Back To School! Bila Masa Si Tua Belia Masuk Sekolah.

Back To School! Itulah tema hari guru sekolah saya bagi tahun 2015. Seronok dan mengujakan kerana kebanyakkn cikgu di sekolah saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan. Dan ini merupakan peluang untuk kami semua fefeeling jadi budak sekolah kembali. 

Saya meninggalkan zaman sekolah sudah 15 tahun. Saya bermula dengan Tadika Yayasan Islam Besut, kemudian Sekolah Rendah Tengku Mahmud, naik sekolah menengah saya ke Sekolah Menengah Tengku Mahmud dan last sekali di MRSM Beseri, Perlis.

So, persiapan untuk memenuhi kehendak tema dibuat bersama-sama hubby saya. Kebetulan pula sekolah dia pun menyambut dengan tema yang sama. Semua kena baru sebab nak pinjam budak punya tak ada saiz yang muat! Gemok kannnnnn... Hihihi baju, kain, tudung dan kasut sekolah. Semuanya dalam RM77. Not bad...

Serius bes hari tu sebab boleh jadi budak sekolah balik. Zaman sekolah dulu saya ni kategori tak nakal, tak skema. Kira, jenis ikut peraturan tapi time langgar, langgar secara berjemaah. Hihihi...

Macam biasalah acara hari guru kan. Mula dengan ucapan, ikrar guru, nyanyian, persembahan dan acara penyampaian hadiah. Hadiah saya? Ohhh... Saya bukan Cikgu Fofular pun di sekolah, jadi hadiahnya tidaklah melimpah ruah. Paling syok, dapat tudung AJ lagi. Tq Atiqah Farhana! Hihihi... Dan, part paling saya suka ialah part makan-makan-makan-makan dan makan, pastu acara bergambo! 

Kami dijamu makan di LC Catering Taman Sentosa, Johor Bahru. Laksa Johor depa memang mabeles! Roti jala pun not bad, nasi pun bolehla... Kenyang!!! 

Jomlah kita layan beberapa gambo yang diambil hari tersebut. Memang enjoy habis! Biatlah orang nak cakap HARI GURU HARI SYOK SENDIRI, AAK? Hihihi... Mak tak kesah! 

Cikgu Jaja dan Cikgu Tajul

Kenangan bersama Puan Ang Wee Wee, mantan Pengetua

Peace Yo!!!

Bacaan ikrar Guru

Back To School!!!!

Sesungguhnya zaman sekolah itu merupakan zaman yang paling kita rindu selepas meninggalkannya. Zaman itu kita bebas dalam erti kata kita tak perlu lagi memikirkan persoalan dunia, kerja dan sebagainya. Tugas kita hanya belajar dan score dalam exam. 

Saya rindu kawan-kawan saya, dari zaman sekolah rendah hingga sekolah menengah. 1001 kenangan dicipta, kenangan suka dan duka. 

Oklah adik-adik, stadi rajin-rajin ya. Score tinggi-tinggi dan teruskan usaha hingga berjaya. Hormatilah guru anda, sayangi mereka. Fokus di dalam kelas. Ini semua akan menjadi kenangan selepas anda meninggalkan alam persekolahan kelak. Kenangan yang mahal yang mana tak mampu dibayar dengan nilai wang ringgit. 

Terima kasih Cikgu! 
Keranamu Cikgu, aku berjaya menjadi seorang Cikgu jua.
Keranamu Cikgu, aku berjaya membina hidup yang stabil.
Keranamu Cikgu, aku berjaya melalui hidup dengan penuh keindahan. 



Rawat Keputihan Sebelum Parah

Keputihan dan wanita, memang itu sesuatu yang normal dan sering berlaku. Tetapi rasanya masih ada antara kita yang kurang faham apakah itu KEPUTIHAN? Mereka menganggap masalah keputihan ini benda enteng dan mereka tidak tahu pun apa punca apatah lagi cara mengatasinya. 

JANGAN AMBIL MUDAH YA KAWAN-KAWAN KERANA MASALAH KEPUTIHAN BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA YANG KITA SENDIRI TIDAK JANGKAKANNYA. 

APAKAH ITU KEPUTIHAN?

Keputihan itu ialah cecair yang berlebihan keluar daripada vagina (kemaluan wanita). Hal ini boleh terjadi kepada wanita tanpa mengenal usia. Keputihan ini boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu NORMAL atau BERPENYAKIT. Sila check kembali keputihan jenis mana yang menyerang diri anda :

NORMAL     : Cecair berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal.
PENYAKIT  : Cecair berwarna kekuningan/kehijauan, berbau, beretul-ketul kecil dan gatal.





APAKAH PUNCA KEPUTIHAN BERLAKU?

Antara punca keputihan adalah :
  • Perubahan hormon - wanita sering mengalami perubahan hormon dan kitaran haid juga dipengaruhi oleh perubahan hormon
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Keadaan terangsang seksual juga boleh menambahkan keputihan
  • Jangkitan bakteria seperti :
    • Bacteria vaginosis - lelehan berbuih dan berbau hanyir
    • Kuman Gardneralla - lelehan cair berbau busuk
    • Kuman Chlamydia - jarang menyebabkan lelehan
    • Trichomonas vaginitis - lelehan keputihan atau tidak berwarna
    • Kulat Candidiasis - keputihan seperti kepingan susu basi yang perlu dirawat

BAGAIMANAKAH CARA ATASI KEPUTIHAN?

Jangan dibiarkan masalah keputihan ini berterusan. Kita perlu tahu cara mengatasinya. Berikut cara mengatasinya :
  1. Meminum air rebusan pucuk pegaga berserta akarnya 2kali sehari - amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu hilang.
  2. Cuci kemaluan dengan air daun sireh - ramas 12 helai daun sireh dengan air suam. Selain dapat megurangkan masalah keputihan dan rasa gatal, ia juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
  3. Jika menggunakan panty liner, gantikannya dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan.
  4. Berjumpalah dengan doktor jika masalah keputihan yang dialami adalah teruk.
  5. Elak daripada menggunkan cecair pencuci vagina kerana tidak semua orang sesuai menggunakannya.
  6. Cara mengatasi yang mudah dengan menggunakan Set Keputihan Shaklee :
ALFALFA COMPLEX UNTUK WANITA TIDAK HAMIL
  • Mempunyai sifat antikulat
  • Bertindak seperti kacip fatimah
  • Membuang angin dan toksin dalam badan
GARLIC COMPLEX BAGI WANITA HAMIL
 
  • Antibiotik semulajadi yang boleh memusnahkan kulat dan bakteria
  • Mempertingkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan rasa gatal
Sekiranya anda berminat bagi mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, anda boleh menghubungi saya seperti maklumat berikut :

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang, Johor
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara.
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
 

Atasi SUNBURN Dengan VIVIX

Hai semua! Mula-mula nak tanya, sapa selalu menghadapi masalah sunburn? Anda, anda, anda dan anda? Ok, saya baru sahaja mengalami fasa TERBAKAR itu pada bulan April yang lepas. Seperti mana yang anda semua tahu, saya seorang CIKGU. Jadi, bila nama cikgu memang kena aktif beraktiviti. Join sukan sekolah, pertandingan bola jaring, pertandingan bola tampar, pertandingan kawad kaki dan macam-macam lagi yang memaksa saya bekerja di bawah terik mentari. Hasilnya, kulit wajah saya rentung, hitam dan hangus! 

Anda lihat sendiri kulit wajah saya yang memang berbeza warna kulitnya hingga menghasilkan 2 tone warna berlainan pada muka. Hihihi...

Gerun? Ya, pastinya saya gerun! Kecantikan dan wanita berpisah tiada... Setiap kali bertemu kawan-kawan, pasti mereka terkejut. Students saya pun sama, menyoal saya dengan pelbagai soalan dan sebenarnya mereka ingin tahu KENAPA SAYA HITAM? Hahahaha....

Bermula pada bulan Mac hingga awal Mei saya terpaksa berpanas terik di bawah sinaran matahari kerana terlibat dengan aktiviti sekolah. Dan, pada akhir Mei saya kena kembali ke kulit asal kerana ingin kelihatan cantik dan gojes pada hari pernikahan adik lelaki saya! OMG!!! Saya hanya ada masa yang singkat untuk kembali pulih! 

APA YANG SAYA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH INI?

Saya bernekad ketika itu untuk konsisten mengambil suplemen untuk mendapatkan warna kulit asal. Jadi saya telan VIVIX pada setiap hari. Sesudu sehari di samping pengambilan vitamin C Sustained Release, GLA Complex dan B Complex. Dan pada pendapat saya, VIVIX telah membantu saya mendapatkan kulit asal dengan lebih cepat kerana ramuan hebat VIVIX membaiki kulit wajah hingga ke sel. 

Apa kelebihan VIVIX?

Ramuan VIVIX ini boleh menolong MELAMBATKAN PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR. 
Apabila kulit kita dirawat dari dalam lagi, ini membolehkan masalah saya dapat diselesaikan dengan segera ditambah lagi Vivix kaya dengan antioksidan. VIVIX memberi impak positif kerana mampu :


Setiap hari saya akan membancuh sesudu VIVIX bersama air ribena atau Sunquick sejuk dan minum. Sedap dan menyelerakan! Saya juga konsisten dengan Vitamin C Sustained Release menjadikan kulit menjadi cerah, melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen. GLA Complex membantu saya mengawal jumlah minyak pada kulit wajah dan B Complex yang memberikan saya tenaga serta melawan tekanan.Hasilnya???


 
Yessssss!!!! Saya berjaya mendapatkan kembali warna kulit asal saya. Hehehe.. Ini adalah gambar yang diambil pada malam akad nikah adik lelaki saya iaitu pada 29 Mei 2015. Dalam masa 3 minggu saya berusaha keras, dan hasilnya lumayan!!! ALHAMDULILLAH. 















Dan hingga sekarang saya mengamalkan VIVIX ini. Mahal? Harga mahal pun masih menjadi buruan ramai kerana kesannya amat mengujakan bukan? Oh, selain membantu saya mengatasi masalah kulit, VIVIX juga mampu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan memberikan tenaga pada tahap selullar.

Jangan berlengah lagi untuk dapatkan VIVIX ini. Sempena Julai ini, Shaklee mengadakan promosi besar-besaran VIVIX si tonik ajaib ini.
 
Anda boleh dapatkannya dengan harga yang lebih murah dan jimat.
  • Buy 6 get 1 Free 
  • Buy 2 get 5% Discount
Sekiranya anda berminat bagi mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, anda boleh menghubungi saya seperti maklumat berikut :

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang, Johor
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara.
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 
 
 

7 Tips Kembali Segar Selepas Menyusu

Saat menyusukan anak merupakan salah satu saat atau momen-momen indah yang terbina antara ibu dan bayi. Proses penyusuan ini juga menjadikan hubungan antara ibu dan anak smakin erat dari segi emosi.

Rindu zaman kecil Fahim dan Farhan!

Tetapi, ada antara ibu-ibu yang mengadu penat selepas menyusu. Hal ini sentiasa terjadi pada awal-awal proses penyusuan bermula, yakni pada awal-awal bulan kelahiran. Ada yang sering berasa lapar serta berasa dahaga selepas menyusukan bayi. Akibatnya, badan kita akan mejadi letih dan lesu, akhirnya penampilan kita yang gojes juga makin pudar! Ada atau tidak ibu-ibu yang mengalami situasi seperti ini? 

Saya pun sebenarnya pernah mengalami situasi seperti ini pada saat-saat menyusukan anak-anak saya dulu. (Last menyusu pada 2012). Letih, penat, kusam, lesu, suram! Time itu memang saya fikir nak stop bf baby saya! Hihihi... 

Sekarang banyak tips yang dikongsi oleh banyak pihak mengenai cara untuk KEKAL SEGAR SELEPAS MENYUSU. Jadi tiada alasanlah kita untuk stop bf baby kita. Jom kita terjah tips tersebut :

  1. Halia. Ya, halia boleh membantu kita untuk menambah tenaga dalam badan. Kita boleh mengambil sama ada makanan atau minuman yang mempunyai halia. Halia membantu kerana mempunyai kronium, magnesium dan zink yang bagus untuk membaiki aliran darah. Halia juga dapat meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting di dalam badan.
  2. Kita perlu memakan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat. Kita juga boleh makan snek berkhasiat. Enam "hidangan kecil" sepanjang hari dapat mengekalkan kandungan gula dalam badan.
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter sehari bagi mengekalkan kandungan cecair di dalam badan.
  4. Selepas menyusu, kita boleh minum segelas susu bagi menambah tenaga segera dan mengurangkan rasa lapar.
  5. Pada waktu ini, tahap kelaparan kita amat tinggi. Sekejap-sekejap, pasti kita menjadi lapar. Jika ingin mendapatkan bentuk badan idaman dan berat ideal selepas bersalin, kita boleh makan biskut tawar (cracker). Jika ingin makan makanan berat yang lain, boleh. Namun haruslah berpada-pada.
  6. Tidur dan rehat secukupnya penting bagi mengecas semula tenaga sebaik sahaja menyusukan anak.
  7. Dan, posisi menyusu secara berbaring mampu mengurangkan rasa letih. Ini berdasarkan pengalaman para ibu yang menyusukan anak. 

Baiklah, ini antara tips yang boleh kita amalkan bagi menikmati momen-momen indah menyusu bersama si cilik. 

Kongsikan bersama rakan-rakan ataupun saudara anda jika tips ini membantu kita semua kembali cergas selepas menyusukan anak. 

Selamat mencuba! 

Sumber : Majalah Ibu & Anak (Disember 2014) 


Cantik Dengan Ais

Ais, sejuk dan menyamankan! Tetapi orang-orang tua selalu melarang kita semua mengamalkan ais. Kata mereka, ais boleh menyebabkan sakit jantung, sakit urat dan bermacam-macam lagi alasan mereka. 

TETAPI, ADAKAH ANDA TAHU AIS AMAT BERGUNA UNTUK KECANTIKAN?

Ya, ais mempunyai kegunaan dan boleh membantu kita untuk kekal CANTIK.

AIS!

Bagaimana ais membantu kita semua untuk kekal cantik? Caranya amat-amatlah mudah, senang, ringkas dan murah sahaja! Ambil ais, dan tekapkan atau gosokkan pada bahagian yang bermasalah tersebut. Mudah bukan?

Jom kita lihat apakah kegunaan ais untuk cantik :

1. MENGECILKAN RUANG PORI-PORI PADA WAJAH

Ais ini dikatakan penawar paling efektif untuk membantu kita meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, ambil ais dan bungkus dalam tuala. Kemudian tekapkan pada wajah kita.  

2. MENGUBATI MATA SEMBAP

Akibat kurang tidur atau keletihan, mata kita boleh menjadi sembap. Ini boleh mengakibatkan wajh gojes kita nampak tidak bermaya dan tidak sihat. Macam mana cara untuk atasinya? Katakan mudah dengan AIS sahaja. Ambil ketul ais, balut juga dengan tuala, gosok perlahan-lahan pada kawasan mata. Kesejukan air akan memberikan efek yang menenangkan di kawasan mata.

3. JERAWAT

Jerawat, antara perkara atau benda yang digeruni oleh wanita khususnya! Apabila timbul sahaja jerawat pada wajah, cepat-cepat ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat secara lembut dan perlahan-lahan. Ais boleh mengurangkan kesan bengkak dan kemerahan. Jangan tak tahu, ais juga boleh menyeimbangkan pengeluaran minyak pada wajah serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat. 

4. MENGURANGKAN BULU-BULU HALUS

Jika anda mempunyai bulu-bulu halus di sekitar wajah, rawatan ais juga mampu mengurangkan masalah ini. Untuk mendapatkan rawatan ais, apa kata anda kunjungi HOME SPA ICE THERAPHY yang terletak di Seksyen 11, Shah Alam. (Saya tak ada ambil komisyen apa-apa tahu untuk promo spa ini! Hehehe...)

5. WAJAH LEBIH ANJAL, LEMBUT DAN GEBU

Anda inginkan kulit wajah yang anjal, lembut dan gebu? Jika nak, amalkan amalan menyapu ais pada wajah sebanyak 3 kali seminggu. Ya, hanya 3 kali seminggu. InsyaAllah, kulit anda boleh menjadi anjal, lembut dan gebu!

Mudah bukan? Dan pasti MURAH! Tanpa mengeluarkan modal yang besar, anda juga boleh cantik dengan ais. Jadi, anda boleh memulakannya sekarang. 

Sumber : Majalah iSihat Mac2015


Atasi Masalah Keguguran Rambut

Rambut gugur cukup ditakuti oleh wanita dan lelaki. Rambut ini dianggap seperti MAHKOTA kepada mereka, terutamanya wanita. Apabila berlakunya masalah keguguran rambut, mereka akan mencuba apa sahaja cara bagi mengatasi masalah ini. 


Sebelum mencuba pelbagai cara tersebut, eloklah kita mencari punca kenapa rambut kita gugur? Perlu diingat, secara normal pun, rambut akan gugur antara 50-100 helai sehari. Jika jumlahnya berlebihan, anda memang sedang menghadapi masalah kekeguguran rambut.

Jom semak punca KENAPA RAMBUT KITA GUGUR?
  1. Kekurangan Nutrisi terutamanya Protein. Protein amat penting untuk menguatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
  2. Gaya rambut seperti getah rambut, pewarna, alat mengering, meluruskan atau menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak.
  3. STRES! Ya, stres juga boleh akibatkan rambut gugur. Jadi elakkan daripada stres.
  4. Masalah tiroid yang mana berkaitan dengan masalah hormon turut menjadi punca rambut akan gugur.
  5. Keadaan kulit kepala yang berfungus, psoriasis atau kelumumur boleh menyebabkan rambut gugur.
  6. Penyakit kulit seperti Alopecia areata boleh menyebabkan rambut gugur pada bahagian kepala dan badan. 
Baiklah, kita sudah pun tahu PUNCA RAMBUT ANDA GUGUR bukan. Jadi, barulah kita boleh mencuba cara untuk mengatasi masalah ini. Mungkin kita boleh mencuba cara tradisional atau moden. Penjagaan dari luaran dan dalaman juga perlu dititikberatkan bagi mengatasi keguguran rambut ini.


ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Di Shaklee, kami turut menawarkan beberapa pilihan vitamin bagi mengatasi keguguran rambut. Pilihan ini dibuat mengikut bajet anda! Anda pelanggan kami, dan anda berhak memilih sendiri produk yang disyorkan. 

BAJET EKONOMI
ZINC COMPLEX 


Kekurangan Zinc di dalam tubuh boleh mengakibatkan rambut kita gugur. Setiap hari, kita memerlukan secara puratanya sebanyaknya 25mg higga 30mg Zinc. Sebiji Zinc Complex mampu membekalkan 15mg Zinc. Belum mencukupi bukan? Jangan risau, selain daripada Zinc kita turut mengambil makanan yang mengandungi kandungan zinc seperti daging, sayur dan buah-buahan. 

KANDUNGAN : 120 biji sebotol
HARGA          : RM 33.75 sebotol 


BAJET MEDIUM
ESP
Rambut dihasilkan oleh protein keratin. Kekurangan protein di dalam tubuh juga mengakibatkan rambut gugur. ESP merupakan sumber protein terbaik kepada tubuh kita. Dengan pengambila ESP, kita boleh mengelakkan rambut daripada rapuh dan gugur.

KANDUNGAN : 800gm
HARGA          : RM 150

Jika anda mempunyai bajet mengcukupi, saya menyarankan kepada anda untuk mengambil kedua-duanya sekali. Atasi masalah ini dengan segera sebelum menjadi lebih parah! 

Sekiranya anda berminat bagi mendapatkan produk Shaklee yang bermutu tinggi ini, anda boleh menghubungi saya seperti maklumat berikut :



Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang, Johor
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara



*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Resipi Piza Roti Gardenia Untuk Orang Malas

Bunyi macam teruk pulak ya, RESIPI PIZA TOTI GARDENIA UNTUK ORANG MALAS! Hahahaha... Kenapa??? Sebabnya resipinya amat mudah dan senang dan simple, malas-malas pun boleh bikin piza roti Gardenia ini! Sebab itulah tajuknya begitu... Hahahaha... Bukan sebab Piza Roti Gardenia ini bagi khas untuk orang malas...

Ini semua pengaruh rakan sebaya! Selepas Azeni buka cerita pasal piza homemade yang sedap dan mudah itu, sifat rajin itu tiba-tiba muncul dalam hati ini. Maka terhasillah PIZA ROTI GARDENIA yang sedap! Mabeles!

Piza Roti Gardenia ini amat mudah bermula daripada proses penyediaan bahan hinggalah proses membikinnya.

Jom terjah dapur kecil Mamagiant!!! 🙋🙋🙋

Bahan-bahan :

1. Kepingan sosej yang direbus terlebih dahulu.
2. Kepingan ketam yang direbus terlebih dahulu.
3. Capsium 

4. Sos pasta (Tak kisah jenama apa)
5. Planta.
6. Serbuk Parsley dan Oregano.
7. Cheese.
8. Roti Gardenia

Proses membuatnya :

1. Sapukan permukaan roti dengan planta.
2. Kemudian, sapukan pula sos pastake atas roti tersebut.
3. Susun kepingan sosej, ketam dan capsium mengikut citarasa anda sendiri.
4. Taburkan hirisan cheese ke atas roti tadi mengikut kehendak anda. Jika suka cheese, tabur saja banyak...
5. Taburkan sedikit serbuk Parsley dan Oregano dan ready untuk dibakar.
6. Bakar sekejap di dalam oven atau pemanggang ajaib dengan suhu yang tidak terlalu panas.

Kenapa suhu tidak boleh terlalu panas? Saya nak elak roti Gardenia terse but HITAM @ HANGIT. Jangan ambil masa lama, cukuplah sekadar cheese tersebut cair dan meleleh atas permukaan roti tersebut.

SIAP!!!


Ini contoh Piza Roti Gardenia yang sudab siap untuk dibawa ke sekolah! 

Selamat mencuba!!! 

Rahsia Tomyam Pekat Likat Memikat

Sapa sini penggemar makanan Thai???
Saya sudah semestinya la kan sebab memang ada darah belah sana... Mana mungkin harus melupakan asal usul sendiri. Hihihi...

Tomyam, siakap stim lemon, somtam (kerabu mangga @ betik) kerapu tiga rasa, gang keow wan (kari hijau siam) dan banyak lagilah. Sememangnya mabeles, delicious, nyummyyy!

Jadi hari ini saya rasa saya nak share dengan anda semua 1 resipi yang memang mudah, senang dan sedap! Apa itu? TOMYAM!!! Yang ini memang pekat likat memikat!

Bahan-bahan
  • 500 gram daging ayam (nak daging lain pun boleh)
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan air
  • 1 inci lengkuas (agak-agak je...)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 3-4 biji cili api (kalau suka pedas)
  • daun ketumbar
  • 2-3 sudu perencah tomyam (apa-apa jenama pun boleh)
  • cendawan (kalau suka)
  • Garam dan gula (jika perlu)
  • 1 biji limau (perah airnya)

Cara memasaknya :
  1. Masukkan santan, air, bawang putih, hirisan lengkuas, serai dan daun limau purut ke dalam periuk dan biarkan menggelegak di atas api perlahan.
  2. Masukkan ayam dan bawang besar. Masak sehingga ayam itu masak barulah masukkan tomato dan cili api.
  3. Apabila ayam sudah masak, barulah masukkan perencah tomyam, cendawan dan daun ketumbar.
  4. Air perahan limau dan daun ketumbar (extra) ditambah apabila sedia dihidangkan. 
  5. SIAP!!!
Mudah bukan? Senang bukan?
So, apa lagi, cari bahan dan terus ke dapur! Memang akan jadi seperti tomyam yang kita selalu imaging pekat likat memikat itu!!!

Kredit to : www.koleksi1001resepi.com
Baiklah, selamat mencuba!