Cabaran 30 Hari Berblog ~Day4~

12/13/2013 Unknown 0 Comments

Cabaran hari ke4....Sebenarnya sudah lambat, sebab dah masuk hari ke5 dah ni...Tapi td sebab hero-hero kesayangan saya demam, terpaksalah berkorban masa untuk bersama mereka! So, skg ni masa untuk menunjukkan bakat terpendam saya dalam bidang penulisan....hihiihi....


"All about your parents"
Alhamdulillah saya dikurniakan Ayah dan Ma yg sangat-sangat hebat orangnya di mata saya. Tanpa mereka, takkan wujudlah saya di atas muka bumi ini. Ok, jom tgk gamba depa berdua dulu sebelom saya story lg pasal mak ayah saya ni ya....
Ok, inilah permata intan berlian zamrud dan pelbagai jenis permata lgla buat diri saya selain suami dan anak-anak saya. Sebenarnya, saya ialah anak yatim yang mana Ayah saya telah pun meninggalkan dunia ini pada 13 September 2013 yang lalu. Ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga dengan tiba-tiba, tanpa sebarang petanda....
AYAH

 Ayah, RAMLI BIN MAT AMIN dilahirkan pada 7 Jun 1955 di Besut, Terengganu. Ayah merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik. Ayah merupakan seorang guru dan akhirnya Ayah juga meninggal semasa masih dalam perkhidmatan lagi. Ayah seorang yang jika dilihat pada raut wajahnya agak garang, dan saya akui ketika kecil memang dia amat garang dengan anak-anaknya. Namun bila mana kami semakin dewasa, baru kami sedar garang Ayah itu untuk menjadikan kami sebagai MANUSIA! Semua kawan Ayah mengatakan Ayah seorang yang amat baik, suka membantu, tidak berkira dan seorang yang kelakar. Ayah amat sayangkan kanak-kanak, dan ini dapat dilihat selepas Ayah mempunyai cucu. Kasih Ayah terhadap cucu kadang-kadang melebihi kasih Ayah kepada anak...hihiihihi.. Pemergian Ayah dengan tiba-tiba 3 bulan yang lalu amat memberi kesan kepada kami semua. Ayah pernah bercakap dengan ma, "Kalau saya nak mati, saya tak nak susahkan sesiapa".... Dan itu menjadi kenyataan, Ayah pergi tanpa sakit, dalam keadaan sihat sahaja. Ya, tidak menyusahkan sesiapa di sini bermaksud, dia tidak mahu sakit dan menyusahkan isteri serta anak-anaknya.... Oh Ayah, sehingga kini kami masih merasai kehilanganmu.....Al Fatihah buat Ayah tercinta. Moga Ayah tenang di daerah abadi sana.....SAYA SAYANG AYAH!

MA

Ma saya ni bernama ROBIAH BT HARON, dilahirkan pada 16 November 1958 di Kelate. Ma juga merupakan seorang guru di Besut. Ma telah bertemu jodoh dgn Ayah pada 6 Ogos 1982 semasa sama-sama mengajar di SMK Nasaruddin Shah, Besut. Ma telah melahirkan 5orang anak, dan saya merupakan anak sulong mereka. Ma saya ni pun time kami kecik, dia garang! Biasalah kan orang muda, saya dan adik saya yg kedua selalu bergaduh dan bermasam muka dgn Ma. Hahahaha... Tapi bl dah masuk alam remaja, kami sedar kesilapan kami tu. INSAF!!!! Selepas pemergiaan Ayah, Ma amat sedih. Tapi kini dia semakin kuat, dan dia redha dgn apa yg sudah berlaku. Bayangkanlah, teman sebantal, teman bercakap, makan, dan macam-macam lgla selama 30tahun hilang buat selama-lamanya...Hati mana yg tidak menderita, tp semua sudah Allah tentukan. Kami semua redha dan mendoakan Ayah tenang di sana.



Ini merupakan foto terakhir kami sekeluarga bergambar dengan Ayah. 
Ayah dan Ma, sesungguhnya tanpa kalian takkan lahir dakuke dunia. Terima kasih atas segala-galanya dan halalkan segala makan minum,duit belanja, kelengkapan dan semua benda yg kalian berikan kpd diri ini semenjak dari dalam perut Ma lg. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat kalian di hati ini. 
 

0 comments: