Resipi Piza Roti Gardenia Untuk Orang Malas

3/02/2015 Unknown 0 Comments

Bunyi macam teruk pulak ya, RESIPI PIZA TOTI GARDENIA UNTUK ORANG MALAS! Hahahaha... Kenapa??? Sebabnya resipinya amat mudah dan senang dan simple, malas-malas pun boleh bikin piza roti Gardenia ini! Sebab itulah tajuknya begitu... Hahahaha... Bukan sebab Piza Roti Gardenia ini bagi khas untuk orang malas...

Ini semua pengaruh rakan sebaya! Selepas Azeni buka cerita pasal piza homemade yang sedap dan mudah itu, sifat rajin itu tiba-tiba muncul dalam hati ini. Maka terhasillah PIZA ROTI GARDENIA yang sedap! Mabeles!

Piza Roti Gardenia ini amat mudah bermula daripada proses penyediaan bahan hinggalah proses membikinnya.

Jom terjah dapur kecil Mamagiant!!! 🙋🙋🙋

Bahan-bahan :

1. Kepingan sosej yang direbus terlebih dahulu.
2. Kepingan ketam yang direbus terlebih dahulu.
3. Capsium 

4. Sos pasta (Tak kisah jenama apa)
5. Planta.
6. Serbuk Parsley dan Oregano.
7. Cheese.
8. Roti Gardenia

Proses membuatnya :

1. Sapukan permukaan roti dengan planta.
2. Kemudian, sapukan pula sos pastake atas roti tersebut.
3. Susun kepingan sosej, ketam dan capsium mengikut citarasa anda sendiri.
4. Taburkan hirisan cheese ke atas roti tadi mengikut kehendak anda. Jika suka cheese, tabur saja banyak...
5. Taburkan sedikit serbuk Parsley dan Oregano dan ready untuk dibakar.
6. Bakar sekejap di dalam oven atau pemanggang ajaib dengan suhu yang tidak terlalu panas.

Kenapa suhu tidak boleh terlalu panas? Saya nak elak roti Gardenia terse but HITAM @ HANGIT. Jangan ambil masa lama, cukuplah sekadar cheese tersebut cair dan meleleh atas permukaan roti tersebut.

SIAP!!!


Ini contoh Piza Roti Gardenia yang sudab siap untuk dibawa ke sekolah! 

Selamat mencuba!!! 

0 comments: