Beza Ubat dan Suplemen
Ubat atau suplemen?
Sebenarnya, sebelum saya kenal dengan Shaklee, saya selalu beranggapan yang UBAT = SUPLEMEN. Walhal, apa yang saya fikirkan itu SALAH sama sekali! Ubat VS Suplemen merupakan dua benda yang berlainan.
Sumber : Ihsan Google.com |
Selalu kita mendengar ungkapan seperti di bawah ini :
"Kenapa saya perlu ambil suplemen? Saya bukannya sakit".
"Buat apalah susah-susah telan suplemen, sakit nanti pergi sajalah klinik".
"Kau saja nak promote suplemen ni kan, nak upkan sales kau kan...".
"Tak payahlah membazir beli suplemen ni semua, membazir! Sakit nanti beli saja ubat di klinik".
Selalu bukan kita mendengarnya? Dan kadang-kadang kita pun terfikir benda yang sama. Jika kita berpandangan begini, sebenarnya kita masih kurang ilmu mahupun info mengenai suplemen dan mungkin kita boleh digolongkan dalam kalangan insan yang tidak mementingkan kesihatan.
Cuba kita lihat, apakah beza antara UBAT dan SUPLEMEN.
UBAT
Sumber : Ihsan Google.com |
- Ganjil dengan tubuh badan di mana ubat tidak menjadi sebahagian daripada tisu badan kita, dan tidak menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
- Ejen-ejen bahan kimia yang kuat dan mampu merubah proses enzim dan tindakan biokimia.
- Mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan kita.
- Bertindak baik hanya secara berasingan.
- Berkemungkinan kesan ubat boleh membawa maut, jika diambil secara berlebihan contohnya.
- Ubat akan bertindak dengan pantas, sebab itu ramai yang sakit bergantung kepadanya.
- Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan punca sakit tersebut.
- Pengambilannya haruslah secara terkawal bagi menghalang pengambilan secara berlebihan.
- Orang yang lebih tua biasanya memerlukan ubat dalam kuantiti lebih sedikit kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang serius berbanding orang yang lebih muda.
SUPLEMEN
- Suplemen penting kepada tubuh badan.
- Membantu tindakan biokimia dan proses enzim.
- Tidak menimbulkan kesan sampingan berpanjangan. Kesan sampingan selepas pengambilan suplemen dipanggil HEALING CRISIS, iaitu proses penyembuhan dan bersifat sementara.
- Bertindak lebih baik.
- Sesuai diambil bersama makanan untuk kesan optimum.
- Sentiasa SELAMAT.
- Kesan pengambilan suplemen mungkin lambat kerana suplemen bertindak perlahan-lahan dalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana suplemen bukan ubat!
- Mampu bantu merawat punca penyakit.
- Tidak memerlukan kawalan ketat sepertimana jika mengambil ubat-ubatan.
- Bagi golongan berusia, mereka memerlukan lebih banyak suplemen kerana faktor usia menjadikan kekurangan nutrien dalam badan.
- Meningkatkan fungsi sel untuk menangkis serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain.
Selepas membaca perbezaan di atas, saya rasa kita semua dapat membuat kesimpulan iaitu;
# Ubat hanya diambil apabila sakit sahaja, manakala suplemen boleh diambil pada bila-bila masa. Yang penting, minumlah air yang banyak semasa pengambilan suplemen ini.
# Ubat boleh bertindak lebih pantas kerana mengandungi DADAH, suplemen tidak mengandungi dadah namun mengandungi vitamin-vitamin yang sihat bagi melawan segala penyakit.
Pilihan di tangan anda sekarang!
Jika saya, saya lebih memilih untuk menggunakan suplemen kerana suplemen ternyata lebih selamat. Dan saya turut memilih suplemen kerana berpegang kepada kata-kata MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.
Sebarang pertanyaan & tempahan :
Fariza
Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di
kawasan Pasir Gudang/Masai
Penghantaran
dengan Pos Laju ke seluruh negara
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang
dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau
menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan
digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
0 comments: