Jenis-jenis Gemuk

9/07/2014 Unknown 0 Comments

Apa itu gemuk sebenarnya ya?

Gemuk adalah di mana berat badan kita melebihi 20 peratus berat ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan menyebabkan berlaku pengumpulan lemak pada bahagian tertentu badan. Dan apabila pengumpulan ni berlaku tanpa ada usaha untuk "membanterasnya", maka GEMUK la kita jadinya. Dan negara kita, MALAYSIA turut diiktiraf antara negara yang mempunyai penduduk yang gemuk teramai. OMG!!!


Tahukah anda, gemuk ini terbahagi kepada beberapa jenis. Secara umumnya, gemuk dibahagikan kepada 3 jenis :
  • Gemuk air
  • Gemuk angin
  • Gemuk daging
 Jom audit body kita, anda tergolong dalam jenis gemuk yang mana satu ya???

Gemuk air
  • Kulit kelihatan cerah
  • Apabila berdiri, bahu kelihatan agak jatuh
  • Badan menggeleber dan lembik akibat mengandungi lebihan air yang tidak diperlukan secara berlebihan di dalam badan
  • Badan akan menjadi cepat penat dan letih apabila melakukan aktiviti harian
  • Cuba anda pegang dan picit bahagian bawah lengan. Jika lembik dan menggeleber, anda mungkin GEMUK AIR!

Gemuk angin
  • Perut berasa sebu dan ada kalanya sukar membuang angin daripada badan
  • Senang mendapat sakit kepada
  • Badan menggeleber dan lembik dan ada kalanya berangin
  • Ada masalah angin dan sering sendawa

Gemuk Daging
  • Badan berasa berat dan pejal
  • Mudah penat apabila menjalankan aktiviti harian
  • Proses penurunan berat badan agak lambat berbanding jenis gemuk air dan gemuk daging kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergaul bersama daging.
  • Biasanya orang mengalami gemuk daging sejak dari kecil lagi. (Ini dari pemerhatian saya terhadap orang sekeliling saya)
  • Cuba anda pegang dan picit bahagian bawah lengan dan anda berasa pejal serta padat, memang anda menghadapi GEMUK DAGING!


Ok, bila dah tahu kita gemuk jenis yang mana, senanglah sikit untuk kita mencari suplemen, cara diet atau jenis senaman yang sesuai bagi menurunkan berat berlebihan tersebut. Ada kalanya berat kita susah nak turun kerana mungkin suplemen kita ambil tak sesuai dengan body, atau cara pemakanan kita yang tidak terkawal, atau mungkin kerana kita langsung tak bersenam.

Untuk kurus memang SUSAH.
Nak gemuk memang SENANG. 
Setuju tak dengan pernyataan di atas? Hihihi... Dalam masa yang sekejap saja berat badan kita boleh naik dengan cepat sekali. Untuk turun balik, fuhhhhhh..... Mengambil masa yang lamaaaaaaaa..... So, apa lagi, JOM DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL!!! Klik SINI untuk mengetahui jenis makanan yang boleh membakar lemak di perut.

Nanti lepas ni kita diskus pasal suplemen yang boleh bantu kita dapatkan berat badan yang ideal atau berat yang lebih ringan daripada berat kita yg sedia berat sekarang ini!!!! Hihihihi....




0 comments: