PROJEK KITAR SEMULA TONG SHAKLEE

9/02/2016 Unknown 0 Comments

Manalah saya "campak" bekas-bekas ESP, Meal Shakes dan Performance Drinks ni ya?
Ini pun dah banyak saya "buang" atau erti kata lain hantar untuk proses kitar semula. Tapi, yang mana ada di rumah, memang saya akan guna sebaik mungkin.
Bekas-bekas ini memang saya guna untuk isi makanan si meow. Walaupun tak bela meow, makanan ini memang sengaja kami beli takut-takut ada meow sesat ke dalam gate rumah kami. 🐱🐱🐱🐱🐱🐱🐱🐱🐱🐱
Bekas ini pun boleh jadi tabung ok! Tabung untuk Encik Suami 1, dan untuk saya sendiri 1. Isilah dengan gigih seperti yang diingini. 💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰
Dan paling bes, dalam kabinet dapur tu bukannya ESP atau Meal Shakes dah tu. Semua ada isi lain. Bekas-bekas itu saya buat isi susu anak, milo, bekas ubat klinik (pil-pil), minuman 3in1 dan kadang-kadang buat isi kerepek, coklat dan biskut.
So, memang banyak kegunaan bekas-bekas kosong inikan. Jika kita kreatif, silap-silap raya ini pun boleh buat bekas isi boskut raya tau. Kita hias lawo-lawo, tepeklah segala pembalut, siap! Jimat!
Bagus betulkan, lepas habis kita makan Caklee ni, berguna pulak bekas-bekasnya. Yang penting kita jaga alam semula jadi ini. Jangan dibuang merata bekas-bekas kosong ini, manfaatkan bagi sesuatu yang berguna.






0 comments: