Merawat Migrain Dengan Shaklee

Sakit kepala atau migrain oleh menyerang kita pada bila-bila masa sahaja. Adakalanya sakit itu datang menyerang tanpa sebarang petanda atau amaran. Ini dipanggil sebagai Migrain Tanpa Amaran. 

Dan ada yang diserang sakit kepala ini selepas mendapat petanda seperti terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang. 

 Saya yakin, SEMUA ORANG TAK SUKA DISERANG MIGRAIN

Seperti mana kebiasaan, apabila migrain ini menyerang pesakit akan diberikan ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi menghalang kesakitan itu menghantui pesakit. Dan jika pesakit terlampau sakit, ubat akan diberikan dalam kadar dos yang tinggi Pengambilan ubat secara kerap dan terlampau bergantung kepada ubat ini sebenarnya boleh mendatangkan kesan tidak baik terhadap badan kita. 

Jadi, sebaiknya kita mencari alternatif lain untuk mencegah kesakitan itu tanpa menjadikan ubat-ubatan itu sebagai penawar tetap migrain. Dalam artikel saya sebelum ini, saya ada berkongsi beberapa cara alami untuk mengatasi migrain. Antaranya dengan cara pemakanan kita. Pengambilan makanan seperti telur, kekacang, ikan salmon dan bayam mampu mencegah migrain.

Selain itu juga, jika kita mengalami migrain, ada beberapa cara mudah untuk menghilangkan sakit itu. Antaranya merendam tangan dalam air sejuk dan berada dalam bilik yang gelap. 

Baiklah, sebenarnya rahsia saya paling besar untuk mengatasi migrain ini adalah dengan mengamalkan suplemen Shaklee. Terus terang saya beritahu, selepas mengenali Shaklee dan saya mengamalkannya, saya sudah jarang-jarang sekali diserang migrain. Alhamdulillah. Jika dulu, ubat tahan sakitlah menjadi penawar kepada migrain saya, dan sekarang InsyaAllah saya tidak lagi memerlukannya.

Apakah suplemen Shaklee yang saya amalkan untuk mencegah migrain?

Saya mengamalkan Set Migrain Shaklee iaitu :
  1. Ostematrix Shaklee
  2. B Complex Shaklee

Kenapa saya memilih suplemen Shaklee berbanding ubat tahan sakit?

Saya memilih untuk menggunakan suplemen ini kerana suplemen ini dihasilkan daripada bahan semulajadi, selamat untuk kegunaan badan kita serta mampu membekalkan nutrien kepada badan. Berbanding dengan ubat-ubatan, yang mana ubat ini diformulasikan daripada jenis dadah atau bahan-bahan lain yang mana mungkin boleh mendatangkan kesan kepada kita dalam jangka masa yang panjang. 

Bagaimana Set Migrain Shaklee ini membantu saya atasi migrain?

OSTEMATRIX 
  • Mengandungi magnesium yang mana mampu mencegah kekejangan pembuluh darah. Kekejangan pembuluh darah ini merupakan salah satu punca migrain. Magnesium juga membantu mengurangkan frekuensi sakit kepala.
B COMPLEX
  • Mengandungi vitamin B2 (Riboflavin) dn juga B6 (Pyrdoxine) yang dapat mengurangkan sakit akibat migrain. B Complex juga mencegah stres dan strok. 
Pengambilan kedua suplemen ini secara konsisten banyak membantu saya mengatasi masalah migrain dan sakit kepala. 

Jom kita lihat beberapa testimoni pengguna set migrain ini. 

Testimoni Migrain 1
Testimoni Migrain 2
Testimoni Migrain 3

Dengan pengambilan Set Migrain Shaklee ini, kami berjaya mencegah kesakitan akibat migrain itu. Dan anda patut mencuba dan merasai kesan yang super syok ini!


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SET MIGRAIN SHAKLEE, hubungi sahaja : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 



















Sakit Kepala Melampau dan Cara Atasinya Dengan Sihat dan Selamat

Migrain merupakan salah satu punca sakit kepala yang berulang-ulang. Dianggarkan 1/4 orang wanita dan 1/12 lelaki mengalami masalah migrain ini pada masa-masa tertentu sepanjang hayat mereka. Biasanya masalah migrain ini dikatakan mula menyerang penghidapnya sejak dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih teruk pada zaman remaja.

Saya sendiri pernah mengalami masalah migrain ini. Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu. Ketika sakit, pernah saya menangis dan berguling-guling menahan sakit, muntah-muntah dan pernah saya hampir-hampir pitam. Kawan saya pun ada yang sampai tahap menghantuk kepala ke dinding kerana terlampau sakit. Ini menyeksakan bukan? 
Jom saya ceritakan secara ringkas mengenai migrain. Mana tahu, selepas ini ada antara insan yang berada di sekeliling kita mengalaminya. Atau mungkin kita sendiri yang mengalaminya tanpa sedar. 

Bilakah Migrain Berlaku?
  • Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan hal ini sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Dan apabila berlaku, biasanya pesakit akan diberikan dos ubat yang tinggi bagi menahan sakit itu.

Klafikasi Migrain 
  • Migrain ini boleh diklafikasikan kepada 2. 
  1. Migrain tanpa amaran yang mana menyerang pesakit tanpa memberi sebarang tanda amaran. Migrain ini lebih kerap menyerang pesakit berbanding migrain dengan amaran. 
  2. Migrain dengan amaran pula ialah sakit kepala yang didahului oleh amaran.  
Jenis-jenis Migrain

1. Menstrual Migraine
  • Migrain jenis ini berlaku ketika waktu haid sahaja, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain.
2. Abdominal Migraine
  • Biasannya berlaku kepada kanak-kanak. Serangannya berlaku dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala.
3. Ocular Migraine
  • Migrain jenis ini pula mengakibatkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan  pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata menjadi tidak normal.
 4. Hemiplegic Migraine 
  • Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada sebelah badan, kadang-kadang menyebabkan kita kompius itu strok atau migrain. 
5. Basilar-type Mograine 
  • Tanda-tandanya termasuklah sakit pada bahagian belakang kepala, dan tanda amaran yang luar biasa seperti menjadi buta sementara, imej berganda, pening yang berpusing-pusing, dengung dan pertuturan yang tidak jelas serta pening kepala. 

Punca-punca Migrain
  1. Makanan seperti alkohol, buah-buahan sitrus, kafein serta makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt dan kacang).
  2. Persekitaran seperti merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya yang terlalu terang,atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising  dan bau yang kuat merupakan faktor penyebab migrain.
  3. Psikologi yang mana melibatan perasaan seperti kemurungan, sedih, cemas, marah dan berada dalam keadaan tekanan.
  4. Ubat-ubatan untuk rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan pil perancang keluarga.
  5. Punca lain seperti haid, pertukaran masa tidur dan putus haid

Makanan Yang Mampu Mencegah Migrain
Ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu kita untuk mencegah migrain. Perhatikan gambar yang dipaparkan.  


Cara Mudah Legakan Sakit Migrain & Sakit Kepala

1. Merendam tangan dalam air sejuk
  • Rendam kedua-dua belah tangan di dalam air sejuk selama yang boleh. Semasa merendamnya, buka dan tutup tangan anda. 
2. Berada dalam bilik gelap
  • Apabila sakit kepala menyerang, cuba untuk duduk dalam bilik SINIyang gelap. Elakkan cahaya. Baring dan tutup mata, tutup semua lampu dan langsir. Biar bergelap untuk dapat ketenangan dan senang untuk tidur.
3. Mengambil sedikit kafein
  • Tahukah anda, dengan mengambil kafein dalam kadar tertentu sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Bau kopi mampu menjadikan minda kita tenang dan antistress. Ambillah sedkit kafein apabila sakit, dan rasailah perbezaannya.
4. Baring secara terbalik
  • Apabila baring di atas katil, turunkan kepala anda ke bawah, hingga mencecah ke lantai dan biarkan kaki sahaja di atas katil. Ini dapat menjadikan darah menurun ke bahagian kepala. Salah satu punca migrain ialah kekurangan oksigen dan darah kebahagia kepala. Buat untuk beberapa ketika dan secara berperingkat hingga sakit itu hilang. 

Ini antara info ringkas yang boleh saya kongsikan dengan rakan-rakan semua. Tahukah anda, saya merupakan salah seorang daripada jutaan manusia di dunia ini yang sering mengalami sakit kepala ini. Sejak dari usia kanak-kanak, saya sering mengalami sakit kepala dan penawarnya ialah ubat tahan sakit atau Panadol. 

Bayangkan usia kanak-kanak, saya sudah mengambil ubat tahan sakit. Mak ayah saya tak marah ke? Mahunya mereka tak marah! Tapi saya ni degil, saya curi-curi makan sebab nak hilangkan rasa sakit itu. JANGAN TIRU PERANGAI BURUK SAYA INI!!!

Dan Alhamdulillah, sekarang ini selepas beberapa lama mengambil ubat tahan sakit itu, saya berjaya mengurangkan pengambilannya itu. Saya jarang-jarang sekali mengambilnya sekarang dan saya beralih ke arah cara yang lebih sihat dan selamat. Nak tahu caranya? Klik SINI

Baiklah, itu sahajalah perkongsian mengenai migrain ini. Mungkin kita tidak sedar, kita juga sering mengalami migrain. Dan cara mudah, telan ubat tahan sakit tanpa memikirkan kesan sampingan selepas itu. Jom atasinya dengan cara yang lebih sihat dan selamat. Sayangilah tubuh kita!

Sumber Info : Majalah Rapi (Oktober 2015)