Rombongan Che Gayah ke KidZania Kuala Lumpur

10/10/2016 Unknown 0 Comments

13 Ogos 2016 yang lalu, lebih kurang 2 bulan lepas saya dan anak-anak telah join lawatan sambil belajar ke KidZania, Kuala Lumpur. Lawatan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Tadika Little Caliphs Pasir Gudang. Disebabkan owner tadika itu jiran kami, maka dia offer kepada mana-mana jiran yang nak join sama. Disebabkan anak-anak tak pernah ke sana, saya pun terus tepek nama siap-siap. 

Malam sebelum itu anak-anak saya, Along dan Angah sangat excited. Disuruh tidur pun mereka still tak lena, banyak sangat soalan yang dikemukakan. Bila nak bertolak? Bila nak naik bas? Siapa lagi pergi? Tempat tu kat mana? Ramai tak orang atas bas? Macam-macam jenis soalan mereka tanya. Seawal jam 5am lagi mereka bangun dan bersiap. Sebabnya jam 5.30 kami dah dijangka bertolak ke Kuala Lumpur. 


 


Perjalanan ke sana bermula, Along dan Angah hepi sangat sebab naik bas. Mereka hanya lelap sekejap saja dalam bas, dan kerja mereka bermain dengan kenalan baru yang lain. Kanak-kanak ini cepat mesra bukan, walaupun mereka berlainan bangsa, tak kenal pun sebelum ini, mereka boleh menjadi mesra dengan cepat. 

Kami sampai di sana lebih kurang 12.00 tengah hari. Ramai dah orangnya time itu. Saya dah jeling-jeling ke aah IKEA yang ada di seberang jalan sana, tapi apakan daya hanya mampu menjeling kerana kali ini datang ikut rombongan kannnnnn.... huhuhu....

Kami mula diberi pas masuk dan terpaksa menunggu agak lama untuk selesaikan proses tersebut. Along dan Angah bertambah excited, kerja melompat dan seperti biasa soalan bertubi-tubi disoal oleh mereka. Bila nak masuk ni? Lambat lagi ke nak masuk ni? Kenapa dia tak bagi masuk lagi ini? Mak senyum sajalah... 

Ok, bila dah masuk dalam tu memang ramai sangat orangnya. Kami masuk pun dah lewat, jadi memang agak sesak keadaan dalam tu. Semua ahli rombongan kanak-kanak meneruskan sesi pengambaran beramai-ramai, para Mak yang ikut serta dalam rombongan ini duduk tepi-tepi sudahlah. Hhiihihii... Lepas sesi bergambar, kami dibawa ke "BANK". CIMB ok! Di sana, kanak-kanak ini diberikan "wang" dijadikan modal mereka. Modal? Ya, modal untuk meneruskan "kehidupan" di dalam KidZania itu. 


Dalam KidZania ini kanak-kanak didedahkan dengan alam pekerjaan. Mereka diberikan simulasi untuk merasai keadaan bekerja sebenar. Ada posmen, bomba, doktor, enggineer, tukang cat, polis, hakim dan macam-macam lagi! Dan mereka boleh memilih mana-mana saja pekerjaan yang mereka ingin lakukan. 

Along dan Angah telah memilih unuk menjadi posmen, polis, tukang cat, model, pekerja bank dan beberapa lagi pekerjaanpilihan mereka. Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan baik, mereka akan diberi gaji. Dan jika gaji ini dikumpulkan dan mengcukupi syarat, wang itu boleh ditukarkan dengan barangan KidZania kelak. 







Jadi, Along dan Angah memang hepi sangat, mereka melakukan pekerjaan bersungguh-sungguh dan hasilnya mereka berjaya mendapat upah yang banyak. Mereka menukarkan wang tersebut dengan patung. Dan tepat jam 5 petang akhirnya kami keluar juga dari situ. Memang enjoy sangatlah Along dan Angah dalam tu tadi. Tak habis-habis mereka bercerita, dari atas bas, sepanjang perjalanan balik dan hingga sampai ke rumah. NON STOP!!! Hihihi...

Seronok melayan karenah anak-anak ini. Sekali sekala bagi mereka keseronokkan berganda, hadiah kepada mereka atas sikap baik mereka. Ini memang mampu membuatkan mereka rasa dihargai dan disayangi. Bawalah anak-anak ke sana, biar mereka merasa apa yang orang dewasa lakukan dalam pekerjaan seharian. Mesti anak-anak anda pun seronok. 


0 comments: