Cantik Dengan Ais

7/02/2015 Unknown 0 Comments

Ais, sejuk dan menyamankan! Tetapi orang-orang tua selalu melarang kita semua mengamalkan ais. Kata mereka, ais boleh menyebabkan sakit jantung, sakit urat dan bermacam-macam lagi alasan mereka. 

TETAPI, ADAKAH ANDA TAHU AIS AMAT BERGUNA UNTUK KECANTIKAN?

Ya, ais mempunyai kegunaan dan boleh membantu kita untuk kekal CANTIK.

AIS!

Bagaimana ais membantu kita semua untuk kekal cantik? Caranya amat-amatlah mudah, senang, ringkas dan murah sahaja! Ambil ais, dan tekapkan atau gosokkan pada bahagian yang bermasalah tersebut. Mudah bukan?

Jom kita lihat apakah kegunaan ais untuk cantik :

1. MENGECILKAN RUANG PORI-PORI PADA WAJAH

Ais ini dikatakan penawar paling efektif untuk membantu kita meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, ambil ais dan bungkus dalam tuala. Kemudian tekapkan pada wajah kita.  

2. MENGUBATI MATA SEMBAP

Akibat kurang tidur atau keletihan, mata kita boleh menjadi sembap. Ini boleh mengakibatkan wajh gojes kita nampak tidak bermaya dan tidak sihat. Macam mana cara untuk atasinya? Katakan mudah dengan AIS sahaja. Ambil ketul ais, balut juga dengan tuala, gosok perlahan-lahan pada kawasan mata. Kesejukan air akan memberikan efek yang menenangkan di kawasan mata.

3. JERAWAT

Jerawat, antara perkara atau benda yang digeruni oleh wanita khususnya! Apabila timbul sahaja jerawat pada wajah, cepat-cepat ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat secara lembut dan perlahan-lahan. Ais boleh mengurangkan kesan bengkak dan kemerahan. Jangan tak tahu, ais juga boleh menyeimbangkan pengeluaran minyak pada wajah serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat. 

4. MENGURANGKAN BULU-BULU HALUS

Jika anda mempunyai bulu-bulu halus di sekitar wajah, rawatan ais juga mampu mengurangkan masalah ini. Untuk mendapatkan rawatan ais, apa kata anda kunjungi HOME SPA ICE THERAPHY yang terletak di Seksyen 11, Shah Alam. (Saya tak ada ambil komisyen apa-apa tahu untuk promo spa ini! Hehehe...)

5. WAJAH LEBIH ANJAL, LEMBUT DAN GEBU

Anda inginkan kulit wajah yang anjal, lembut dan gebu? Jika nak, amalkan amalan menyapu ais pada wajah sebanyak 3 kali seminggu. Ya, hanya 3 kali seminggu. InsyaAllah, kulit anda boleh menjadi anjal, lembut dan gebu!

Mudah bukan? Dan pasti MURAH! Tanpa mengeluarkan modal yang besar, anda juga boleh cantik dengan ais. Jadi, anda boleh memulakannya sekarang. 

Sumber : Majalah iSihat Mac2015


0 comments: