VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU MENGANDUNG

Tahniah, anda hamil!
Berita baik untuk anda.
Sepanjang kehamilan, kesihatan ibu dan bayi amatlah penting. Ini bagi memastikan ibu dan bayi tak mengalami apa-apa masalah sepanjang kehamilan dan apabila bersalin nanti.
Kesihatan keseluruhan dan pemakanan seorang wanita, sebelum & semasa kehamilan, mempunyai kesan terhadap kesihatan bayi yang sedang membesar


Ketika hamil ini, tubuh badan si ibu akan turut mengalami perubahan. Beban berat akan turut bertambah. Nutrien dalam badan pun juga akan cepat hilang. Hormon di dalam badan pun menjadi tidak seimbang. 

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN SEPANJANG KEHAMILAN INI?

Saya mencadangkan ibu-ibu agar mengamakan set hamil Shaklee ini sepanjang tempoh hamil dan jangan terkejut jika saya kata semasa pantang dan semasa menyusukan bayi pun anda boleh mengamalkannya. JIMAT

Set hamil Shaklee ini terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vita C, Ostematrix, ESP dan Omega Guard.  

Jom lihat bagaimana setiap vitamin Shaklee ini berfungsi untuk memberikan kesihatan terbaik buat ibu mengandung.

🍀 Vita-Lea penting bagi mengelakkan anemia, tekanan darah rendah dan mengurangkn risiko bayi pramatang.

🍀 B Complex - Mengurangkan risiko kecacatan terhadap bayi dan mengelakkan risiko strok serta baik untuk saraf.

🍀 Vitamin C - Mengurangkan risiko demam dan selesema

🍀 Ostematrix - Membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi, mengelakkan kekejangan dan sembeli bagi ibu.

🍀 ESP - Membekalkan tenaga buat ibu dan menjadikan kulit ibu serta anak gebu, bersih.

🍀 Omega Guard - Baik untuk perkembangan otak bayi.

 
Kenapalah saya sarankan sangat anda mengambil set ini?

Ini kerana :
  1. Bagus untuk kesihatan ibu, yakni berupaya mengandungkan bayi sehingga lahir. 
  2. Memastikan perkembangan dan pembesaran bayi dalam kandungan sihat. 
  3. Membantu proses kelahiran tanpa komplikasi. 
  4. Membantu dalam proses pemulihan yang cepat, waktu dalam pantang kelak.
Pemilihan suplemen ini bergantung kepada keperluan trimister kandungan ibu. Set ini boleh membantu dari segi kesihatan para ibu melalui momen-momen indah di saat kehamilan dengan baik. Berikan yang terbaik untuk yang tersayang!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU MENGANDUNG ini, hubungi sahaja : 



Fariza Ramli


poxtaakasia@gmail.com

COD di kawasan Pasir Gudang/Taman Scientex/Kota Masai

Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara



*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.

ATASI MASALAH KULIT KUSAM DENGAN PANTAS

“Eh, kenapa kulit awak nampak kusam saja?”

Wah, kalau saya dapat soalan seperti ini, tersentap juga hti kecil ni haa… Soalan simple, tapi makan dalam! Lagi-lagi jika soalan ini ditujukan kepada kaum wanita khususnya. Sebabnya wanita memang pantang kalau disoal mengenai perubahan kulit wajah mereka ini. Betul tak?
Pelbagai jenis petua sama ada moden mahupun tradisional yang disarankan untuk mengelakkan kulit wajah menjadi kusam. Ada antara kita yang kusam berjerawat, kusam kering, kusam berminyak dan banyak lagilah. 

Ok, selain daripada mengamalkan pelbagai jenis petua yang disarankan itu, apa kata kita cuba atasi masalah kulit kusam ini mengamalkan Shaklee. Kali ini jom kita cuba atasi masalah kulit kusam ini dengan Shaklee Collagen Powder pula. 

Lambakan pelbagai jenis kolagen di pasaran kini menunjukkan kolagen menjadi pilihan ramai untuk diamalkan. Tapi kita semua perlu ingat, tak semua kolagen yang ada di pasaran itu betul-betul selamat dan berkesan. Jadi, silalah berhati-hati ya dalam memilih kolagen yang terbaik. 

SAYA SARANKAN ANDA MEMILIH SHAKLEE COLLAGEN POWDER!


Kenapakah Shaklee Collagen Powder ini sangat istimewa ya? Lihat ini : 

  • SCP merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietatri RSS iaitu Red Snapper Scale Collagen, kolagen yang sangat berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

  • SCP bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton. Ini membuatkan SCP dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu peningkatan kepada sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan

  • SCP mudah larut dalam tubuh badan kita dan sangat mudah untuk dihidangkan dengan campuran makanan ataupun minuman kegemaran.

  • SCP mengandungi tujuh bahan utamanya termasuk ektrak biji benih Camellia Japonica, ektrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstak kerang-kerangan. Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.  
 

Kebaikan Collagen Powder Shaklee
 
➤ Anti Penuaan
Liang pori semakin mengecil dan berkurangan. Garis-garis halus juga dapat dikurangkan

➤ Menghidratkan
Kulit semakin menjadi lembap dan halus, kulit tidak menggelupas dan kering lagi
 
➤ Kulit lebih Anjal dan Tegang
Kulit akan semakin tegang, kenyal dan lembut

Licin
Kulit menjadi licin dan berseri berbeza dengan masa sebelum mengambil SCP, kulit kusam dan tidak sihat

➤ Menyuburkan
Selain kulit wajah, kuku dan rambut akan kelihatan bersinar dan berkilat, kuat dan tidak mudah pecah

➤ Mencerahkan
Mencantikkan kulit dan menghilangkan pigmentasi, jeragat dan jerawat. Lingkaran gelap pada bahagian bawah mata juga akan berkurangan

Wah! Banyak bukan kesan yang best SCP ini. Dan paling best, kesan ini dapat dilihat dalam tempoh masa yang sekejap sahaja. Kenapa? Ingat tak tadi ada saya beritahu SCP ini sangat ringan dan ini menyebabkan SCP senang diserap ke dalam tubuh kita dan seterusnya bertindak balas. Maka kesannya akan dapat dilihat dalam masa yang singkat.

Jom kita lihat beberapa testimoni beberapa pengguna yang menggunakan Shaklee Collagen Powder ini :






Best bukan tengok kesan positif yang berlaku ini. Anda nak cuba rasai kehebatan Shaklee Collagen Powder ini juga? Meh kontek saya. Try dulu, baru tahu! Saya sendiri mengambilnya untuk atasi masalah kulit wajah saya. Alhamdulillah, kulit saya semakin bersih dan cerah. 

Swafoto hari pertama persekolahan 2017 (1 Januari 2017)


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SHAKLEE COLLAGEN POWDER ini, hubungi sahaja : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang/Taman Scientex/Kota Masai
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.

RISAU RAMBUT SEMAKIN GUGUR?



Rambut merupakan mahkota bagi setiap insan. Sekiranya mengalami masalah rambut segeralah kita mendapatkan panduan ataupun cara penyelesaiannya untuk mengatasi masalah ini. Masalah keguguran rambut ini jangan dipandang ringan ya!


Banyak faktor yang mengakibatkan berlakunya masalah keguguran rambut ini. Tekanan kerja merupakan antara punca utama yang membuatkan kita keguguran rambut. Selain itu, faktor umur yang meningkat dan juga kekurangan nutrisi merupakan salah satu penyebab rambut kita semakin mengurang.

Jadi, sebelum masalah ini menyerang atau menjadi lebih teruk, jom kita amalkan beberapa tip yang diberikan ini untuk membantu rambut kembali lebat.

1. KAWAL PEMAKANAN
Amalkan pemakanan yang kaya dengan protein. Antara makanan yang kita boleh makan ialah daging, ikan dan soya. Selain itu, amalkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan pengambilan zat besi yang cukup setiap hari juga amat penting. Zat besi merupakan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan folikel rambut.

2. RAWATAN TOPIKAL
Kaedah rawatan ini dilakukan dengan membuat sapuan pada permukaan kulit. Masalah keguguran rambut ini mempunyai kaitan rapat dengan kulit, maka rawatan ini dilihat sangat berkesan. Antara cara yang boleh digunakan ialah minyak pati, minyak zaitun, minyak telur dan teh hijau. Buat sapuan ke kulit kepala, dan lakukan urutan ringkas agar minyak itu meresap ke kulit kepala.

3. ELAK ROSAKKAN RAMBUT
Tahukah anda penggunaan pengering rambut secara kerap membuatkan rambut cepat rosak. Jadi elakkan menggunakannya secara kerap.

4. PENJAGAAN RAMBUT YANG SEMPURNA
Pastikan kebersihan dan kesihatan kulit kepala sentiasa dijaga. Kehadiran kelemumur dan bakteria ada kemungkinan mengakibatkan berlakunya rambut gugur. Kita perlu bijak memlih syampu yang bersesuaian dengan keadaan kulit kepala kita.

5. AMALKAN PEMAKAN TAMBAHAN
Kita juga digalakkan mengambil suplemen sebagai makanan tambahan. Suplemen atau vitamin ini akan membantu kita mengatasi masalah rambut gugur ini.

Pendek kata, jika kita ambil ringan masalah ini, jangan terkejutlah jika kita akan BOTAK! Jika lelaki masih boleh diterima, tetapi kalau wanita, sendiri mahu fikirlah ya.

SHAKLEE pun boleh membantu anda mengatasi masalah KEGUGURAN RAMBUT juga. 


B COMPLEX
Inositol iaitu salah satu vitamin B berfungsi untuk membantu pertumbuhan rambut. Vitamin B12 pula membantu menghalang keguguran rambut. Masalah keguguran rambut juga boleh berlaku disebabkan oleh tekanan atau stress,dan seperti yang kita tahu vitamin B Complex adalah vitamin anti stress yang terbaik.  

VITA LEA
Kekurangan nutrien dan mineral penting juga boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Pengambilan Vita Lea iaitu multivitamin yang lengkap dan mudah diserap oleh badan boleh membantu kesihatan rambut dan kulit kepala, sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur.

ESP
ESP adalah sumber protein lengkap yang mengandungi kesemua (9jenis) asid amino perlu dan tidak perlu. Oleh kerana protein adalah komponen terbesar dalam struktur rambut, sudah tentulah ESP sangat PERLU dalam memelihara rambut yang sihat dan menawan.  Selain itu, ESP juga kaya dengan isoflavones iaitu hormon yang diperlukan untuk mencegah rambut gugur.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE ini, hubungi sahaja : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang/Taman Scientex/Kota Masai
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.

MAKAN SAYUR DAN BUAH SUDAH CUKUP NUTRIEN?

Makan sayur! Makan buah! Tak makan nanti tak sihat! Itulah antara bebelan mak-mak kepada anak-anak setiap hari. Semuanya kerana ingin melihat anak kekal sihat, cergas dan cerdas otaknya. Dan ada antara kita mengatakan dengan pengambilan sayur dan buah-buahan ini nutrien anak-anak dipenuhi. 

ANDA YAKIN?
ANDA PASTI?

Tahukah anda pengambilan sayur dan buah ini pun kadang-kadang masih tak memenuhi keperluan nutrien tubuh kita. Ya, saya tak kata semua, tetapi kebanyakkan kita tidak mendapat nutrien secukupnya walaupun makan sayur dan buah-buahan. 

Ini mungkin disebabkan beberapa faktor yang mengakibatkan nutrisi sayur-sayuran dan buah-buahan hilang sebelum dimakan oleh semua:

🌲 Faktor persekitaran seperti pencemaran alam, penggunaan racun berlebihan dan bahan kimia terlarang membuatkan sayur dan buah-buahan tercemar

🌲 Banyak sayur dan buah yang sudah diubah genetiknya (GMO). Semuanya kerana inginkan hasil tanaman yang banyak. Tapi GMO INI MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA PENGGUNA

🌲 Cara kita memasak pun boleh mengakibatkan nutrien hilang. Terlalu panas atau terlalu lama di atas dapur boleh menyebabkan nutrien hilang.

Sebab itulah kita tak mampu mendapatkan nutrien itu 100%. Banyak yang sudah hilang sebelum sampai ke dalam perut kita. Jadi, APAKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN NUTRIEN YANG KURANG? 

Kalau saya, saya topup dengan mengamalkan suplemen Shaklee la. Suplemen itu membantu saya mengisi lompong-lompong kosong keperluan nutrien itu. Bukan saja-saja ambil, tapi bersebab ok! Nak sihat, laburkan sedikit wang untuk dapatkan suplemen terbaik untuk badan kita.


Saya sudah guna Shaklee, anda?
Jom cuba! Jom sihat! 
 
 

KENAPA ANAK SAYA GILAKAN OMEGA GUARD?

Minyak ikan terbaik di dunia pastilah OMEGA GUARD.
Anak saya memang gilakan Omega Guard ini tau! Pantang dipantau, sampai 2-3 biji Omega Guard mereka telan sekaligus.

Fahim dan Farhan memang pengguna Omega Guard. Mula-mula mereka memang tak suka dengan Omega Guard, tapi setelah mencubanya 2-3 kali, mereka tangkap sayang akan Omega Guard ini.


Memang Omega Guard jadi pilihan hati mereka berdua. Mak memberikan Omega Guard kepada mereka kerana :

🌳 Perlu untuk fungsi otak.
🌳 DHA penting untuk penghantaran isyarat-isyarat otak dan menguatkan komunikasi antara sel-sel otak.
🌳 Sistem imun badan ditingkatkan, elak selesema, batuk berkahak dan demam.

Sangat berbaloi perlaburan Mak untuk anak-anak ini. Lagi-lagi time promosi inilah Mak boleh beli lebih-lebih sikit sebab JIMAT. 

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#greatsid

Noor Fariza Ramli | 013 985 3706

Rombongan Che Gayah ke KidZania Kuala Lumpur

13 Ogos 2016 yang lalu, lebih kurang 2 bulan lepas saya dan anak-anak telah join lawatan sambil belajar ke KidZania, Kuala Lumpur. Lawatan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Tadika Little Caliphs Pasir Gudang. Disebabkan owner tadika itu jiran kami, maka dia offer kepada mana-mana jiran yang nak join sama. Disebabkan anak-anak tak pernah ke sana, saya pun terus tepek nama siap-siap. 

Malam sebelum itu anak-anak saya, Along dan Angah sangat excited. Disuruh tidur pun mereka still tak lena, banyak sangat soalan yang dikemukakan. Bila nak bertolak? Bila nak naik bas? Siapa lagi pergi? Tempat tu kat mana? Ramai tak orang atas bas? Macam-macam jenis soalan mereka tanya. Seawal jam 5am lagi mereka bangun dan bersiap. Sebabnya jam 5.30 kami dah dijangka bertolak ke Kuala Lumpur. 


 


Perjalanan ke sana bermula, Along dan Angah hepi sangat sebab naik bas. Mereka hanya lelap sekejap saja dalam bas, dan kerja mereka bermain dengan kenalan baru yang lain. Kanak-kanak ini cepat mesra bukan, walaupun mereka berlainan bangsa, tak kenal pun sebelum ini, mereka boleh menjadi mesra dengan cepat. 

Kami sampai di sana lebih kurang 12.00 tengah hari. Ramai dah orangnya time itu. Saya dah jeling-jeling ke aah IKEA yang ada di seberang jalan sana, tapi apakan daya hanya mampu menjeling kerana kali ini datang ikut rombongan kannnnnn.... huhuhu....

Kami mula diberi pas masuk dan terpaksa menunggu agak lama untuk selesaikan proses tersebut. Along dan Angah bertambah excited, kerja melompat dan seperti biasa soalan bertubi-tubi disoal oleh mereka. Bila nak masuk ni? Lambat lagi ke nak masuk ni? Kenapa dia tak bagi masuk lagi ini? Mak senyum sajalah... 

Ok, bila dah masuk dalam tu memang ramai sangat orangnya. Kami masuk pun dah lewat, jadi memang agak sesak keadaan dalam tu. Semua ahli rombongan kanak-kanak meneruskan sesi pengambaran beramai-ramai, para Mak yang ikut serta dalam rombongan ini duduk tepi-tepi sudahlah. Hhiihihii... Lepas sesi bergambar, kami dibawa ke "BANK". CIMB ok! Di sana, kanak-kanak ini diberikan "wang" dijadikan modal mereka. Modal? Ya, modal untuk meneruskan "kehidupan" di dalam KidZania itu. 


Dalam KidZania ini kanak-kanak didedahkan dengan alam pekerjaan. Mereka diberikan simulasi untuk merasai keadaan bekerja sebenar. Ada posmen, bomba, doktor, enggineer, tukang cat, polis, hakim dan macam-macam lagi! Dan mereka boleh memilih mana-mana saja pekerjaan yang mereka ingin lakukan. 

Along dan Angah telah memilih unuk menjadi posmen, polis, tukang cat, model, pekerja bank dan beberapa lagi pekerjaanpilihan mereka. Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan baik, mereka akan diberi gaji. Dan jika gaji ini dikumpulkan dan mengcukupi syarat, wang itu boleh ditukarkan dengan barangan KidZania kelak. 







Jadi, Along dan Angah memang hepi sangat, mereka melakukan pekerjaan bersungguh-sungguh dan hasilnya mereka berjaya mendapat upah yang banyak. Mereka menukarkan wang tersebut dengan patung. Dan tepat jam 5 petang akhirnya kami keluar juga dari situ. Memang enjoy sangatlah Along dan Angah dalam tu tadi. Tak habis-habis mereka bercerita, dari atas bas, sepanjang perjalanan balik dan hingga sampai ke rumah. NON STOP!!! Hihihi...

Seronok melayan karenah anak-anak ini. Sekali sekala bagi mereka keseronokkan berganda, hadiah kepada mereka atas sikap baik mereka. Ini memang mampu membuatkan mereka rasa dihargai dan disayangi. Bawalah anak-anak ke sana, biar mereka merasa apa yang orang dewasa lakukan dalam pekerjaan seharian. Mesti anak-anak anda pun seronok.