6 Kelebihan Mempunyai Kulit Wajah Berminyak

11/13/2015 Unknown 0 Comments

Kulit berminyak? Wajah bersinar? Melekit?


Boleh dikatakan semua wanita mahupun jejaka tampan kacak bergaya akan menjadi risau dan bimbang yang amat apabila kulit wajah mereka terlalu berminyak. Kita sering membaca artikel mengenai keburukan jikamemiliki kulit wajah yang berminyak. Kulit wajah berminyak boleh membuatkan kita cepat naik jerawat, kulit muka tercemar dan minyak itu akan memerangkap debu. 

Tahukah anda sebenarnya di sebalik kekurangan itu ada kelebihannya? 
Jadi anda tidak perlu risau jika kulit wajah anda berminyak. Tetapi, janganlah OVER MINYAK pula ya. Pendek kata, biarlah berpada-pada. Mari kita lihat, apakah kelebihan mempunyai kulit wajah berminyak ini. 


1. Glowing Semulajadi
Kita patut bersyukur dengan mempunyai kulit wajah berminyak ini. Saya nak tanya anda, suka atau tak jika kulit wajah kita glowing-glowing gitu? Suka bukan? Jika kulit wajah berminyak, kesan glowing itu berlaku secara semulajadi. Kita tidak perlu lagi memakai mask atau krim tertentu bagi mendapatkan kesan glowing itu. Minyak yang ada itu menjadikan kesan glowing semulajadi, natural beauty gitu... 

2. Kadar Penuaan Lebih Lambat
Wowwww! AMAZING!!! Dengan kulit wajah berminyak, kesan penuaan itu menjadi lebih lambat. Ini mungkin disebabkan kulit wajah lembap dan garis-garis penuaan akan lambat kelihatan. 

3. Tidak Memerlukan Krim
Jika kita berkulit kering, kita terpaksa menepek krim ke muka bagi mendapatkan kesan lembap. Dan anda yang mempunyai wajah berminyak tidak perlu susah-susah menepek krim kerana dengan memakai krim atau tidak, kulit asal kita sudah pun lembap. 

4. Kulit Terbaik Untuk Kesan Makeup yang OHSEM!


Kulit terbaik untuk makeup ialah kulit wajah berminyak. Sebelum bersolek untuk kulit anda, kita perlu mempunyai lapisan minyak semulajadi supaya solekan melekat dan tahan lebih lama. Pakar-pakar kecantikan suka bekerja dengan kulit yang mempunyai minyak semulajadi. Ini membantu untuk mengimbangi penggunaan solekan itu.

5. Menyembunyikan Kedutan
Kulit wajah yang berminyak membantu untuk menyembunyikan kedutan. Jadi, jika anda mempunyai masalah lebihan minyak pada kulit anda, hidratkan kulit anda dengan bantuan air. Pengambilan air membantu untuk menjaga kulit anda kelihatan baik. 

6. Tidak Perlu Risau TAN!


Tanning atau dalam bahasa mudahnya proses menjadikan kulit menjadi warna kecoklatan. Jika anda mempunyai kulit wajah berminyak, kulit berminyak itu mampu menyembunyikan tan. Jadi, jika ingin bercuti di tepi pantai di bawah sinar mentari, anda tidak perlu risau lagi dengan kesan gelap yang akan berlaku pada kulit anda. 

Adakah anda setuju dengan kelebihan ini? Hehehe... Jadi tidak perlu rendah diri jika anda memiliki kulit wajah berminyak. Tapi saya ingatkan lagi sekali, jangan terlampau berminyak pula. Jika terlampau berminyak, itu pun boleh mendatangkan lebih banyak masalah berbanding kelebihan. 

Ok, enjoy dengan kulit wajah anda ya! Chillllll......

Sumber Info : www.boldsky.com  

0 comments: