Promosi Berganda Shaklee Untuk Semua

Sempena bulan September ini, pihak Shaklee telah mengadakan PROMOSI BERGANDA UNTUK SEMUA. Kenapa saya kata Promosi berganda???

Pada bulan ini Shaklee telah memilih Shaklee Collagen Powder dan Meal Shakes untuk dipromosikan. Ini biat julung kalinya pihak Shaklee mengadakan Promosi Berganda seperti ini. Amat menguntungkan! Satu masa dua barang pilihan



1) Promo Collagen Powder | Buy 6 Free 1

Promosi terbaik buat anda yang inginkan kulit yang cantik, bebas jerawat, bebas jeragat dan awet muda. Ada banyak kelebihan dan keistimewaan untuk anda yang membuat pembelian satu set promo Shaklee Collagen Powder ini.
  • Buy 6 FREE 1. Satu kotak collagen normal price RM298. Siapa nk bagi free untuk collagen sejumlah itu? Jadi jika beli 6, kita akan dapat PERCUMA sekotak. (Jimat 298)
  • Bila beli 6 FREE 1, anda juga akan dapat FREE POSTAGE. (Jimat RM10)
  • Dan yang FREE lagi adalah, pastinya anda akan dapat FREE MEMBERSHIP! (Jimat RM65 dan terus boleh dapat harga ahli)
  • Bonus sekurang-kurangnya RM110 dalam genggaman untuk bulan hadapan. Itu baru beli collagen, belum dikira lagi sekiranya ada buat tambahan pembelian untuk supplement lain seperti Vitamin E, Gla Complex, Bcomplex,  ESP atau lain-lain lagi. (untung RM110)
  • Duit dapat, bonus dapat, cantik dapat. Peluang jana income hingga 4 angka juga tidak mustahil.
 
 
2) Promo Meal Shakes
Dah kata tadi ada promosi berganda bukan, jadi produk promosi yang ke-2 ialah Meal Shakes. Tapi yang bestnya, anda tak perlu beli sampai 6 untuk dapatkan satu percuma, cuma beli 3 canister sahaja dan anda layak dapat 1 canister secara PERCUMA! Jimat RM113.75

Jangan lepaskan peluang ini bagi mendapatkan suplemen Shaklee semasa promosi berganda seperti ini. Harga yang amat menguntungkan dan pastinya menjimatkan. 


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:
Fariza Ramli
013-9853706 / 019-9955980
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Saat kukenal Shaklee

Masih lagi saya ingat, saat mulanya saya "berkenalan" dengan Shaklee. Hari-hari di FB saya dihujani iklan-iklan Shaklee. Namun tidaklah selebat sekarang. Kalau dulu antara nama yang selalu muncul di FB saya PM Iffah Annuar (Time ni NinjaPah belom master lagi) dan iklan drp Kak Ruziah Amin.. Hihihi...

"Shaklee untuk ibu menyusu"

Inilah ungkapan yang betol-betol buat saya tergoda untuk mula menggunakan Shaklee. 2009, saya selamat melahirkan anak sulong saya melalui proses "belah perot". 


Teringin menyusukan anak, namun akibat jahil ilmu penyusuan, susu saya jdnya sedikit. Anak langsung tak nak menyusu di dada, diberinya botol laju habisnya. 

Disebabkan susu makin slow, saya ikhtiarkan blk supaya jd byk. Minum air sudah, mkn lobak putih sudah, urut sudah... Last2, satu hari nampaklah iklan mereka di atas td mengenai set penyusuan. Apa lagi, kasi PM, bank in duit, ks address, esok lusa brg sampai. Time tu saya beli trial set saja, sebab time tu mmg glamer sgtlah set trial ni. (Skg set trial DIHARAMKAN hokeh!!!) Hihihi.... Dan Alhamdulillah, susu kembali meriah! Tapi yang sadis, anak saya dah tak nak susu ibu lg..... Uwaaaaaaaaa. Lama-lama kering sendiri.

2011, lahirlah sorang lagi anak teruna, bersalin secara normal si bambam ini.
 


Kali ni ilmu penyusuan saya rsnya dh ok. Memang time ni saya nekad nak bf si anak sampai umur 2 tahun. Kalau dulu saya beli set asas menyusu saja, kali ni sy add on ESP. Wallahhhhh.... Meriah hokeh! Penuh peti ais dgn stok... Adik-adik siap ckp, nanti tertukar susu dgn lauk pasai dah penuh peti. Hihihi... Berat saya pn menyusut 8kg dgn lajunya time tu, sempatlah jap merasa pakai baju kurung moden ke sekolah. Hahahaha...ESP+Vit C+B Complex+Alfalfa. Macam-macam resipi saya try dgn ESP tu.Resipi boleh rujuk SINI.



Dan kemuncak perkenalan saya dan Shaklee hingga terus menjadi pengguna TEGAR skg adalah apabila ternampak iklan Mok Shaklee sy skg, NURUL AZIYANA. (Mok Shaklee saya yg tengah tu, seblah sana yg kecik tu kakak sulong Shaklee saya. Dan saya yg bulat di tp sini....hihihi)

"Ingin menjana pendapatan 3,4,5 angka dengan bermodalkan RM65???"....

sebab saya suka duit, teruslah saya pm dia! Hahahaha...dan urusan suai kenal, register bagai berlangsung dengan pantas. (Jenis saya kot, kalau boleh nk berurusan dengan sapa-sapa dengan kadar cepat saja, dia tak susah, saya pun tak susah). Dan akhirnya pada MAC 2013, sah saya berhelar SHAKLEE INDEPENDENTS DIATRIBUTOR dengan no id 932115. 



Bonus pertama saya RM80.
Bonus kedua saya jadi 3 angka.
Bonus ke3, ke4 dan ke5 kekal 3 angka namun mencecah RM600++. 

Sekarang??? Alhamdulillah... Merasa jugak bonus 4 angka. Rezeki jgn ditolak... Hihihi...

Banyak benda saya belajar selepas join Shaklee. Antaranya :
  1. Saya belajar untuk mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.
  2. Saya banyak belajar erti sabar dan rezeki
  3. Saya belajar tentang ilmu agama (Leaders selalu menekankan mengenai hal agama. Solat, doa dan zikir haruslah dijadikan amalan harian. Moga rezeki yang dicari diberkati oleh Allah.)
  4. Saya belajar bagaimana cara untuk menjadi ketua berwibawa.
  5. Saya belajar buat blog.
  6. Saya mendapat ramaiiiiii kawan baru dan kami menjadi rapat dan sudah seperti sebuah family yg besar.
  7. Saya mampu membantu keluarga untuk kekal sihat.

Dannnnnnnn.....banyak lagilah yg saya dapat! Ini menjadikan hidup saya semakin meriah dengan pelbagai aktiviti. I loike!!!!! 

Oklah, rsnya itu sajalah cerita saya dan Shaklee. Harap-harap jodoh saya dan Shaklee akan kekal smp bila-bila.... No turning back omputeh cakap! Muahahahaha..... Pssssstttt..... Saya jual Shaklee tau, nanti beli Shaklee dgn saya ya! Hihihi.... Meh layan gambar-gambar saya dan family Shaklee saya semasa join National Conference Shaklee bulan Jun yang lepas. 





I LOVE SHAKLEE!!!!! Muahssssss....

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee daripada saya, boleh dapatkan melalui COD atau pengeposan. COD boleh dilakukan di area Pasir Gudang, Johor. Pengeposan pula boleh dilakukan ke seluruh negara. 

Hubungi saya :

Noor Fariza Ramli
0139853706 

ATAU 

Mohd Tajul Fikri Mahmud (Suami)
0199955980 

FAQ PhytoCol-ST Shaklee

PhytoCol-ST Shaklee 


S : Apakah itu PhytoCol-ST Shaklee?
J : PhytoCol-ST Shaklee adalah formula yang membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari.



S : Apakah itu Fitosterol?

J : Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Fitosterol juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Fungsinya adalah untuk mengatasi masalah kolestrol secara semula jadi.

 S : Bagaimanakah pengambilan PhytoCol-ST membantu kesihatan kita?

J : Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol di samping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.



S : Bilakah masa yang sesuai untuk kita mengambil PhytoCol-ST Shaklee?

J : Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan : 2 tablet dua kali sehari dengan makanan.


S : Bolehkah saya mengambil PhytoCol-ST SHaklee dengan OmegaGuard Shaklee pada masa yang sama?

J : Ya, tiada sebab kenapa kita tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjamin kesihatan anda. Anda juga boleh mengmbil CoQ Helath Plus Shaklee  yang boleh mengoptimumkan manfaat PhytoCol-ST Shaklee.


S : Adakah produkini sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolestrol tinggi sahaja?

J : PhytoCol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolestrol dalam tubuh. Oleh yang demikian, PhytoCol-ST disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.


S : Adakah PhytoCol-ST Shaklee bebas gluten?
J : Ya.

Ibu Mengandung Dan Prenatal Vitamin

Apakah itu PRENATAL VITAMIN? Prenatal vitamin ialah vitamin dan mineral dicadangkan hendak diambil sebelum dan semasa mengandung serta semasa penyusuan selepas bersalin. 

Pengambilan prenatal vitamin ini tidak bertujuan untuk menggantikan diet yang sihat, namun bagi membantu para ibu mendapat nutrien mengcukupi sepanjang kehamilan. Prenatal vitamin adalah sama dengan multivitamin yang lain, tetapi mengandungi jumlah yang berbeza nutrien tertentu untuk lebih memenuhi keperluan ibu yang memerlukan ini. 


Kenapa ibu-ibu mengandung perlu mengambil prenatal vitamin?
  1. Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika mengandung
  2. Mengurangkan kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi ketika lahir
  3. Membantu ibu kekal sihat 
  4. Memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan
  5. Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu-ibu yang loya, muntah dan tiada selera makan
Disebabkan inilah para ibu disarankan mengambil prenatal vitamin di samping kawalan kesihatan yang lain.Walau bagaimanapun, perkara paling utama adalah ibu-ibu perlulah makanan berkhasiat dan seimbang. Tidak bermakna apabila kita sudah mengambil prenatal vitamin, kita boleh memakan makanan yang merapu-rapu sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan ini. 

Berikut merupakan antara prenatal vitamin penting buat ibu-ibu mengandung :

 IRON/ZAT BESI
  • Penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.
  • Makanan seperti ikan, daging merah, hati, susu, keju dan produk tenusu lain boleh merencat penyerapan iron ke dalam badan kita.
  • Jadi, anda perlu menjarakkan pengambilan iron sejam sebelum atau 2 jam selepas memakan makanan tersebut.
ASID FOLIC
  • Penting untuk perkembangn fizikal dan saraf bayi pada awal kehamilan. 
  • Asid olic boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
KALSIUM
  • Penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu.
  • Jika ibu-ibu mengandung ini mengalami sakit pinggang dan kejang kaki, itu tandanya anda kekurangan kalsium.
  • Ibu mengandung memerlukan 1000mg kalsium sehari. 
OMEGA 3
  • Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. 
  • Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamnya ikan salmon.

Bagi semua prenatal vitamin ini, Shaklee turut memilikki rangkaian suplemen atau prenatal vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung ini. Antara suplemen tersebut ialah :

VITA-LEA
Multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA.
Saranan pengambilan : 1-2 biji sehari


 B COMPLEX
Suplemen yang lengkap dengan 8 keluarga vitamin B termasuklah asid folic.
Saranan pengambilan : 1 biji sehari


OSTEMATRIX
Kaplet kalsium yang dilengkapi dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan juga boron. Suplemen kalsium perlu datang dengan pakej lengkap tersebut bagi mengelakkan endapan sesetengah mineral.

* Magnesium dalam Ostematrix membantu melembutkan najis, jadi ini akan mengurangkan risiko sembelit kepada ibu hamil.
Saranan pengambilan : 2-4 biji sehari

OMEGA GUARD
Sumber Omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Pengambilan Omega Guard disarankan pada trimister ke2 (bulan ke4 kehamilan).
Saranan pengambilan : 2 biji sehari

Selain daripada vitamin prenatal di atas, kita juga boleh add on :
  1. Sustained Release Vit C 500mg
  2. ESP
Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin prenatal bukanlah jaminan tiada sebarang risiko terhadap kandungan kita. Kenalah berbalik kepada kuasa Yang Maha Esa, kita hanya berusaha. Penjagaan kesihatan, kebersihan diri dan penjagaan makanan haruslah dititikberatkan sepanjang proses kehamilan ini.

Diharap perkongsian ringkas ini dapat membantu para ibu membuat pilihan dalam memilih prenatal vitamin. Seperti dikatakan dari awal tadi, ini bukan untuk menggantikan cara diet sihat yang diamalkan, tetapi hanya membantu para ibu mendapat nutrien mengcukupi sepanjang kehamilan

Bagi mendapatkan segera set prenatal vitamin (Asas : Vita Lea, B Complex, Ostematrix dan Omega Guard) di atas, klik sahaja : 

Buy now

Sebarang pertanyaan atau COD atau pos laju ke mana-mana sahaja, anda boleh menghubungi :

FARIZA RAMLI


poxtaakasia@gmail.com

 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Kredit kepada :
vitaminsemulajadi.com
drzubaidi.com





Mengekalkan Kecergasan Di Bulan Puasa dengan Shaklee

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah berpeluang untuk menyertai H&W Talk anjuran Shaklee yang diadakan di Branch Shaklee Johor Bharu, Johor.

Fokus : KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADAN

Bagi mengekalkan kecergasan pada bulan puasa ini, pakar nutrisi Shaklee telah memberi beberapa saranan suplemen bagi membantu kita mengekalkan kecergasan di bulan puasa. Berikut merupakan suplemen tersebut :

1. PHYTOCOL ST
Ini merupakan produk latest drp Shaklee. Tugas utamanya berkait dengan proses menghalang kolestrol dalam badan. Dengan mengambil Phytocol ST ini, kita tak perlu bimbang mengenai kandungan kolestrol dlm makanan itu. Menurut Pakar Nutrisi Shaklee, kita boleh makan apa sahaja makanan, dan Phytocol ST ini akan menutup jalan-jalan bagi menghalang kolestrol masuk ke dalam darah kita.

Cara makan : Ambil 2 biji sebelum makan makanan berat.
 


2. CoQ HEALTH
Baik untuk memberi tenaga, baik untuk kesihatan jantung, dapat kurangkan masalah angina dan boleh mencantikkan kulit (Penghalang UV yang baik). 

Cara makan : Ambil 1 biji semasa sahur.



3. VIVIX
Mampu memberikan tenaga, dapat baiki dan lindungi DNA, mengawal genetik menjadi positif, melambatkan penghasilan  AGE Protein dan tingkatkan imun badan.

Cara makan : Ambil sesudu semasa sahur (bagi kekalkan kecergasan badan).



4. SET MIGHTY 3GEM 

ESP - Membantu bagi rasa kenyang, kurangkan rasa kelaparan yang melampau (proteinnya sama dgn hidangan sekeping hirisan ikan sebesar tapak tangan). ESP juga mampu memberikan tenaga.

Meal Shakes - Tinggi dgn serat dan membekalkan nutrien.

Performance Drinks - Elak hidrasi dan kekalkan cecair dalam badan.

Cara makan : Boleh dicampur ketiga-tiga sekali atau ESP+Meal Shakes asingkan PD. Cara pengambilan boleh rujuk sini.


5. VITA LEA
Mengandungi 28 mineral dan vitamin, bantu mengcukupkan nutrien dalam badan.

Cara makan : Ambil 2/1 biji semasa sahur ATAU 2/1 biji sebelum tidur.



Ok, ini antara suplemen yang mampu membantu kita supaya kekal cergas pada bulan puasa. Jadi diharapkan ilmu yang sedikit ini mampu membantu kawan-kawan semua untuk consult customer atau untuk panduan pemakanan sendiri bagi mengekalkan kecergasan di bulan puasa.
Anda boleh mengambil kesemuanya sekali, atau anda boleh mengambilnya secara berasingan. Semuanya bergantung kepada keperluan badan kita. Suplemen ini amat disarankan kepada ibu-ibu mengandung, ibu-ibu menyusu, orang yang kuat bekerja, ahli sukan, pelajar, kanak-kanak 10 tahun ke atas dan orang yang ingin kekal cergas pada bulan puasa ini. 

Dapatkan suplemen ini daripada pengedar Shaklee berdekatan anda atau anda boleh mendapatkannya terus daripada saya sendiri. Hubungi : 


FARIZA RAMLI


poxtaakasia@gmail.com

FB : Fariza Ramli @ Fanpage : Vitamin Mama Giant

Cara Pengambilan Set Mighty 3Gem

Hai semua! Waktu sahur baru sahaja berlalu, dan pastinya ramai antara kita telah mengambil Set Mighty 3Gem ketika sahur tadi bukan. Namun begitu, masih ada rakan-rakan kita yang tertanya-tanya bagaimana cara pengambilan Set Mighty 3Gem ini?

Ok, buat yang baru pertama kali mendengar "Set Mighty 3Gem" ini, set ini adalah gabungan antara ESP, Meal Shakes dan Performance Drinks.


Setiap satu suplemen ini memainkan peranan masing-masing. Peranan ini ada saya bincangkan dalam entri sebelum ini, rujuk sini.

Baiklah, ini antara cadangan pengambilan Set Mighty 3Gem bagi pengambilan ketika puasa :

SAHUR
---------
Secawan ESP & Meal Shakes (Campurkan kedua-duanya, dan goncang)
Secawan Performance Drinks

ATAU

Secawan ESP, Meal Shakes & Performance Drinks (Campur ketiga-tiganya sekali, dan goncang)

Ambil bersama 2-3 biji kurma bagi menambahkan lagi tenaga.

*Ambil suplemen sekali pun tidak bermakna kita tidak perlu ambil makanan sunnah kan....

BERBUKA
------------

Bagi orang yang ingin berdiet :

Secawan ESP & Meal Shakes (Campurkan kedua-duanya, dan goncang)
Secawan Performance Drinks

ATAU

Secawan ESP, Meal Shakes & Performance Drinks (Campur ketiga-tiganya sekali, dan goncang)

Ambil bersama 2-3 biji kurma

Ini akan membuatkan kita berasa kenyang dan akan membantu kita menghadkan memakan makanan lain.

Bagi orang yang tidak berdiet :

Secawan Performance Drinks 

Ambil bersama 2-3 biji kurma

▪️ Sebelum tidur :

Secawan ESP & Meal Shakes (Campur kedua-duanya dan goncang)

Ok, ini antara cara pengambilan Set Mighty 3Gem bagi bulan puasa ini. Bagi saya, set ini banyak membantu saya sepanjang puasa ini. Cara pengambilan boleh divariasikan lagi mengikut keperluan dan kreativiti masing-masing. 

Ok, sebelum saya stop saya nak tunjuk dulu bagaimana keadaan Set Mighty 3Gem yang saya ambil :


Yang di sebelah kiri ialah campuran ESP & Meal Shakes. Yang di sebelah kanan ialah bancuhan Performance Drinks.

Baiklah semua, selamat mencuba! Jika mempunyai masalah, sila hubungi pengedar Shaklee anda atau hubungi saya :

FARIZA RAMLI
poxtaakasia@gmail.com
FB : Fariza Ramli @ Fanpage : Vitamin Mama Giant

Kekal Cergas dengan Set Mighty 3Gem

Salam Ramadan buat semua! So, macam mana anda di Ramadan ini? Kekal sihat dan cergas? Jom tengok apa Shaklee boleh bantu kita semua untuk kekal cergas Ramadan ini. Bila mana kita menten cergas, makin bersemangatlah untuk menunaikan ibadah puasa ini kan...

Baiklah, jom kita cek dulu apa yang Shaklee tawarkan bagi bantu kita kekal cergas pada Ramadan ini. Salah satunya ialah SET MIGHTY 3GEM.

1. ESP
2. Meal Shakes
3. Performance Drinks

Gabungan ketiga-tiga inilah dipanggil SET MIGHTY 3GEM. Set ini memang laku kerassssss bulan Ramadan ni. Sebab apa??? Set ini banyak membantu ramai orang kekal cergas walaupun berpuasa.


Secara ringkasnya, ini fungsi bagi setiap suplemen ini dalam membantu kita menten cergas di bulan Ramadan : 

ESP : Memberikan rasa kenyang, dapat kurangkan rasa lapar keterlaluan, memberikan tenaga.

Meal Shakes : Pelengkap keperluan nutrien.

Performance Drinks : Mengelakkan badan daripada kehilangan bendalir secara berlebihan, elak badan terhidrasi.

Set Mighty 3Gem ini sesuai untuk siapa?

Set ini sesuai untuk semua pengguna yang berusia 12 tahun dan ke atas. 

Mereka yang aktif, mereka yang menyusukan anak, mereka yang mengandung, mereka yang ada gastrik, mereka yang ingin kekal cergas, anda memang disarankan mengambil set ini.

Set Mighty 3Gem ini memang saya jadikan set bersahur, dan setakat ini Alhamdulillah positif buat saya. Dan anda patut mencuba dan merasai sekali kesan hebat ini... Menten cergas di bulan Ramadan!

Bagi mendapatkan Set Mighty 3Gem ini, anda boleh klik sahaja link di bawah :

BUY NOW
ATAU

Hubungi sahaja :

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
FB : Fariza Ramli / Vitamin Mama Giant

PM for more details! See yaa....

Makan Shaklee Tapi Tak Kurus.Ohhh, Shaklee...

Ohhh Shaklee....Ya, saya memang pengguna Shaklee. Dan saya juga ialah penjual Shaklee. Tetiba tergerak hati ingin menulis selepas ramai yang bertanya, "kenapa ko amik Shaklee? nk kurus ke? tgk gemok je...."

Hahahaha....gemuk pun gemukla! Sebabnya Shaklee bukan menjual set slimming semata-mata. Sebenarnya saya mengambil Shaklee bukan untuk set slimming, tetapi pada mulanya fokus saya untuk membantu menstabilkan keadaan hormon saya. 

Kenapa?  
Saya merupakan pemakai Implanon. Tahu tak apa itu implanon? Implanon ni merupakan 1cara perancang kehamilan. Ia dikatakan 99% selamat, dan risiko mengandung hanya 1%. Saya memilih untuk memakai implanon ini selepas perbincangan panjang dengan hubby saya, Mr. Tajul. Implanon ini 1 rod panjang seperti mancis yang mana akan dimasukkan ke dalam tubuh kita, iaitu di bahagian lengan. Ia akan mengawal hormon dalam badan yang mana menghalang proses kehamilan berlaku.


Mengapa saya perlu pakai? Sebenarnya, sebelum memakai saya dan hubby diskus panjang lebar. Saya trauma ketika itu untuk mengandung kerana saya kehilangan bayi di dalam kandungan. Jadi saya ingin mengelakkan kehamilan seketika kerana masih terbawa-bawa rasa trauma, sedih, sadis, pilu.....Muhammad Fathul Ar-Rahim, itulah nama arwah anak saya.

Selepas memakai implanon, MasyaAllah... Kesannya, fuhhhhh...... Berikut masalah yang saya hadapi :

1) Masalah wanita
Ya ampunnnnn.....disebabkan perubahan hormon yang berlaku, period saya selalu datang dalam jangka masa panjang. Pernah sekali sehingga 28 hari! Adoiiii... Dan ada bulan yang tak datang langsung. Time puasa, pernah period nya dtg lg. Dan sy hanya puasa separuh sahaja drp sebulan Ramadan tu.

2) Masalah berat badan
Fuhhhhh....ini memang masalah besar! Saya siap refer doktor lg, KENAPA BERAT SAYA NAIK MENDADAK??? Jawab doktor, inilah antara implikasi yang akan berlaku jika pakai implanon. Hampir 10kg badan saya bertambah beratnya.

3) Masalah emosi
Emosi saya pada awal-awal memakai implanon ni agak bercelaru. Saya jadi SINGA! Garang, panas baran... Kesian anak-anak saya! Tapi Alhamdulillah skg saya kembali normal! Hahahaha....

Inilah antara 3 masalah besar yang saya hadapi selepas memakai implanon! Dan diaebabkan itulah saya memilih Shaklee untuk menyelesaikan masalah hormon saya. Saya amalkan GLA dan Alfalfa Complex bagi menstabilkan hormon saya  ini. Saya juga amalkan B Complex yang mana membantu saya dalam mengawal emosi saya. Pada masa sama juga saya turut berusaha untuk kurus! Gila tak suka kalau dapat kuruskan...... Tapi ini bukan fokus utama saya.

Secara tuntasnya di sini, saya hanya ingin menegaskan yang SAYA BUKAN MENGAMBIL SHAKLEE SEMATA-MATA UNTUK KURUS! SAYA INGIN BEBAS DARIPADA MASALAH DI ATAS TU....KURUS ITU SATU BONUS KEPADA SAYA. 

Jadi jangan ingat bila nampak "si gemok" ambil Shaklee, dia mesti nak kurus! Hahahaha.... Banyak lagi tujuan "si gemok" itu amalkan Shaklee ya... Nak kulit cantik, amalkan set kesuburan ke, nak amalkan set pregnant ke, nak amalkan set menyusu ke, set resdung ke... Banyak lagi la... Jadi, sentiasalah bersangka baik ya kpd semua org....

Oklah, dah panjang celoteh saya ini. Jumpa lagi next entri...

Nota kaki : Entri ini ditulis selepas ramai mempertikaikan kenapa saya tak kurus pun selepas ambil Shaklee. Hihihi....