Meal Shakes

5/13/2014 Unknown 0 Comments

Meal Shakes adalah antara produk Shaklee yang laris. Gabungan Meal Shakes bersama produk Shaklee yang lain jugak memberikan kesan berbeza bergantung kepada kondisi dan keperluan pengguna tersebut. Namun masih ramai yang was-was dengan Meal Shakes ini. Betul ke itu, betul ke ini? Baiklah, jom kita jawab soalan rambang yang biasa ditanya oleh mereka yang ingin menggunakan Meal Shakes ini.

  
Apakah itu Meal Shakes? 

Meal Shakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk dengan perisa vanilla iaitu tiada sebarang pewarna atau gula tiruan yang mengandungi asid amino dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.

Apakah khasiat dalam Meal Shakes?
iMengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita yang kita tidak akan perolehi daripada makanan kita seharian. 
ii. Mengandungi protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu untuk pembinaan sel-sel untuk kulit, kuku, rambut, darah dan sebagainya.

Siapakah yang boleh ambil Meal Shakes? 
Boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas sehinggalah orang dewasa dan warga emas.

Berapa sudu patut diambil satu hari?
Dosage yang dicadangkan mengikut umur.

  • Kanak-kanak 1 tahun-3tahun = 1-3 sudu teh (Maksimum 1x sehari)
  • Kanak-kanak 3 tahun ke atas = 1-3 sudu besar (Maksimum 2x sehari)
  • Dewasa = 1 sudu besar
 (Sumber : Bengkel Nutrisi Shaklee)

Bolehkah Mealshakes dicampurkan dengan minuman yang lain? 
Ya, boleh dicampurkan dengan apa-apa minuman. Cuma elakkan dengan minuman berkafein seperti Nescafe, teh ataupun kopi. Bancuh dengan air sejuk ataupun air suam, elakkan juga air yang panas.


Adakah fruktosa terkandung dalam Meal Shakes (kandungan gula)? 
Sebahagian gula dalam Meal Shakes adalah fruktosa iaitu karbohidrat semulajadi di dalam sayuran dan buah-buahan. Dalam Meal Shakes, fruktosa adalah diekstrak daripada jagung. 

Berapakah banyak kandungan fruktosa dalam Meal Shakes? 
Kandungan fruktosa dalam MealShakes adalah 8.8 gram per hidangan.
 

Adakah fruktosa menyebabkan kanser? 
Fruktosa tidak menyebabkan kanser.
 

Adakah dalam Meal Shakes terkandung Maltodextrin? 
Ya.

Apakah itu maltodextrin? 
Maltodextrin adalah karbohidrat yang diperbuat daripada pecahan kanji yang ada secara semulajadi dalam jagung. Kegunaan maltodextrin adalah untuk mengikat (bonding) antara vitamin dan nutrisi.  

Adakah maltodextrin itu berbahaya pada kanak-kanak? 
Maltodextrin yang terkandung dalam Meal Shakes adalah tidak sama dengan yang terkandung di dalam makanan ringan (junk food) kerana Maltodextrin Meal Shakes dibuat secara semulajadi daripada jagung.

Adakah ibu menyusu boleh ambil Meal Shakes? 
Ya, boleh. Pengambilan Meal Shakes boleh membantu membanyakkan lagi susu badan.

Boleh ke MealShakes dibancuh bersama ESP ataupun Performance Drinks?  
Untuk kanak-kanak ataupun dewasa? 
Ya, boleh. Boleh dibancuh iaitu dicadangkan campurkan 2 sudu besar Meal Shakes bersama ESP dan Performance Drinks (ketika perut kosong) untuk dewasa. Untuk kanak-kanak dicadangkan ESP bersama Meal Shakes tetapi dikurangkan dosagenya. 


Selepas mengambil Meal Shakes, anak saya kerap demam dan batuk. Kenapa perkara ini terjadi? 
Anak anda mungkin mengalami healing crisis. Anak anda boleh teruskan pengambilan Meal Shakes dalam masa seminggu dan pada masa yang sama banyakkan minum air kosong.
 

Selepas ambik Meal Shakes, anak saya kurang makan sebab kekenyangan. Adakah ini perkara yang normal?
Anda tidak boleh membiarkan keadaan seperti itu berlaku kerana fungsi Meal Shakes adalah sebagai makanan tambahan bagi menampung nutrisi yang tidak dapat diperoleh daripada makanan utama. Oleh sebab itulah  makanan utama perlu diambil.


Anak-anak saya cirit birit selepas mengambil Meal Shakes? Mengapakah keadaan ini berlaku? 
Ini juga salah satu proses healing crisis. Mungkin anda boleh mengurangkan dose Meal Shakes kerana Meal Shakes bertindak sebagai agen detox iaitu mengandungi serat larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada usus dan perut.

Jadi, dengan persoalan di atas ini diharaplah dapat membantu anda sedikit sebanyak bagi mengenalpasti dan menangani masalah yang timbul mengenai Meal Shakes. Jika anda ingin mendapatkan penerangan lebih lanjut atau ingin mendapatkan Meal Shakes ini daripada saya, hubungi sahaja :


 Fariza Ramli
013-9853706
poxtaakasia@gmail.com
FB : Fariza Ramli 










0 comments: