8 Cara Mudah Kawal Nafsu Makan Di Tempat Kerja

10/19/2015 Unknown 0 Comments

Hai semua! Banyak juga info yang dapat saya cedok daripada Majalah Rapi ini. Salah satunya perkongsian mengenai beberapa cara atau tips untuk kawal nafsu makan di tempat kerja. 

Try kita check apa yang ada di atas meja kerja kita. Pen, buku, fail, laptop, pc, printer dan kadang-kadang pasti terselit snek atau makanan kegemaran kita. Betul atau tak? Macam saya sendiri, memang ada bekas khas untuk menyimpan biskut atau snek kegemaran saya. Jenguk meja kawan saya pula, lagi banyak koleksi makanan yang dia milikki. Macam-macam ada bak kata Astro.

 

Bagaimana nak langsing bergaya jika kita terus makan, makan dan makan?
Jadi, menurut perkongsian dari majalah Rapi kali ini mungkin boleh membantu kita semua menghadapi masalah ini. Jom kita terjah cara kawal nafsu makan di tempat kerja. 

MAKAN PADA WAKTU YANG TEPAT

Sebenarnya, tabiat mengunyah tanpa henti ini akan timbul apabila kita tidak makan pada waktu yang tepat. Contohnya, kita mengambil sarapan atau makan tengahari lewat daripada masanya. Pengambilan gizi yang mengcukupi dapat membuatkan perut kita kenyang dengan lebih lama dan nafsu mengunyah boleh dikurangkan. 


MENGUNYAH CHEWING GUM 

Jika kita tidak mahu menggosok gigi selepas makan, kunyah saja chewing gum perasa pudina. Namun, elakkan chewing gum yang mengandungi kandungan gula. Rasanya yang dingin @ mint serta segar menjadikan kita "sayang" untuk memasukkan makanan ke dalam mulut.


MENGUNYAH DALAM KADAR LEBIH LAMA 

Jika kita sudah mula makan snek kegemaran, mesti susah nak berhenti. Jadi, kita disarankan untuk mengunyah dalam kadar lebih lama. Melambatkan kunyahan akan menjadikan kita lebih puas. Semakin lama mengunyah, semakin cepat isyarat badn memberitahu anda yang badan sudah kenyang dan kita akan berhenti makan. 
 


JAUHI MEDIA SOSIAL 

Seringkali apabila kita melayari internet, kita akan terjumpa dengan gambar-gambar makanan yang lazat. Dan ini mungkin membuatkan kita merasa terliur dan seterusnya nafsu makan boleh meningkat. Jalan paling selamat, elakkan melayari internet atau media sosial yang berkisarkan tentang makanan ketika kita bekerja.


 BERUS GIGI SELEPAS MAKAN 

Selepas makan atau jika timbul rasa ingin makan, cepat-cepatlah gosok gigi. Rasa segar dan nyaman dalam mulut boleh mengurangkan keinginan untuk makan.




MAKANAN SIHAT 

Jika kita tidak berdaya menahan nafsu untuk makan semasa kerja, tetapi pada masa sama kita tidak mahu berat naik, apa kata kita sediakan makanan sihat untuk dimakan. Contohnya buah-buahan seperti epal, pisang, buah beri atau kekacang seperti badam dan pistachio.


MAKANAN DALAM PIRING 

Makan dalam bekas yang besar boleh membuatkan kita makan tanpa sedar yang jumlahnya sudah terlalu banyak. Jadi selepas ini, letakkan makanan itu dalam piring atau bekas kecil, ambil dalam kuantiti sedikit dan dilarang menambah! 



MINUM TEH 

Secawan teh boleh mengalihkan perhatian kita terhadap makanan. Jadi, kita boleh mengambil teh herba yang tidak mengandungi pemanis, teh kayu manis atau teh halia contohnya. 


Cukup 8 cara mudah untuk kawal nafsu makan di tempat kerja. Diharap perkongsian ringkas ini membantu kita mengawal nafsu makan di tempat kerja. Apatah lagi jika persekitaran kerja kita memerlukan kita hanya duduk tanpa bergerak ke sana, ke mari. Mungkin jika kita tidak mengawal nafsu makan, berat kita akan bertambah dengan banyak. 

Jom kita amalkan bersama demi kesihatan dan memenuhi impian untuk kembali langsing. 


0 comments: