Back To School! Bila Masa Si Tua Belia Masuk Sekolah.

7/03/2015 Unknown 0 Comments

Back To School! Itulah tema hari guru sekolah saya bagi tahun 2015. Seronok dan mengujakan kerana kebanyakkn cikgu di sekolah saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan. Dan ini merupakan peluang untuk kami semua fefeeling jadi budak sekolah kembali. 

Saya meninggalkan zaman sekolah sudah 15 tahun. Saya bermula dengan Tadika Yayasan Islam Besut, kemudian Sekolah Rendah Tengku Mahmud, naik sekolah menengah saya ke Sekolah Menengah Tengku Mahmud dan last sekali di MRSM Beseri, Perlis.

So, persiapan untuk memenuhi kehendak tema dibuat bersama-sama hubby saya. Kebetulan pula sekolah dia pun menyambut dengan tema yang sama. Semua kena baru sebab nak pinjam budak punya tak ada saiz yang muat! Gemok kannnnnn... Hihihi baju, kain, tudung dan kasut sekolah. Semuanya dalam RM77. Not bad...

Serius bes hari tu sebab boleh jadi budak sekolah balik. Zaman sekolah dulu saya ni kategori tak nakal, tak skema. Kira, jenis ikut peraturan tapi time langgar, langgar secara berjemaah. Hihihi...

Macam biasalah acara hari guru kan. Mula dengan ucapan, ikrar guru, nyanyian, persembahan dan acara penyampaian hadiah. Hadiah saya? Ohhh... Saya bukan Cikgu Fofular pun di sekolah, jadi hadiahnya tidaklah melimpah ruah. Paling syok, dapat tudung AJ lagi. Tq Atiqah Farhana! Hihihi... Dan, part paling saya suka ialah part makan-makan-makan-makan dan makan, pastu acara bergambo! 

Kami dijamu makan di LC Catering Taman Sentosa, Johor Bahru. Laksa Johor depa memang mabeles! Roti jala pun not bad, nasi pun bolehla... Kenyang!!! 

Jomlah kita layan beberapa gambo yang diambil hari tersebut. Memang enjoy habis! Biatlah orang nak cakap HARI GURU HARI SYOK SENDIRI, AAK? Hihihi... Mak tak kesah! 

Cikgu Jaja dan Cikgu Tajul

Kenangan bersama Puan Ang Wee Wee, mantan Pengetua

Peace Yo!!!

Bacaan ikrar Guru

Back To School!!!!

Sesungguhnya zaman sekolah itu merupakan zaman yang paling kita rindu selepas meninggalkannya. Zaman itu kita bebas dalam erti kata kita tak perlu lagi memikirkan persoalan dunia, kerja dan sebagainya. Tugas kita hanya belajar dan score dalam exam. 

Saya rindu kawan-kawan saya, dari zaman sekolah rendah hingga sekolah menengah. 1001 kenangan dicipta, kenangan suka dan duka. 

Oklah adik-adik, stadi rajin-rajin ya. Score tinggi-tinggi dan teruskan usaha hingga berjaya. Hormatilah guru anda, sayangi mereka. Fokus di dalam kelas. Ini semua akan menjadi kenangan selepas anda meninggalkan alam persekolahan kelak. Kenangan yang mahal yang mana tak mampu dibayar dengan nilai wang ringgit. 

Terima kasih Cikgu! 
Keranamu Cikgu, aku berjaya menjadi seorang Cikgu jua.
Keranamu Cikgu, aku berjaya membina hidup yang stabil.
Keranamu Cikgu, aku berjaya melalui hidup dengan penuh keindahan. 



0 comments: