11 Tabiat Menjadikan Kita Tua Sebelum Usia

12/02/2014 Unknown 0 Comments

Rutin penjagaan kecantikan diri anda sudah betul, tetapi anda masih kelihatan lebih tua berbanding rakan seusia.

KENAPA???

Penjagaan kecantikan bukan terletak kepada penggunaan produk semata-mata. Namun corak pemakanan dan tabiat harian kita turut terlibat. Biasanya, kita lebih memberikan tumpuan terhadap penggunaan produk dan juga pemakanan, tetapi jarang sekali memikirkan kesan tabiat harian pada kecantikan. Berikut merupakan 11 tabiat yang boleh menjadikan kita semakin tua!

1. SUKA BERJGA MALAM
  • Untuk menjaga kesihatan, kita haruslah mempunyai waktu tidur yang mengcukupi.
  • Orang yang kurang tidur akan mempunyai mata yang sembap dan lingkaran hitam serta wajah yang pucat.
  • Ini menjadikan kita kelihatan kurang bermaya dan tidak menarik pada pandangan orang lain.

2. MINUM AIR TIDAK CUKUP
  • Air amatlah penting bagi mengekalkan kelembapan dan membantu mengahntar nutrien penting kepada kulit.
  • Akibat kekurangan air, kulit boleh menjadi kering, tegang, mengelupas dan menjadikan kita kelihatan tua.
  • Selain meminum air, kita juga boleh mengamalkan makanan yang tinggi kandungan airnya seperti mentimun dan tomato.

3. BERSENAM SECARA TIDAK KONSISTEN
  • Senaman secara konsisten membantu badan mencegah penyakit berkaitan usia.
  • Senaman mampu membantu mengawal tekanan darah tinggi, memperbaiki mood dan memastikan diri kuat dan fleksibel apabila usia semakin meningkat.

4. SUKA MAKANAN MANIS
  • Jika anda penggemar makanan manis selepas anda makan, anda seolah-olah menggalakkan wujudnya kedut di kulit.
  • Makanan yang tinggi gula boleh menjadikan diri kita gemuk, berisiko mendapat diabetes dan masalah jerawat dan kedut.

5. MEROKOK
  • Jika anda seorang yang benar-benar menitikberatkan hal kesihatan, anda seharuslah berhenti daripada terus merokok.
  • Merokok akan menyebabkan radikal bebas dilepaskan.
  • Mereka yang merokok berisiko lebih tinggi untuk mendapat sebarang penyakit.

6. MENGGOSOK MATA
  • Tabiat menggosok mata boleh merosakkan kolagen dan keanjalan kulit di sekeliling mata, dan ini boleh menghasilkan kedutan dan memecahkan kapilari.

7. BERAT BADAN TURUN-NAIK
  • Try kekalkan berat badan yang sihat kerana berat badan yang sentiasa turun-naik akan menambahkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
  • Satu kajian telah dilakukan pada 2012 melihat perubahan berat 80 orang wanita yang mengalami obesiti dan berat berlebihan. Selepas diet selama lima bulan, mereka berjaya menurunkan berat secara purata sebanyak 11.4kg. Akan tetapi, berat kembali bertambah sebanyak 32 peratus daripada berat yang turun pada tahun berikutnya. Wanita yang beratnya bertambah ini mempunyai paras kolesterol LDL, insulin dan rintangan insulin lebih tinggi berbanding sebelum berdiet.
 
 

8. TIDUR MENANGKUP
  • Gaya tidur seperti ini boleh membuatkan kita kelihatan tua. KENAPA???
  • Muka yang tertangkup pada bantal akan meninggalkan trauma pada kulit. Trauma ini akan terus bertambah akibat geseran pada sarung bantal kain kapas, kedutan akan terhasil apabila kolagen terurai.
  • Keupayaan kulit untuk plih akan terbantut kerana peredaran darah yang tersekat apabila kita menekap muka ke bantal.
  • Elakkan hal ini berlaku dengan tidur secara terlentang atau menggunakan sarung bantal stin untu mengurangkan kesan geseran.

9. MAKAN MAKANAN SEGERA
  • Kita tahu yang makanan segera mempunyai paras garam, lemak dan kolesterol yang tinggi. Ini akan mempercepat lagi proses penuaan berlaku dan menambah kecenderungan untuk gemuk adalah tinggi.
  • Elakkan makanan yang diproses dan makan makanan yang semula jadi.

10. MENYIMPAN DENDAM
Ohh...bukan saya yang cakap, tetapi memang ada kajian sudah dilakukan!
  • Kajian dilakukan menunjukkan hubungan antara kesihatan fizikal dan kemaafan. Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Tingkah Laku Amerika pada 2005 menunjukkan sikap TIDAK MEMAAFKAN orang akan meningkatkan aktiviti simptom saraf, membawa kepada pengambilan banyak ubat dan mengurangkan kualiti tidur.
  • Berdendam juga boleh menambahkan stres, yang akan meninggikan hormom kortisol. Hormon kortisol ini menyumbang kepada penambahan berat badan, tekanan darah tinggi, menaikkan paras gula dalam darah dan menambah risiko diabetes. Fuhhhh.... BAHAYA!!!!!

11. TIDAK TAHU CARA MENGURANGKAN STRES
  • Stres yang kronik dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Dua kejadian besar pada hidup kita dalam masa setahun sudah cukup untuk meningkatkan risiko kematian.
  • Elakkan stres, ubah reaksi kita kepadanya, menerima apa sahaja perkara atau menyesuaikan diri dengan mengubah ekspektasi kita.
 

Kredit : www.msn.living.com (Majalah Ibu & Anak Oktober 2014)

Jom audit diri! Perhatikan yang mana menjadi tabiat anda dan sama-samalah kita atasinya! Elak tua sebelum usia kerana itu amat menyedihkan! Hihihi....

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi sahaja :
Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

 



0 comments: