Kenapa keadaan saya semakin teruk semasa mula-mula amalkan suplemen? Krisis pemulihan?

5/16/2014 Unknown 0 Comments

Krisis Pemulihan (Healing Crisis)

Kenapa keadaan saya semakin teruk semasa mula-mula amalkan suplemen? Kenapa jerawat makin naik? Kenapa saya pening-pening saja ni? Kenapa mata saya gatal-gatal? Kenapa badan saya rasa makin teruk selepas ambil suplemen? Ya, ini merupakan antara soalan yang sering diutarakan oleh pengguna suplemen yang baru memulakan pengambilan.

Sesetengah daripada kita mungkin akan melalui suatu tempoh penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ini adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, maka krisis pemulihan terjadi. 



Semasa tempoh penyesuaian ini, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah menyerang tubuh kita dahulu akan datang kembali. Biasanya keadaan ini akan berlaku untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. 

Kenapa ini berlaku sebenarnya???

Hal ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama. Sisa-sisa makanan, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan ini semuanya menyumbang ke arah penimbunan toksin dalam badan itu. Dengan pengambilan suplemen ini adalah bagi membantu mempertingkatkan lagi sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu ini, ada kemungkinan kita akan mengalami pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang bewarna keruh, berasa hangat, berpeluh dan sebagainya. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu antara 1-2 minggu kemudian.

Apa yang perlu dilakukan jika keadaan ini berlaku???

Dalam tempoh pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehatlah secukupnya dan makanlah lebih sayur dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan maka lebih mudah kita melalui fasa ini. 


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya poxtaakasia@gmail.com | SMS/WhatsApp 013-9853706 | add saya di FB Fariza Ramli untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Vitamin Mama Giant untuk tips kesihatan/kecantikan.
 
*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

0 comments: