Cabaran Berblog 30 hari ~Day 1~

12/10/2013 Unknown 0 Comments

Cabaran oleh Mama Rin dimulakan sekarang! Cabaran Berblog 30 hari dan hari ini adalah hari pertama dengan tajuk "Introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself".

Jom berkenalan dengan saya sekali lagi...hihihi... 

"me n kiddos"

 Saya ialah NOOR FARIZA BT RAMLI dan lebih mesra dipanggil Jaja@Mc Ja@Fariza. Selain daripada nama ni, saya pun pernah dipanggil Nur, Iza...OMG!!! Tak sesuai dengan karakter diri ini....hihihihi....

Saya dilahirkan pada 22/12/1983 (lagi 13 hari genap 30 tahun) di daerah Besut, Trg. Saya anak kpd pasangan guru, Cikgu Ramli dan Cikgu Robiah, anak sulong dalam keluarga, kakak yg baik kpd 4 org adik. Saya bersekolah di Sek Ren Tengku Mahmud, SMK Tengku Mahmud dan last sekali berjaya jugak menapak ke MRSM Beseri, Perlis. Kemudiannya masuk matrikulasi setahun dan terus ke UPSI.

"Me n Encik Hubby"


Selepas setahun bekerja, saya dengan sedaya upaya memastikan sah bergelar isteri! Hahahaha... Pada 22/12/2007 (besday saya ke24), saya telah diwalikan oleh Arwah Ayah saya untuk dinikahkan dengan Mohd Tajul Fikri Bin Mahmud. Dan, Alhamdulillah selepas hampir 6 tahun berkahwin, kami dikurniakan 3 orang anak laki-laki. 


"Along dan Angah"
Eh, kata ada 3???!!! Mana lagi sorang??? Hmmm....lg sorg sudah pun bertemu dgn Yang Maha Esa pada 17/6/2012 yg lepas...Moga rezeki untuk saya beranak lepas ni makin bertambah-tambah! Amin....

Saya juga seorang guru di SMK Seri Kota Puteri, Pasir Gudang, Johor. Sudah mengajar di sana nak masuk tahun ke7. Saya guru Bahasa Melayu walaupun di UPSI dulu 4tahun saya diajar mengenai IT sahaja. Tapi tak ada masalah, CIKGU kan serba boleh!!!! Yeahhhh....

Maka, disebabkan SERBA BOLEH itulah saya menceburi biz Shaklee ini! Seperti ibu-ibu lain, saya kenal Shaklee melalui set menyusu. Selepas itu pada Mac 2013 yang lepas, sy terus mendaftar sebagai ahli. Dan, selepas hampir 9bulan dalam Shaklee, makin byk benda best sy ketemui!!!!! Anda nak jugak rasa best tu??? Sila la daftar ahli ya.....JOIN SHAKLEE 

Ohh..ya.. ini adalah gambar terakhir kami sekeluarga bersama Arwah Ayah. Saya telah kehilangan Ayah tercinta pada 13/09/2013 yg lepas. Dan, hingga saat ini saya masih merasakan dia masih ada di sisi kami semua...Al Fatihah. Moga Ayah tenang di sana.......
"Kenangan terakhir bersama Arwah Ayah"

Hingga kita berjumpa lagi pada esok hari dalam Cabaran Berblog 30 hari ~Day 2~. 

Assalamualaikum semua......

0 comments: