Pengalaman Bersama Set Menyusu Shaklee

11/25/2013 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum semua! Tahukah anda, set Shaklee pertama apakah yg saya cuba dan amalkan??? Ohhh....sudah semestinya Set Menyusu Shaklee! Ramai yang sudah tau pasal set ini, set menyusu yg paling laris jualannya di bumi Mesia ini. Laris sgt tu kenapa pulak ya??? Mestilah sebab keberkesanannya kpd setiap penggunanya. Namun begitu, keberkesanannya itu bersyarat!!! Syaratnya apa??? Syaratnya anda masih perlu mematuhi konsep SUPPLY dan DEMAND. WAJIB patuhi konsep ini dan insyaAllah keberkesanan set ini akan dapat anda rasai...

Pengalaman saya dalam proses penyusuan baby :

  • Anak 1st (Muhammad Fahim)
Ketika ini, pengetahuan mengenai penyusuaan anak mmg tahap ZERO! Yg sy tau baby nangis bagi sahaja susu botol, lg cepat dan mudah! Sangat menyesal bila ingat balik saat-saat ini sebab Fahim hanya berjaya merasa susu saya beberapa kali sahaja...

  • Anak 2nd (Muhammad Farhan)
Selepas melahirkan anak kedua, saya mmg bertekad ingin menyusukan baby sehingga umur 2tahun. Saya timba dan gali ilmu pasal penyusuaan sebanyak mungkin ketika ini. Saya sudah bersedia dengan pam susu baru, botol-botol kecil bg menyimpan susu, pek plastik dan macam-macam lg. Dan pada masa ini juga sy mencari suplemen bagi menyokong aktiviti penyusuan saya ini. Saya bukak Pakcik Gugel, saya cari, cari dan terus mencari...semuanya sebut Set Menyusu Shaklee! Dan saya pn dengan besar hati telah mengoder trial set bagi set menyusu ini sbb sekadar ingin mencuba. Alhamdulillah, susu untuk anak kedua saya melimpah-ruah!!! Sy sgt suka dengan Alfafa...bila sy kembali ke sekolah, sy beli lg alfafa dan tambahan suplemen iaitu ESP! Time tu mmg susu meriah xhengat!!!! Syukur sangat2.....siang malam saya pam buat stok, power pumping pun sy buat tgh2 malam...Mmg sy dah tangkap cintan sama Alfafa dan ESP time tu...susu banyak, badan segar, berat sy pn turun!!!! Yeahhhh......


Dan skg pn, walaupun sy sudah tidak menjalankan aktiviti menyusukan anak lg, sejak Mac 2013, saya kembali menjadikan set menyusu Shaklee ini sebagai pelengkap nutrisi saya! So, tidak timbulah isu bahawa bila beli set menyusu hanya makan ketika menyusu sahaja sebab, selain bertindak sbg milk booster, ia juga membantu saya menangani masalah kesihatan yg lain...So, amat berbaloi memilikki set ini, dan sy tidak menyesal bertemu dan mengamalkan set ini hingga skg... 


0 comments: