7 Tips Kembali Segar Selepas Menyusu
Saat menyusukan anak merupakan salah satu saat atau momen-momen indah yang terbina antara ibu dan bayi. Proses penyusuan ini juga menjadikan hubungan antara ibu dan anak smakin erat dari segi emosi.
Rindu zaman kecil Fahim dan Farhan! |
Tetapi, ada antara ibu-ibu yang mengadu penat selepas menyusu. Hal ini sentiasa terjadi pada awal-awal proses penyusuan bermula, yakni pada awal-awal bulan kelahiran. Ada yang sering berasa lapar serta berasa dahaga selepas menyusukan bayi. Akibatnya, badan kita akan mejadi letih dan lesu, akhirnya penampilan kita yang gojes juga makin pudar! Ada atau tidak ibu-ibu yang mengalami situasi seperti ini?
Saya pun sebenarnya pernah mengalami situasi seperti ini pada saat-saat menyusukan anak-anak saya dulu. (Last menyusu pada 2012). Letih, penat, kusam, lesu, suram! Time itu memang saya fikir nak stop bf baby saya! Hihihi...
Sekarang banyak tips yang dikongsi oleh banyak pihak mengenai cara untuk KEKAL SEGAR SELEPAS MENYUSU. Jadi tiada alasanlah kita untuk stop bf baby kita. Jom kita terjah tips tersebut :
- Halia. Ya, halia boleh membantu kita untuk menambah tenaga dalam badan. Kita boleh mengambil sama ada makanan atau minuman yang mempunyai halia. Halia membantu kerana mempunyai kronium, magnesium dan zink yang bagus untuk membaiki aliran darah. Halia juga dapat meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting di dalam badan.
- Kita perlu memakan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat. Kita juga boleh makan snek berkhasiat. Enam "hidangan kecil" sepanjang hari dapat mengekalkan kandungan gula dalam badan.
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter sehari bagi mengekalkan kandungan cecair di dalam badan.
- Selepas menyusu, kita boleh minum segelas susu bagi menambah tenaga segera dan mengurangkan rasa lapar.
- Pada waktu ini, tahap kelaparan kita amat tinggi. Sekejap-sekejap, pasti kita menjadi lapar. Jika ingin mendapatkan bentuk badan idaman dan berat ideal selepas bersalin, kita boleh makan biskut tawar (cracker). Jika ingin makan makanan berat yang lain, boleh. Namun haruslah berpada-pada.
- Tidur dan rehat secukupnya penting bagi mengecas semula tenaga sebaik sahaja menyusukan anak.
- Dan, posisi menyusu secara berbaring mampu mengurangkan rasa letih. Ini berdasarkan pengalaman para ibu yang menyusukan anak.
Baiklah, ini antara tips yang boleh kita amalkan bagi menikmati momen-momen indah menyusu bersama si cilik.
Kongsikan bersama rakan-rakan ataupun saudara anda jika tips ini membantu kita semua kembali cergas selepas menyusukan anak.
Selamat mencuba!
0 comments: