12 PUNCA HAID TAK TERATUR DAN CARA ATASINYA

9/10/2016 Unknown 0 Comments

Ramai wanita sekarang yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Masalah ini boleh mempengaruhi kehidupan wanita itu sendiri mahupun pasangannya dan juga orang di sekelilingnya. Jadi, seseorang itu perlu;ah mengambil tahu mengapa masalah ini boleh berlaku. Jangan dibiarkan masalah haid tak teratur ini berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penyelesaiannya, lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah atau mempunyai perancangan untuk berumahtangga. Ini kerana, masalah haid tak teratur ini boleh menyukarkan proses mendapatkan cahaya mata. 
Saya sendiri pun pernah menghadapi masalah ini selama setahun selepas pemakaian Implanon (Alat Mencegah Kehamamilan). Selama setahun itu, kitaran haid saya agak huru-hara. Pernah haid saya datang hanya 3 hari dan jangan terkejut saya pernah datang haid selama 28 hari! Memang timbul banyak masalah semasa ini, emosi saya menjadi tak stabil, sering sakit kepala, badan menjadi penat, "hubungan mesra" dengan suami pun boleh terjejas. Ini semua saya terpaksa hadapi selama setahun sebelum saya menemui jalan penyelesaiannya ketika itu. 

Ini kad Implanon yang saya pakai dari tahun 2012 hingga 2015
Menurut Majalah Pa&Ma, terdapat 12 punca yang boleh menyebabkan haid tak teratur ini. Jom kita lihat 1 persatu punca-punca tersebut.

12 PUNCA HAID TAK TERATUR

1. KEGEMUKAN
Berat badan yang berlebihan atau obesiti boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon estrogen dalam badan wanita. Ini boleh menyebabkan berlakunya gangguan kepada kitaran haid wanita tersebut. 

2. KEHAMILAN
Haid kita akan terhenti sekiranya kita disahkan mengandung atau hamil. Ketika hamil, ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya sudah disenyawakan.

3. MASALAH KESIHATAN
Jika badan kita tiba-tiba sahaja sakit seperti demam, selesema atau penyakit yang memerlukan rawatan intensif akan memberikan tekanan secara fizikal terhadap tubuh. Ini juga boleh menganggu kitaran haid kita.

4. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN
Penghasilan hormon prolaktin yang berlebihan akan menghalang pengeluaran ovum dan menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

5. TERLALU KURUS
Jika wanita itu terlalu kurus juga boleh mengakibatkan kitaran haid terganggu. Jadi wanita disarankan untuk memiliki berat badan yang ideal dan seimbang untuk mengelakkan masalah haid tak teratur ini.

6. PENCEGAH KEHAMILAN
Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah kehamilan seperti depo-provera atau Implanon boleh menjadikan gangguan haid berlaku. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan Implanon. Ini sama kes seperti saya dulu. Hehehe...

7. MENOPAUS
Biasanya menopaus ini berlaku kepada wanita yang berusia lewat 40-an. Dalam kebanyakkan kes, haid menjadi semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

8. TEKANAN/STRES
Tekanan atau stres dalam kehidupan seharian juga mampu mempengaruhi hormin dan seterusnya mengakibatkan kitaran haid kita terjejas.

9. PENYUSUAN BADAN
Ibu-ibu yang menyusukan anak secara ekslusif, hormon dalam tubuh para ibu ini lebih menyediakan badan untuk menghasilkan susu untuk bayi. Jangan terkejut jika anda menjumpai mereka yang langsung tak datang haid selama 1-2 tahun!

10. MASALAH TYROID
Apabila menghadapi masalah tyroid, hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menganggu hormon badan kita dan akan mengakibatkan haid menjadi tak teratur.

11. TERSILAP PENGIRAAN
40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke "hari subur" dan kesilapan menjangka kedatangan haid yang seterusnya.

12. UBAT-UBATAN
Jamu tradisional, ubat kurus atau ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

KESAN-KESAN HAID TAK TERATUR

Cuba kita lihat video ini. Puan Ija Ramli ini menghadapi masalah haid tidak teratur.


JANGAN BIARKAN MASALAH HAID TAK TERATUR INI BERTERUSAN!

Seperti yang saya beritahu awal-awal tadi, saya pun turut menghadapi masalah ini dulu. Dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mampu mengatasi masalah tersebut. Bagaimana? Jom atasinya dengan suplemen Shaklee.

ATASI MASALAH HAID TAK TERATUR DENGAN SHAKLEE

Bagi mereka yang ingin mengatasi masalah haid tak teratur ini, saya mencadangkan 3 suplemen Shaklee ini. Saya sendiri sudah mengamalkannya sejak tahun 2013 lagi hingga kini. Alhamdulillah, haid saya kembali teratur. 


~ Vivix ini vitamin antioksida yang sangat baik untuk menstabilkan hormon dalam badan kita.

~ B Complex pula bertindak untuk melancarkan peredaran darah dan hormon serta meningkatkan kesuburan.

~ GLA Complex membantu baiki problem kitaran haid.








TESTIMONI MASALAH HAID TAK TERATUR

Testimoni Shaklee dan Haid Tak Teratur 1

Testimoni Shaklee dan Haid Tak Teratur 2

Testimoni Shaklee dan Haid Tak Teratur 3

Testimoni Shaklee dan Haid Tak Teratur 4
Jadi jomlah kita ikhtiar dengan Vivix, B Coplex dan GLA Complex pula. Jika kitaran haid ini kembali normal, InsyaAllah kesuburan kita juga akan meningkat dan peluang untuk mendapatkan cahaya mata menjadi lebih tinggi.  

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SET HAID TAK TERATUR ini, hubungi sahaja : 

Fariza Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di kawasan Pasir Gudang/Taman Scientex/Kota Masai
Penghantaran dengan Pos Laju ke seluruh negara

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasi

0 comments: