5 "Tabiat Buruk" Apabila Balik Kampung
Balik kampung merupakan salah satu aktiviti
wajib yang saya akan lakukan setiap kali cuti. Dan rasanya setiap kali cuti,
destinasi percutian kami adalah di kampung. Berada di ampung merupakan satu
nikmat kepada saya! Di kampung saya boleh jumpa mak, mak mertua, katil saya,
bilik saya, masakan mak dan banyakkkkkkkk lagi benda menyeronokkan dapat
dirasa! Itu semua hanya di kampung.
Kampung saya terletak di Besut, Terengganu.
Saya memang anak jati Besut. Arwah Ayah memang asal dari Besut, mak saya pula
dari Siam. Hohoho... Ok, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu cerita! Cerita pasal apa??? Haaaa.... Pasal 5 tabiat buruk saya apabila balik ke kampung. Setiap kali balik ke kampung pasti saya akan
melakukan “5 tabiat buruk” ini! Walaupun cuba ditahan, saya tetap tewas!
Adehhhhh.....
5
Tabiat Buruk Apabila Balik Kampung
1. Buka tudung saji, dan akan terus
makan walaupun sudah kenyang
Adoiiiii....ni tabiat paling buruk saya hadapi!
Hahahaha.... Sampai saja di kampung, tak kira la jam berapa, saya pasti akan ke
dapur dan membuka tudung saji! Jam 1pagi, 2pagi ke, pasti saya menuju ke dapur.
Tengok ada lauk apalah yang boleh saya bedal! Jumaat lepas, saya sampai di
kampung jam 1pagi, ke dapur dan tengok ada nasi, lauk ayam goreng, ikan goreng,
sambal dan sup tulang! Tanpa ragu-ragu saya mengisi perot bersama Encik Suami.
Kenyangggggggggggggg.......
2.
Tido, tido, tido dan tido
Ohhh...nikmat betol tido atas katil sendiri! Walaupun baru bangun
tido,saya boleh sambung tido balik. Hahaha... tak tau kenapa, masuk saja bilik
seolah-olah ada kuasa memanggil-manggil suruh saya tido! Makan, tido, tengok
tv, tido.... Padanlah berat senang sangat naik kannnnn...... Pagi tido,
tengahari tido, petang tido, malam offcozla tido!
3.
Layan internet 28 jam sehari!
Jika diPasir Gudang, internet saya ada limit dia. Tapi bila
balik kampung ni, unlimited! So, memang keje saya mengadap internet je la...
atas katil internet, dalam toilet, depan tv, makan di dapor... Muhahahaha... Bila
nak insaf ni????
4. Kain bajumu, kain bajuku
jua...
Tabiat buruk seterusnya adalah “KAIN BAJUMU, KAIN BAJUKU
JUA!!!” Bila balik ke kampung, saya tak perlu susah payah nak angkut segala
macam baju. Just pilih 2-3 helai, yang dalam-dalam dan seluar jeans selai dua.
CUKUP! Sebabnya bila di kampung, tak kira dah baju tu siapa punya, kami rembat
pakai! Ni lah untungnya bila adik-beradik sama saiz....hihihii.... Saiz
XXXXXXL...Nak g jalan-jalan ke, pakai baju adik saya Fatihah, nak duduk
golek-golek di rumah rembat baju si Yayang. Senang, tak payah angkut beg
besaq-besaq!
5. Pagi-pagi bedal nasik berlauk
gaya makan nasik time lunch!!!!
Fuhhh.... Ini memang betul-betul dugaan buat saya jika saya
nak diet! Mana tak nya, memang menjadi kewajiban bagi arwah Ayah, mak dan mak
mertua saya membeli nasik berlauk untuk breakfast! Dan yang best lagi dasat,
lauk dan nasiknya tu seolah-olah untuk makan terngahari u ollsssssss!!!! So,
bayangkan, jika breakfast sudah begitu gaya lauknya, lunch dan dinner pasti
lagi dasat! Makannnnnnnnnn..... Tanpa ada rasa bersalah pun! Padanlah body
sorang-sorang macam ahli gusti tau.....hehehehe..
Rasanya banyak lagi tabiat-tabiat yang hanya saya lakukan bila balik ke
kampung. Kampung itu seolah-olah syurga buat saya, kerana disitulah ada arwah
Ayah, mak dan mak mertua saya! Dapat bertemu mata dan memeluk mereka, itu satu
nikmat. Dan 13 September 2014 lepas merupakan genap setahun arwah Ayah tiada.
Sunyi saja rumah di kampung sekarang selepas permegian Ayah. Tapi tak apa, saya
redha. Moga Ayah tenang di sana....
Okla, got to go! Makannnnnnnnnnnnnnnn...... mak saya dah panggil makan
nasik berlauk again! Fuuhhhh..... jangan terkejut jika lihat saya setiap kali
selepas cuti, keadaan badan akan berubah membesar dengan sukses sekali!
Muahahahaha..... oklah, bye!
Saya mak 3orang anak! Tapi peel tetap sama macam dulu-dulu setiap kali baik kg!!! |
0 comments: