas mengenalpasti punca-punca, barulah kita boleh mencari kaedah rawatan yang sesuai dengan masalah kita. Ini memudahkan kita mencari jalan bagi menyelesaikan masalah jerawat. 

Antara kaedah rawatan yang sering digunakantermasukalah pengambilan ubat jerawat yang disediakan dalam bentuk seperti krim, losen, gel, pencuci bentuk cair serta ubat makan. Antibiotik juga boleh membantu menghalang pembiakan bakteria, mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat.


Baiklah, silalah check punca-punca masalah jerawat anda dan selepas ini bolehlah mencari kaedah rawatan bersesuain dengan masalah yang dihadapi. 

Jika anda ingin selesaikan masalah jerawat ini dengan Shaklee, hubungi sahaja :

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 



ESP Shaklee | Testimoni Kulit Cantik, Bebas Jerawat dan Berseri

ESP Shaklee merupakan salah satu HOT STUFF Shaklee. ESP Shaklee sentiasa menambat hati para pengamal suplemen. Dannnn.... Saya juga merupakan antara ribuan penggemar ESP Shaklee. Kebetulan pada bulan ini, sekali lagi Shaklee mengadakan promosi BUY 6, FREE 1 bagi ESP Shaklee.  Pendek kata, masa inilah waktu terbaik anda membuat stok ESP Shaklee itu. Harganya pasti menawan, dan semestinya anda bayar untuk 6 canister, tapi anda dapat 7 canister ESP Shaklee.

Ada antara kita mengambil ESP Shaklee untuk menyusu, ada yang ambil untuk slimming,  untuk ibu hamil, untuk menjadikan badan lebih bertenaga dan untuk mendapatkan kulit yang cantik, bebas jerawat, berseri dan gebu. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa testimoni positif daripada beberapa orang pengguna ESP Shaklee khas untuk masalah kulit.

Semua orang sedar bahawa, ESP Shaklee merupakan sumber protein terbaik yang dihasilkan oleh Shaklee. Dihasilkan tanpa pengawet, perisa tiruan mahupun pewarna tiruan.



Ramai yang memilih ESP Shaklee untuk mendapatkan kulit cantik, bebas jerawat dan berseri-seri.. Pendek kata pengambilan ESP Shaklee secara konsisten bersama set suplemen yang ditawarkan oleh Shaklee mampu menjadikan kulit kita makin cantik, bebas jerawat dan berseri-seri. Bukan saya mahu overclaim, tapi lihat saja testimoni di bawah ini.


Testimoni 1 :
Menurut pengguna ini, kulit wajahnya tidak mempunyai masalah jerawat tetapi dia mengatakan kulitnya agak kurang cerah. Namun selepas pengambilan ESP Shaklee dan juga Set D Shaklee, dia berjaya mendapatkan kulit wajah yang cerah dan apabila berada di kawasan terbuka, kulitnya tidaklah "rentung" teruk seperti sebelum ini.



Testimoni 2 :
Bagi pengguna ini pula yang memang mempunyai kulit muka yang sensitif, ESP Shaklee berjaya mengurangkan jerawat di wajahnya. Dan paling best, parut jerawat semakin pudar dan kulit semakin ok. Ini kerana ESP Shaklee menggantikan sel-sel kulit mati yang menyebabkan binti-bintik hitam pada kulit dengan sel-sel baru yang lebih segar. Lebih cepat sel-sel mati diganti, lebih cepat kulit akan dirawat.


Testimoni 3 :
Pengguna ini mengambil ESP Shaklee untuk penyusuan dan sebenarnya berkongsi penggunaan bersama suami. Ternyata selain membantu proses penyusuan, ESP Shaklee memberi bonus lain kepadanya. Muka menjadi kemerah-merahan, dan tangan suami yang patah juga sudah kurang lenguhnya.



Testimoni 4:
Minum ESP Shaklee kulit jadi lembut? Ya, itulah berlaku kepada pengguna ESP Shaklee ini. ESP Shaklee inikan sumber protein, dan kita tahu protein amat penting dalam pembentukan sel-sel baru dalam tubuh. Dengan pengambilan secara konsisten menjadikan sel-sel lama atau yang sudah mati akan diganti dengan sel-sel baru.



Testimoni 5 :
Kebanyakkan pengguna ESP Shaklee pada mulanya mengambil suplemen ini bagi tujuan penyusuan. Namun, lain pula jadinya selepas itu. Kenapa saya kata begitu? Lihat pengguna di atas, selepas pengambilan selama 4 bulan, kulit muka menjadi semakin gebu dan berseri. Kulit sudah tidak berminyak, jerawat semakin susah nak timbul dan paling syok "dark circle" sudah hilang. Siapa tak suka jika selama ini dihantui masalah itu, akhirnya berjaya diselesaikan dengan pengambilan suplemen Shaklee ini.


Ok, seronok bukan membaca antara testimoni positif selepas pengambilan ESP Shaklee ini. Saya sendiri merupakan pengguna tegar ESP Shaklee ini. Pengambilan bertujuan untuk membantu saya mendapatkan tenaga selepas penat bekerja, namun bonusnya saya turut mengalami pengalaman seperti mana mereka di atas, Kulit cantik, bebas jerawat dan berseri-seri. Di bawah ini gambar saya bersama adik-adik saya. Saya yang memakai tudung berwarna Pink itu. Adik saya juga yangberada paling depan pengguna ESP Shaklee. Alhamdulillah, pengambilan secara berterusan memang memberi kesan positif kepada kami.


Jom rasai kenikmatan ESP Shaklee dan aura positinya! Kulit cantik, bebas jerawat dan berseri-seri. Siapa yang tak mahu kannnnnnnn......

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:
 
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Produk Shaklee Untuk Tulang Patah Akibat Kemalangan

Pada minggu lepas saya telah mendapat satu WhatsApp daripada seorang customer dari Skudai. Dia bertanya mengenai produk Shaklee untuk tulang patah. Menurut cerita daripada Habsah, adiknya telah mengalami kemalangan dan akibat daripada kemalangan tersebut, kaki adiknya telah patah. Sekarang adiknya terpaksa menangguh pelajaran sementara kakinya kembali sembuh. Berikut erupakan jenis-jenis patah yang sering dialami oleh pesakit;

Jenis-jenis patah tulang

Baiklah, bagi membantu Habsah dan juga mereka yang mengalami masalah tulang patah saya telah mencadangkan Set Shaklee yang bersesuaian. Setiap suplemen tersebut memainkan peranan penting bagi proses penyembuhan.

1. OSTEMATRIX

Ostematrix merupakan suplemen Kalsium Shaklee yang membantu menguatkan tulang, membantu fungsi saraf dan mengelakkan kekejangan otot akibat kemalangan. Ostematrix Shaklee ini dirumus dengan kandungan :


 2. ESP

ESP merupakan sumber protein terbaik yang dihasilkan tanpa perasa tiruan, pewarna dan pengawet. Protein amat penting diperlukan bagi membina semula tulang yang patah atau retak. Protein juga diperlukan bagi pertumbuhan sel-sel baru yang tercedera atau mungkin sudah mati. 


3. OMEGA GUARD

Omega Guard boleh melambatkan degradasi tulang rawan pada sendi, membaiki sendi yang tercedera akibat patah. Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir dan membantu untuk bergerak dengan lebih senang. Sebagai bonus juga, Omega Guard bertindak memelihara kesihatan jantung serta mampu mengawal kolestrol dalam darah.

4. ZINC COMPLEX

Dan, jika anda ada menjalani pembedahan bagi merawat masalah tulang patah ini, saya sarankan anda mengambil Zinc Complex sebagai tambahan. Ini kerana Zinc Complex mampu membantu dalam mempercepat proses baik luka. Zinc Complex membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zinc penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun - semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka.

Jika anda mengalami masalah seperti adik Habsah di atas, anda boleh berikhtiar dengan Suplemen Shaklee ini. Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:
 
Fariza Ramli
013-9853706 / 019-9955980
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

KALENDAR 2015 Cuti Hujung Minggu Yang Panjang

Tahun 2014 kian berlalu, dan 2015 semakin hampir. Dannnnnnn.....semestinya kita semua tidak sabar menantikan tahun 2015 kan??? Ini kerana pada tahun 2015, terdapat 11 KALI CUTI HUJUNG MINGGU YANG PANJANG! Jika dilihat secara lalu, banyak cuti jatuh pada hari Isnin, Jumaat dan Sabtu. Ini memang berita baik buat semua!
  • Bagi individu yang suka melancong, anda boleh mula fikir-fikirkan plan yang superb!
  • Bagi ibu bapa pula, bolehlah menyusun jadual bagi rancangan anda sekeluarga!
  • Bagi masyarakat yang suka kenduri-kendara, bolehlah pilih tarikh sesuai nak buat kenduri of the year itu!
  • Bagi pihak sekolah, plan aktiviti yang tidak menyusahkan sesiapa! (Saya cikgu yg suka cuti-cuti ni..hihihi)
  • Bagi media massa, planla tayangan-tayangan best-best sikit untuk mengisi masa lapang kami semua! 

Pendek kata, semua bolehlah plan awal-awal bermula sekarang ini.Saya pun mahu plan jugak ni... tapi cuti saya hanya untuk kampung! Kampung! Dan kampung sahaja! Muahahaha....

SILA TERJAH KALENDAR 2015



Sila gunakan cuti yang ada dengan aktiviti berfaedah. Yang mana berkeluarga, bolehlah meluangkan lebih banyak masa untuk bersama family tersayang. 

Semoga kalendar ini bermanfaat buat semua! Selamat merancang cuti....