5 Cara Bersenam Untuk Anda Yang Malas Bersenam
5 cara sihat buat si pemalas? Saya tertarik dengan tajuk artikel yang disiarkan dalam Mingguan Wanita Keluaran 9 September hingga 15 September 2015 ini. Kenapa? Sebab saya pun sebenarnya salah seorang daripada ribuan "si pemalas" tersebut! Si pemalas yang dimaksudkan ini ialah mereka yang MALAS BERSENAM sebenarnya.
Gambar hiasan |
Bukan semua orang rajin bersenam. Mungkin atas faktor masa, kita tidak sempat untuk bersenam. Atau mungkin atas faktor tempat, di mana tiada tempat yang sesuai untuk bersenam. Menurut penulis, mungkin ada antara kita yang sudah selesa dengan rutin harian kita, seronok berpotluck di office. Begitu juga dengan suri rumah yang sudah terbiasa di dapur. Menikmati makanan lazat hinggakan leka dan langsung tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Dalam kelekaan itu, jika kita hanya membiarkannya begitu sahaja, adakah kita akan sihat? Adakah tubuh badan kita menjadi cergas? Minda kita cerdas? Semestinya TIDAK! Jadi, jom kita ikuti panduan yang disarankan ini bagi mengebalikan kecergasan tubuh dan kecerdasan minda kita semua.
1. Senaman Atas Katil
Gambar hiasan |
Jangan disangka katil bukan sahaja tempat untuk tidur, malah anda boleh bersenam di atasnya. Mungkin sebaik sahaja bangun dari tidur, kita boleh melakukan senaman kaki, tangan atau bangkit tubi agar membantu untuk memecahkan lemak di tubuh kita. Lakukan secara konsisten dan sekerap mungkin agar kalori dapat dikurangkan dengan cepat.
2. Gunakan Tangga
Gambar hiasan |
Rumah anda ada tangga? Atau di tempat kerja anda ada tangga? Jika YA, itu sebenarnya satu kelebihan. Elakkan lif, dan gunakan saja tangga tidak kira pagi atau petang.
Dengan aktiviti turun naik tangga ini, kita mampu melatih otot kaki dan pinggul. Dan, pembakaran kalori sebanyak 302 turut berlaku.
Mudah bukan? Turun naik saja tangga itu, untung-untung dapat body slim seperti Jennifer Lopez tanpa disangka-sangka! Angan-angan itu penting bukan? Hehehe...
3. Berdiri Sesekali
Bagi mereka yang sibuk menguruskan anak-anak, atau yang sibuk menguruskan hal di dapur, itu sebenarnya merupakan salah satu bentuk senaman. Terutamanya ketika kita berdiri dan berjalan ke sana, ke sini untuk mengambil barang. Berkejar ke sana ke mari salah satu cara yang baik untuk menurunkan berat badan kita.
4. Ketawa
Gambar hiasan |
Apa, ketawa? Ya, ketawa mampu meredakan tekanan. Berada dalam keadaan tertekan akan menjadikan kita hilang pertimbangan dan sukar untuk fokus. Paling mudah, ketawa sahaja dan kembalikan kesihatan minda kita.
Ketawa juga mampu menghilangkan rasa sakit, meredakan ketegangan dan meningkatkan fungsi kekebalan badan kita. Jadi, jika kita terlalu malas untuk bersenam, apa kata kita lakukan sajalah senaman mulut yang satu ini.
5. Peluklah Pasangan Anda
Jika kita berpuas hati dengan pasangan kita, pasti akan timbul perasaan tenang di dalam jiwa. Perasaan tenang ini akan memberikan kesan baik terhadap tubuh dan pemikiran kita. Ketenangan ini akan bertambah apabila kita dapat memeluk pasangan yang kita cintai.
Gambar hiasan |
Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara Barat, pelukan yang menenangkan dapat membebaskan hormon kortisol sekaligus dapat mengurangkan 7 peratus tekanan. Apa tunggu lagi, peluklah pasangan anda sekarang. Amaran keras!!! Peluklah pasangan anda yang sah sahaja, jika belum sah, peluk saja batang pokok! Hahahaha... Just kidding!
Semua cara yang disarankan penulis artikel asal ini amat mudah dan sebenarnya kita sendiri sudah melakukannya. Perkara yang mudah ini mampu menjadikan tubuh kita kembali cergas dan minda menjadi cerdas. Jangan lengahkan masa lagi, jom lakukannya sekarang. Selamat bersenam semua!
Sumber : Tip Sihat (Mingguan Wanita)
0 comments: