Sakit Kepala Melampau dan Cara Atasinya Dengan Sihat dan Selamat

11/12/2015 Unknown 0 Comments

Migrain merupakan salah satu punca sakit kepala yang berulang-ulang. Dianggarkan 1/4 orang wanita dan 1/12 lelaki mengalami masalah migrain ini pada masa-masa tertentu sepanjang hayat mereka. Biasanya masalah migrain ini dikatakan mula menyerang penghidapnya sejak dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih teruk pada zaman remaja.

Saya sendiri pernah mengalami masalah migrain ini. Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu. Ketika sakit, pernah saya menangis dan berguling-guling menahan sakit, muntah-muntah dan pernah saya hampir-hampir pitam. Kawan saya pun ada yang sampai tahap menghantuk kepala ke dinding kerana terlampau sakit. Ini menyeksakan bukan? 
Jom saya ceritakan secara ringkas mengenai migrain. Mana tahu, selepas ini ada antara insan yang berada di sekeliling kita mengalaminya. Atau mungkin kita sendiri yang mengalaminya tanpa sedar. 

Bilakah Migrain Berlaku?
  • Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan hal ini sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Dan apabila berlaku, biasanya pesakit akan diberikan dos ubat yang tinggi bagi menahan sakit itu.

Klafikasi Migrain 
  • Migrain ini boleh diklafikasikan kepada 2. 
  1. Migrain tanpa amaran yang mana menyerang pesakit tanpa memberi sebarang tanda amaran. Migrain ini lebih kerap menyerang pesakit berbanding migrain dengan amaran. 
  2. Migrain dengan amaran pula ialah sakit kepala yang didahului oleh amaran.  
Jenis-jenis Migrain

1. Menstrual Migraine
  • Migrain jenis ini berlaku ketika waktu haid sahaja, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain.
2. Abdominal Migraine
  • Biasannya berlaku kepada kanak-kanak. Serangannya berlaku dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala.
3. Ocular Migraine
  • Migrain jenis ini pula mengakibatkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan  pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata menjadi tidak normal.
 4. Hemiplegic Migraine 
  • Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada sebelah badan, kadang-kadang menyebabkan kita kompius itu strok atau migrain. 
5. Basilar-type Mograine 
  • Tanda-tandanya termasuklah sakit pada bahagian belakang kepala, dan tanda amaran yang luar biasa seperti menjadi buta sementara, imej berganda, pening yang berpusing-pusing, dengung dan pertuturan yang tidak jelas serta pening kepala. 

Punca-punca Migrain
  1. Makanan seperti alkohol, buah-buahan sitrus, kafein serta makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt dan kacang).
  2. Persekitaran seperti merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya yang terlalu terang,atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising  dan bau yang kuat merupakan faktor penyebab migrain.
  3. Psikologi yang mana melibatan perasaan seperti kemurungan, sedih, cemas, marah dan berada dalam keadaan tekanan.
  4. Ubat-ubatan untuk rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan pil perancang keluarga.
  5. Punca lain seperti haid, pertukaran masa tidur dan putus haid

Makanan Yang Mampu Mencegah Migrain
Ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu kita untuk mencegah migrain. Perhatikan gambar yang dipaparkan.  


Cara Mudah Legakan Sakit Migrain & Sakit Kepala

1. Merendam tangan dalam air sejuk
  • Rendam kedua-dua belah tangan di dalam air sejuk selama yang boleh. Semasa merendamnya, buka dan tutup tangan anda. 
2. Berada dalam bilik gelap
  • Apabila sakit kepala menyerang, cuba untuk duduk dalam bilik SINIyang gelap. Elakkan cahaya. Baring dan tutup mata, tutup semua lampu dan langsir. Biar bergelap untuk dapat ketenangan dan senang untuk tidur.
3. Mengambil sedikit kafein
  • Tahukah anda, dengan mengambil kafein dalam kadar tertentu sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Bau kopi mampu menjadikan minda kita tenang dan antistress. Ambillah sedkit kafein apabila sakit, dan rasailah perbezaannya.
4. Baring secara terbalik
  • Apabila baring di atas katil, turunkan kepala anda ke bawah, hingga mencecah ke lantai dan biarkan kaki sahaja di atas katil. Ini dapat menjadikan darah menurun ke bahagian kepala. Salah satu punca migrain ialah kekurangan oksigen dan darah kebahagia kepala. Buat untuk beberapa ketika dan secara berperingkat hingga sakit itu hilang. 

Ini antara info ringkas yang boleh saya kongsikan dengan rakan-rakan semua. Tahukah anda, saya merupakan salah seorang daripada jutaan manusia di dunia ini yang sering mengalami sakit kepala ini. Sejak dari usia kanak-kanak, saya sering mengalami sakit kepala dan penawarnya ialah ubat tahan sakit atau Panadol. 

Bayangkan usia kanak-kanak, saya sudah mengambil ubat tahan sakit. Mak ayah saya tak marah ke? Mahunya mereka tak marah! Tapi saya ni degil, saya curi-curi makan sebab nak hilangkan rasa sakit itu. JANGAN TIRU PERANGAI BURUK SAYA INI!!!

Dan Alhamdulillah, sekarang ini selepas beberapa lama mengambil ubat tahan sakit itu, saya berjaya mengurangkan pengambilannya itu. Saya jarang-jarang sekali mengambilnya sekarang dan saya beralih ke arah cara yang lebih sihat dan selamat. Nak tahu caranya? Klik SINI

Baiklah, itu sahajalah perkongsian mengenai migrain ini. Mungkin kita tidak sedar, kita juga sering mengalami migrain. Dan cara mudah, telan ubat tahan sakit tanpa memikirkan kesan sampingan selepas itu. Jom atasinya dengan cara yang lebih sihat dan selamat. Sayangilah tubuh kita!

Sumber Info : Majalah Rapi (Oktober 2015)

0 comments: