Ibu Mengandung Dan Prenatal Vitamin

7/12/2014 Unknown 0 Comments

Apakah itu PRENATAL VITAMIN? Prenatal vitamin ialah vitamin dan mineral dicadangkan hendak diambil sebelum dan semasa mengandung serta semasa penyusuan selepas bersalin. 

Pengambilan prenatal vitamin ini tidak bertujuan untuk menggantikan diet yang sihat, namun bagi membantu para ibu mendapat nutrien mengcukupi sepanjang kehamilan. Prenatal vitamin adalah sama dengan multivitamin yang lain, tetapi mengandungi jumlah yang berbeza nutrien tertentu untuk lebih memenuhi keperluan ibu yang memerlukan ini. 


Kenapa ibu-ibu mengandung perlu mengambil prenatal vitamin?
  1. Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika mengandung
  2. Mengurangkan kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi ketika lahir
  3. Membantu ibu kekal sihat 
  4. Memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan
  5. Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu-ibu yang loya, muntah dan tiada selera makan
Disebabkan inilah para ibu disarankan mengambil prenatal vitamin di samping kawalan kesihatan yang lain.Walau bagaimanapun, perkara paling utama adalah ibu-ibu perlulah makanan berkhasiat dan seimbang. Tidak bermakna apabila kita sudah mengambil prenatal vitamin, kita boleh memakan makanan yang merapu-rapu sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan ini. 

Berikut merupakan antara prenatal vitamin penting buat ibu-ibu mengandung :

 IRON/ZAT BESI
  • Penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.
  • Makanan seperti ikan, daging merah, hati, susu, keju dan produk tenusu lain boleh merencat penyerapan iron ke dalam badan kita.
  • Jadi, anda perlu menjarakkan pengambilan iron sejam sebelum atau 2 jam selepas memakan makanan tersebut.
ASID FOLIC
  • Penting untuk perkembangn fizikal dan saraf bayi pada awal kehamilan. 
  • Asid olic boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
KALSIUM
  • Penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu.
  • Jika ibu-ibu mengandung ini mengalami sakit pinggang dan kejang kaki, itu tandanya anda kekurangan kalsium.
  • Ibu mengandung memerlukan 1000mg kalsium sehari. 
OMEGA 3
  • Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. 
  • Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamnya ikan salmon.

Bagi semua prenatal vitamin ini, Shaklee turut memilikki rangkaian suplemen atau prenatal vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung ini. Antara suplemen tersebut ialah :

VITA-LEA
Multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA.
Saranan pengambilan : 1-2 biji sehari


 B COMPLEX
Suplemen yang lengkap dengan 8 keluarga vitamin B termasuklah asid folic.
Saranan pengambilan : 1 biji sehari


OSTEMATRIX
Kaplet kalsium yang dilengkapi dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan juga boron. Suplemen kalsium perlu datang dengan pakej lengkap tersebut bagi mengelakkan endapan sesetengah mineral.

* Magnesium dalam Ostematrix membantu melembutkan najis, jadi ini akan mengurangkan risiko sembelit kepada ibu hamil.
Saranan pengambilan : 2-4 biji sehari

OMEGA GUARD
Sumber Omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Pengambilan Omega Guard disarankan pada trimister ke2 (bulan ke4 kehamilan).
Saranan pengambilan : 2 biji sehari

Selain daripada vitamin prenatal di atas, kita juga boleh add on :
  1. Sustained Release Vit C 500mg
  2. ESP
Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin prenatal bukanlah jaminan tiada sebarang risiko terhadap kandungan kita. Kenalah berbalik kepada kuasa Yang Maha Esa, kita hanya berusaha. Penjagaan kesihatan, kebersihan diri dan penjagaan makanan haruslah dititikberatkan sepanjang proses kehamilan ini.

Diharap perkongsian ringkas ini dapat membantu para ibu membuat pilihan dalam memilih prenatal vitamin. Seperti dikatakan dari awal tadi, ini bukan untuk menggantikan cara diet sihat yang diamalkan, tetapi hanya membantu para ibu mendapat nutrien mengcukupi sepanjang kehamilan

Bagi mendapatkan segera set prenatal vitamin (Asas : Vita Lea, B Complex, Ostematrix dan Omega Guard) di atas, klik sahaja : 

Buy now

Sebarang pertanyaan atau COD atau pos laju ke mana-mana sahaja, anda boleh menghubungi :

FARIZA RAMLI


poxtaakasia@gmail.com

 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Kredit kepada :
vitaminsemulajadi.com
drzubaidi.com





0 comments: