RISAU RAMBUT SEMAKIN GUGUR?
Rambut merupakan mahkota bagi setiap insan. Sekiranya mengalami masalah
rambut segeralah kita mendapatkan panduan ataupun cara penyelesaiannya untuk
mengatasi masalah ini. Masalah keguguran rambut ini jangan dipandang ringan ya!
Banyak faktor yang mengakibatkan berlakunya masalah keguguran rambut ini. Tekanan
kerja merupakan antara punca utama yang membuatkan kita keguguran rambut. Selain
itu, faktor umur yang meningkat dan juga kekurangan nutrisi merupakan salah
satu penyebab rambut kita semakin mengurang.
Jadi, sebelum masalah ini menyerang atau menjadi lebih teruk, jom kita
amalkan beberapa tip yang diberikan ini untuk membantu rambut kembali lebat.
1. KAWAL PEMAKANAN
Amalkan pemakanan yang kaya dengan protein. Antara makanan yang kita boleh
makan ialah daging, ikan dan soya. Selain itu, amalkan memakan sayur-sayuran
dan buah-buahan. Pastikan pengambilan zat besi yang cukup setiap hari juga amat
penting. Zat besi merupakan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan folikel
rambut.
2. RAWATAN TOPIKAL
Kaedah rawatan ini dilakukan dengan membuat sapuan pada permukaan kulit.
Masalah keguguran rambut ini mempunyai kaitan rapat dengan kulit, maka rawatan
ini dilihat sangat berkesan. Antara cara yang boleh digunakan ialah minyak
pati, minyak zaitun, minyak telur dan teh hijau. Buat sapuan ke kulit kepala,
dan lakukan urutan ringkas agar minyak itu meresap ke kulit kepala.
3. ELAK ROSAKKAN RAMBUT
Tahukah anda penggunaan pengering rambut secara kerap membuatkan rambut
cepat rosak. Jadi elakkan menggunakannya secara kerap.
4. PENJAGAAN RAMBUT YANG SEMPURNA
Pastikan kebersihan dan kesihatan kulit kepala sentiasa dijaga. Kehadiran kelemumur
dan bakteria ada kemungkinan mengakibatkan berlakunya rambut gugur. Kita perlu
bijak memlih syampu yang bersesuaian dengan keadaan kulit kepala kita.
5. AMALKAN PEMAKAN TAMBAHAN
Kita juga digalakkan mengambil suplemen sebagai makanan tambahan. Suplemen
atau vitamin ini akan membantu kita mengatasi masalah rambut gugur ini.
Pendek kata, jika kita ambil ringan masalah ini, jangan terkejutlah jika
kita akan BOTAK! Jika lelaki masih boleh diterima, tetapi kalau wanita, sendiri
mahu fikirlah ya.
B COMPLEX
Inositol iaitu salah satu vitamin B berfungsi untuk membantu
pertumbuhan rambut. Vitamin B12 pula membantu menghalang keguguran rambut.
Masalah keguguran rambut juga boleh berlaku disebabkan oleh tekanan atau
stress,dan seperti yang kita tahu vitamin B Complex adalah vitamin anti stress
yang terbaik.
VITA LEA
VITA LEA
Kekurangan nutrien dan mineral penting juga boleh menyebabkan
masalah rambut gugur. Pengambilan Vita Lea iaitu multivitamin yang lengkap dan
mudah diserap oleh badan boleh membantu kesihatan rambut dan kulit kepala,
sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur.
ESP
ESP
ESP
adalah sumber protein lengkap yang mengandungi kesemua (9jenis) asid amino
perlu dan tidak perlu. Oleh kerana protein adalah komponen terbesar dalam
struktur rambut, sudah tentulah ESP sangat PERLU dalam memelihara rambut yang
sihat dan menawan. Selain
itu, ESP juga kaya dengan isoflavones iaitu hormon yang
diperlukan untuk mencegah rambut gugur.
Berminat
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE ini, hubungi sahaja :
Fariza
Ramli
poxtaakasia@gmail.com
COD di
kawasan Pasir Gudang/Taman Scientex/Kota Masai
Penghantaran
dengan Pos Laju ke seluruh negara
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang
dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau
menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan
digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.
0 comments: